16/08/2026
✄ =============================
ROAD TO WORLD NOMAD GAMES 2026
✄ =============================
Liputan RTM menerusi slot Stadium RTM Pagi bersama Pasukan Memanah Tradisional Malaysia yang bakal menyertai World Nomad Games Edisi Ke-6 di Kyrgyzstan.
Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Profesor Dato’ Ts. Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia University (MMU).
Secara rasmi, Kontinjen Malaysia akan menyertai enam jenis sukan dalam kejohanan kali ini, iaitu memanah tradisional, memanah berkuda, permainan Ordo, permainan intelektual, gusti Mongol dan sukan memburu tradisional.
Seramai 22 orang atlet, 5 jurulatih dan seorang pengadil 1 yang akan membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa yang menghimpunkan atlet dari pelbagai negara bagi meraikan warisan, budaya dan sukan tradisional dunia.
Liputan ini merupakan satu penghargaan dan sokongan kepada usaha atlet, jurulatih serta pengurusan kontinjen yang telah membuat persiapan rapi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Semoga seluruh kontinjen diberikan kelancaran urusan, keselamatan sepanjang perjalanan, serta mencapai kejayaan yang membanggakan negara.