13/05/2026
Selesai urusan dengan PP-PPT.
Minggu depan 50+ calon akan bersedia untuk sesi penilaian dan verifikasi bersama PPL-PPT p**a.
SKM 3 Urut Terapi dan SKM 3 Terapi Bekam Angin.
Moga semua berjaya!
Ada yang kenal PP-PPT ni? 😁
07/05/2026
Ini batch terakhir calon PPT kami yang gunakan sistem PPT lama.
Untuk sistem lama, calon masih perlu lalu proses bersama PP-PPT sebelum sesi bersama PPL-PPT.
Sistem baru PPT lebih bersifat "Candidate Empowerment".
Sebahagian besar proses melibatkan proses kendiri daripada calon PPT.
06/05/2026
Baru selesai separuh perjalanan.
Hari ni adalah sesi bersama Pegawai Penilai PPT yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Semoga semuanya berjalan lancar.
💪
04/05/2026
Proses menyusun portfolio untuk 60 orang calon SKM 3.
30 orang SKM 3 Terapi Bekam Angin.
30 orang SKM 3 Urut Terapi.
Semoga semua berjaya terampil. 💪
27/04/2026
Ramai kali ni datang belajar buat LPKT. Nama baru dia LPKC.
Ada 13 calon. Patutnya 15 calon. 2 orang tak dapat datang.
LPKT/LPKC adalah salah satu perkara dinilai untuk program PPT bagi Tahap 4 (DKM) dan Tahap 5 (DLKM).
Hujung minggu ni jangan lupa bagi draft ya semua. Kami nak semak. 😁
Goodluck!
20/03/2026
"Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kami di MITE"
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan silaturahim sesama kita.
Maaf Zahir & Batin.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H.
#𝗧𝗩𝗘𝗧
#𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
02/02/2026
Bukan dalam bidang akademik sahaja ada yang gunakan title Dr. palsu. Bidang TVET pun ada macam tu. Hati-hati semua! 😁
30/01/2026
Bulan ini, Februari 2026, usia kami genap 10 tahun.
Dalam tempoh tersebut, kami bertahan dan berkembang tanpa sebarang pinjaman bank, tanpa sebarang pemudahcara, tanpa sebarang kenalan VIP atau VVIP.
Paling penting tanpa perlu mengampu mana-mana pemegang taruh.
Prinsip kami kekal,
What is right, right. What is wrong, wrong.
Semoga industri TVET di Malaysia semakin maju. ✊
25/01/2026
Permohonan tajaan SKM 3 Bidang Terapi telah ditutup. Kami terima lebih 1,000 permohonan dan sedang buat proses tapisan. 🙏
22/01/2026
Berminat sertai kursus AI (Online) 2Hari Secara Percuma. Dapat Elaun RM200.
Berminat?
Klik link pada komen. 👇