Conference of Food Security & Sustainability 2024

Conference of Food Security & Sustainability 2024

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Conference of Food Security & Sustainability 2024, Education Website, Yayasan Strategik Lestari, Unit A-2-16, CoPlace 2, Blok 2260, Jalan Usahawan 1, Cyber 6, Cyberjaya.

Selamat datang ke laman Facebook rasmi Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian 2024 (SEACOFSS), sebuah inisiatif antarabangsa yang dianjurkan oleh Yayasan Strategik Lestari bersama pelbagai institusi terkemuka.

Majlis Perasmian SEACOFSS 2024 oleh YB Dato’ Ust Haji Tuan Mohd Saripudin 21/11/2024

Perasmian SEACOFSS 2024 oleh YB Dato’ Ust Haji Tuan Mohd Saripudin

Saksikan Majlis Perasmian Southeast Asia Conference on Food Security and Sustainability (SEACOFSS) 2024 yang diwakili oleh YB Dato’ Ust Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Penaung SEACOFSS 2024 dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

Ketahui agenda penting dalam memastikan ketahanan makanan serantau yang mampan.

Majlis Perasmian SEACOFSS 2024 oleh YB Dato’ Ust Haji Tuan Mohd Saripudin Saksikan Majlis Perasmian Southeast Asia Conference on Food Security and Sustainability (SEACOFSS) 2024 yang diwakili oleh YB Dato’ Ust Haji Tuan Mohd Saripu...

Ucapan Utama SEACOFSS | Cabaran Perubahan Iklim & Sekuriti Makanan: Apakah Persediaan Kita? 21/11/2024

Ucapan Utama SEACOFSS | Cabaran Perubahan Iklim & Sekuriti Makanan: Apakah Persediaan Kita?

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Mantan Menteri Alam Sekitar & Air, berkongsi pandangan beliau dalam ucapan utama tentang cabaran perubahan iklim terhadap sekuriti makanan negara.

Saksikan penyelesaian yang boleh diambil untuk masa depan yang lebih mampan.

Ucapan Utama SEACOFSS | Cabaran Perubahan Iklim & Sekuriti Makanan: Apakah Persediaan Kita? YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Mantan Menteri Alam Sekitar & Air, berkongsi pandangan beliau dalam ucapan utama tentang ...

Kata-Kata Aluan oleh Dr. Mukhtaruddin Bin Musa | SEACOFSS 2024 21/11/2024

Kata-Kata Aluan oleh Dr. Mukhtaruddin Bin Musa | SEACOFSS 2024

Dengarkan ucapan pembukaan oleh Dr. Mukhtaruddin Bin Musa, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Media Yayasan Strategik Lestari, serta Pengerusi SEACOFSS 2024.

Beliau menyampaikan mesej penting untuk memulakan persidangan Southeast Asia Conference on Food Security and Sustainability.

Kata-Kata Aluan oleh Dr. Mukhtaruddin Bin Musa | SEACOFSS 2024 Dengarkan ucapan pembukaan oleh Dr. Mukhtaruddin Bin Musa, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Media Yayasan Strategik Lestari, serta Pengerusi SEACOFSS 2024. Be...

Photos from Yayasan Strategik Lestari - YSL's post 18/11/2024

Mampukah Kita Menjamin Bekalan Makanan di Tengah Krisis Iklim?

SEACOFSS 2024 melabuhkan tirainya dengan Sidang Meja Bulat yang penuh berimpak, membincangkan penyelesaian nyata untuk mengatasi cabaran keterjaminan makanan di tengah-tengah perubahan iklim yang semakin kritikal.

Sesi ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dari serata Asia Tenggara, dengan tumpuan utama kepada isu keterjaminan makanan yang terjejas oleh perubahan iklim. Pelbagai idea dan penyelesaian pintar diteroka untuk mendepani cabaran ini demi masa depan yang lebih mampan.

Antara isu utama yang dibincangkan ialah strategi memperkukuh daya tahan sektor pertanian melalui teknologi moden, memperluaskan akses kepada sokongan kewangan yang kukuh, serta melaksanakan langkah-langkah mitigasi iklim secara efektif. Kerjasama antara kerajaan, pemain industri, dan komuniti turut ditegaskan sebagai elemen penting dalam membina sistem makanan yang lebih lestari.

Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemangkin kepada tindakan konkrit untuk memacu pembangunan sektor pertanian dan memastikan kestabilan bekalan makanan bagi generasi kini dan masa depan. Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga usaha ini terus memberi manfaat besar kepada masyarakat serantau!

Photos from Yayasan Strategik Lestari - YSL's post 17/11/2024

SEACOFSS 2024: Harapan untuk Masa Depan Makanan & Iklim

Persidangan SEACOFSS 2024 kali ini membawa harapan besar untuk masa depan masyarakat, khususnya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin ketara. Dengan tema ‘Keterjaminan Makanan yang Mampan dengan Penyelesaian Pintar Iklim’, pelbagai idea dan penyelesaian telah dikongsi oleh ahli akademik, penyelidik, serta wakil industri dari dalam dan luar negara.

Semoga dengan usaha ini, teknologi baru dalam bidang pertanian dapat membantu memastikan makanan terus terjamin walaupun cuaca tidak menentu. Selain itu, perbincangan tentang dasar yang lebih kukuh diharapkan mampu melindungi masyarakat, terutamanya mereka yang terkesan dengan perubahan cuaca.

Apa yang dibincangkan di SEACOFSS bukan sahaja untuk hari ini, tetapi untuk memastikan generasi akan datang dapat hidup dalam dunia yang lebih stabil dan mampan. Ini hanyalah permulaan, dan semoga langkah kecil ini memberi impak besar pada masa depan kita bersama.

Photos from Conference of Food Security & Sustainability 2024's post 13/11/2024

Indonesia telah mengambil langkah besar melalui Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN) bagi meningkatkan hasil pertanian dan amalan pemakanan yang lebih bergizi.

Antara inisiatif utama:
✅ Diversifikasi Sumber Makanan - Sokongan kepada tanaman tempatan seperti ubi kayu, dan jagung untuk kurangkan kebergantungan pada beras.
✅ Pertanian Komuniti - Meningkatkan keterjaminan makanan di komuniti setempat.
Dalam aspek pemakanan:
🍽️ Program Gizi Baik untuk Semua - Akses kepada makanan berkhasiat melalui Bantuan Langsung Tunai (BLT) untuk ibu mengandung dan kanak-kanak.
💊 Fortifikasi Makanan - Penambahan zat besi dan sodium dalam makanan asas untuk melawan kekurangan mikronutrien.

Ikuti perkongsian Dr. Prima Luna dengan tajuk "Initiatives To Improve Food And Nutrition Security Policy In Indonesia" yang membincangkan polisi keterjaminan makanan buat rakyat Indonesia yang juga boleh diterapkan di dalam rantau Asia Tenggara ini.

📅Tarikh: 17 November 2024
📍 Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Daftar sekarang di: https://yslestariwebinar.onpay.my/order/form/10

12/11/2024

🌱🌏 Kenapa Tanah Itu Penting? 🌾

Tanah adalah asas kehidupan kita. Tanah yang subur bukan sahaja penting untuk menyokong pengeluaran makanan, tetapi juga membantu menyerap karbon dioksida dan mengekalkan biodiversiti. Namun, akibat amalan tidak mapan, kita kehilangan lebih 10 juta hektar tanah pertanian setiap tahun. Di Malaysia, 60% tanah mengalami hakisan dan meningkatkan risiko banjir. 🌧️

Satu langkah kawalan hakisan yang adaptif perlu dilakukan. Apakah yang kita boleh lakukan?

Jangan lepaskan peluang mengikuti perkongsian daripada Dr. Rochana Tangkoonboribun di SEACOFSS 2024 dengan tajuk "Dari SOILGUARD ke Tindakan Serantau ASEAN: Membina Jaringan Bersama untuk Menjaga Tanah” bagi mengetahui amalan kawalan hakisan yang lebih lestari. 🌍💚

📅 Tarikh: 17 November 2024
📍 Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan
🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Daftar sekarang di https://yslestariwebinar.onpay.my/order/form/10

11/11/2024

🌾🌍 Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS) 2024 🌍🌾

Adakah anda bersedia menghadapi cabaran masa depan terhadap keterjaminan makanan?

💡 Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama membentuk masa depan makanan kita yang lebih mampan dan berdaya tahan!

📅 Tarikh: 17 November 2024
📍 Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu

🔗 Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan di https://seacofss.com/

Photos from Conference of Food Security & Sustainability 2024's post 11/11/2024

Assalamualaikum wbt.

Kami ingin memperkenalkan kumpulan kedua tetamu terhormat di Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS) 2024!

1. Prof. Madya Dr. Seri Intan binti Mokhtar, Pakar Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Kelantan
2. En Mohd Mukhlis bin Hj Mukhtar, Pengurus Besar, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
3. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan bin Rashid, Pakar Bidang Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia

Dengar pendapat dari pakar bidang dalam SEACOFSS 2024 sambil mereka berkongsi pandangan pakar mengenai bagaimana kita boleh mengadaptasi pertanian dengan perubahan iklim yang lestari.

Daftar sekarang di https://yslestariwebinar.onpay.my/order/form/10

Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di https://seacofss.com/


Photos from Conference of Food Security & Sustainability 2024's post 09/11/2024

Kami dengan bangga mengumumkan kumpulan pertama tetamu terhormat di Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS) 2024:

1. Dr. Prima Luna, Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian, Kementerian Pertanian Indonesia
2. Dr. R Rochana Tangkoonboribun, Institut Penyelidikan dan Teknologi Ilmiah Thailand
3. Prof. Emeritus Dr. Barjoyai bin Bardai, Pro Naib Canselor dan Dekan, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST)
4. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan
5. YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Mantan Menteri Alam Sekitar dan Air

Sertailah kami di SEACOFSS 2024, platform dinamik di mana para pemimpin legislatif dan pakar akademik berkumpul untuk berkongsi amalan terbaik dan penyelesaian inovatif yang menjanjikan kemajuan pertanian yang lebih lestari dan tahan lasak. Ini adalah peluang unik untuk berkolaborasi, bertukar idea, dan menerapkan strategi yang akan membentuk masa depan keterjaminan makanan di kawasan ini.

Daftar sekarang di [https://yslestariwebinar.onpay.my/order/form/10] dan untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di [https://seacofss.com/]. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari perubahan ini!

23/10/2024

Kenyataan Media
Yayasan Strategik Lestari

22/10/2024

Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS 2024)

🌱 Adakah Masa Depan Makanan Kita Terjamin?

Terokai jawapannya dalam SEACOFSS 2024, persidangan terbesar di Asia Tenggara yang akan membahas isu-isu kritikal mengenai keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar.

Bertemakan “Keterjaminan Makanan yang Mampan dengan Penyelesaian Pintar Iklim”, acara ini bakal menghimpunkan pakar, pembuat dasar, dan pemimpin industri untuk mencari solusi pintar bagi masa depan wilayah kita.

🗓️ Tarikh: 17 & 18 November 2024 (Ahad & Isnin)
🏨 Lokasi: Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan

Apa Yang Menanti Anda?
✨ 11 ucaptama oleh pakar dalam negara dan luar negara (Thailand dan Indonesia) mengenai perubahan iklim dan keselamatan makanan.

✨ 10 sesi selaei yang mengupas solusi inovatif dan hasil penyelidikan terkini.

✨ Makan malam jaringan dan pameran untuk mencetuskan kolaborasi baharu.

Kenapa Anda Harus Sertai?
🚀 Terima maklumat terkini mengenai trend, teknologi & polisi makanan.
🌍 Dapatkan wawasan tentang solusi praktikal untuk masa depan kelestarian makanan.
🤝 Jalin rangkaian dengan ahli akademik, industri dan pembuat dasar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
📚 Pamerkan hasil penyelidikan anda dan dapatkan pengiktirafan antarabangsa.

Daftar Sekarang!
🏷️ Peserta Profesional: RM 200/orang
🏷️ Pelajar: RM100/orang
🏷️ Peserta Luar Negara: $60
🏷️ Pendaftaran Kumpulan (5 orang): RM 900 (Profesional), RM 400 (Pelajar)

Klik link ini untuk mendaftar: https://bit.ly/seacofss2024

🌐 Kunjungi seacofss.com untuk maklumat lanjut!
Jom sertai SEACOFSS 2024 dan jadilah sebahagian daripada entiti masa depan sekuriti makanan yang mampan di Asia Tenggara!

Want your school to be the top-listed School/college in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Yayasan Strategik Lestari, Unit A-2-16, CoPlace 2, Blok 2260, Jalan Usahawan 1, Cyber 6
Cyberjaya
63000