Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya

Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya Laman Facebook rasmi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya (SRIAAC) di bawah pengurusan Nusa Sri Al-Amin Education Group (NUSA)

📢 PEMAKLUMAN HARI KARNIVAL SRIAAC 2026Assalamualaikum ibu ayah yang dikasihi.▶️ Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan me...
19/08/2026

📢 PEMAKLUMAN HARI KARNIVAL SRIAAC 2026

Assalamualaikum ibu ayah yang dikasihi.

▶️ Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Karnival Peringkat Sekolah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Perkarangan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Antara pengisian Hari Karnival adalah :
- Ucapan Perasmian & Penerangan aktiviti sepanjang karnival
- ⁠Nyanyian Lagu Bertemakan Kemerdekaan
- ⁠Booth Pameran SUPER, KEPER & gerai jualan
- ⁠Pelbagai Pertandingan & Persembahan Murid
- ⁠Penyampaian Hadiah

🇲🇾 Sehubungan dengan tema karnival, ibu bapa dan murid digalakkan untuk membawa mini flag Bendera Malaysia atau boleh dibeli di booth Khat untuk dikibarkan ketika nyanyian.

Sama-sama kita semarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🇲🇾❤️

▶️ Sebarang pertanyaan boleh hubungi guru kelas / guru mentor kelas masing-masing.

Terima kasih ✨





🌟 SELAMAT MENDUDUKI SPPIM 2026! 🌟Buat semua anak-anak Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya yang akan menduduki SPPIM 202...
18/08/2026

🌟 SELAMAT MENDUDUKI SPPIM 2026! 🌟

Buat semua anak-anak Sekolah Rendah Sri Al-Amin Cyberjaya yang akan menduduki SPPIM 2026, selamat menjalani peperiksaan yang akan berlangsung:

📅 18 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026

💙 Usaha, Doa, Tawakal, Kejayaan Milik Anda.

Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh, baca soalan dengan teliti, jawab dengan tenang dan yakin, serta jangan lupa iringi setiap usaha dengan doa kepada Allah SWT. 🤲🏻

Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kesihatan yang baik dan mempermudahkan segala urusan anak-anak sepanjang peperiksaan.

✨ Doakan kami. Usaha dengan bersungguh-sungguh. Tetap tenang dan yakin. Insya-Allah, kejayaan milik kita!

Selamat menduduki SPPIM 2026. Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat. 💙💛






Terima kasih diucupkan kepada SRI HIRA KLANG yang sudi menerima kami untuk belajar daripada sekolah berpengalaman dalam ...
14/08/2026

Terima kasih diucupkan kepada SRI HIRA KLANG yang sudi menerima kami untuk belajar daripada sekolah berpengalaman dalam membina insan rabbani selama 40 tahun.

Semoga lawatan penanda aras ini memberi impak dan kerjasama antara kedua-dua buah sekolah.

13/08/2026

Lokasi Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria dan jika perjalanan dari Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya.

13/08/2026

Lokasi Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan jika perjalanan dari Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi - Laman Rasmi.

13/08/2026

Di mana Sri Al-Amin Kajang dan Sri Al-Amin Bandar Sunsuria?

Tunggu, kami akan kongsikan.

LOGO RASMI NUSA SRI AL-AMIN EDUCATION GROUP (NUSA)Perkenalkan logo rasmi NUSA, syarikat induk yang akan menaungi dan men...
12/08/2026

LOGO RASMI NUSA SRI AL-AMIN EDUCATION GROUP (NUSA)

Perkenalkan logo rasmi NUSA, syarikat induk yang akan menaungi dan menguruskan 3 sekolah iaitu Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya (2020), Sekolah Sri Al-Amin Kajang (2027) dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria (2027).

Logo NUSA membawa aspirasi untuk Membangun Muslim Profesional, melahirkan generasi yang beriman, berilmu, berakhlak, kompeten dan amanah.

🔵 Biru – profesionalisme, keyakinan & kestabilan
🟡 Kuning – kecemerlangan, harapan & cahaya ilmu
🟢 Hijau – pertumbuhan, tarbiah & nilai Islam
📖 Buku terbuka – ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat
⭐ Bintang – identiti serta panduan nilai Islam
⭕ Bulatan – kesatuan, kesinambungan dan pembangunan menyeluruh

NUSA bukan sekadar membina kecemerlangan akademik, tetapi berusaha membentuk insan yang mempunyai iman, ilmu, akhlak dan profesionalisme.

NUSA Sri Al-Amin Education Group
✨ Membangun Muslim Profesional

⛺ LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN (PERTAH) TKRSM TAHUN 4 ⛺Alhamdulillah, telah berlangsung Perkhemahan Tahunan (PERT...
12/08/2026

⛺ LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN (PERTAH) TKRSM TAHUN 4 ⛺

Alhamdulillah, telah berlangsung Perkhemahan Tahunan (PERTAH) Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) Tahun 4 dengan penuh semangat dan penghayatan.

📅 Tarikh: 5 – 7 Ogos 2026
🗓️ Hari: Rabu – Jumaat
📍 Tempat: Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat

Program ini menjadi medan terbaik untuk para murid membina ketahanan diri, disiplin, kepimpinan, kerjasama dan semangat setiakawan melalui pelbagai aktiviti perkhemahan yang mencabar serta menyeronokkan.

Lebih daripada sekadar perkhemahan, PERTAH menjadi ruang untuk murid belajar mengurus diri, bekerja dalam pasukan, memupuk keberanian serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini menjadi kenangan bermakna dan membentuk generasi murid yang berjiwa kental, berdisiplin, bertanggungjawab dan bersedia memimpin.

🌱 Membangun Muslim Profesional






Kami telah kongsikan ilutrasi bangunan Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria yang dihasilka...
11/08/2026

Kami telah kongsikan ilutrasi bangunan Sekolah Sri Al-Amin Kajang dan Sekolah Sri Al-Amin Bandar Sunsuria yang dihasilkan oleh AI daripada gambar asal.

Ada ibu bapa Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya yang bertanya bagaimana dengan cawangan di Cyberjaya?

Kami kongsikan dahulu ilutrasi cawangan Cyberjaya yang dihasilkan oleh AI.

Untuk makluman bagi cawangan Cyberjaya, permohonan Kebenaran Merancang (KM) yang baharu telah diluluskan. Permohonan pembaharuan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diluluskan sehingga tahun 2028.

Projek seterusnya ialah permohonan pemasangan signboard dan cadangan untuk mengecat bangunan sekolah.

Mohon doa dan nantikan.

Address

No. EG/3, Jalan GC 4, Glomac Cyberjaya, Cyber 4
Cyberjaya
63200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Sri Al-Amin Cyberjaya:

Shortcuts

Share

Category