Bahagian Pendidikan Islam KPM

Call Directions Website Contact the school

Bahagian Pendidikan Islam KPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pendidikan Islam KPM, Education, No. 2251 Jalan Usahawan 1 Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya.

FB BPI KPM ini adalah saluran media sosial rasmi bagi menyampaikan informasi dan pelaksanaan aktiviti Bahagian Pendidikan Islam, KPM kepada semua awam khususnya warga pendidikan di seluruh Malaysia.

YB MENTERI PENDIDIKAN HADIR KE MAJLIS SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN SPM DAN STPM SERTA MEMOHON PERLINDUNGAN MUSIBAH JEREBU D...
20/10/2026

YB MENTERI PENDIDIKAN HADIR KE MAJLIS SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN SPM DAN STPM SERTA MEMOHON PERLINDUNGAN MUSIBAH JEREBU DI NEGERI MELAKA TAHUN 2026

Majlis Solat Hajat Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Memohon Perlindungan Bencana Jerebu telah berlangsung pagi ini, 20 Oktober 2026 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Selat Melaka.

Majlis ini menjadi wadah untuk memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT, di samping menyemarakkan sokongan warga pendidikan, ibu bapa dan masyarakat terhadap calon-calon SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan. Turut diadakan bacaan Surah Yasin dan solat hajat sebagai usaha memperkukuh pergantungan kepada Allah SWT serta memohon agar segala urusan calon dipermudahkan.

Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, dalam ucapannya menyeru semua calon agar terus berusaha dengan bersungguh-sungguh, memperkukuh penguasaan mata pelajaran utama.

Semoga majlis ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh calon SPM dan STPM 2026 untuk terus berusaha dengan tekun, membina keyakinan diri dan menghadapi peperiksaan dengan tenang. Mudah-mudahan segala usaha, pengorbanan dan doa seluruh warga pendidikan mendapat keberkatan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM, YBrs. Puan Hajah Mahfudzah binti Mohamed Nor, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, bersama barisan pegawai KPM, JPN Melaka, PPD, guru-guru serta calon-calon SPM yang hadir.

Hanya pada-Mu kami memohon, hanya kepada-Mu kami berserah.

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI KECERDASAN BUATAN (AI) GURU KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) PER...
19/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI KECERDASAN BUATAN (AI) GURU KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI 2 TAHUN 2026 SECARA HIBRID

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah berjaya melaksanakan Bengkel Peningkatan Kompetensi Kecerdasan Buatan (AI) Guru KKQ Peringkat Kebangsaan Siri 2 Tahun 2026 secara hibrid pada 15 Oktober 2026 (Khamis), bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel yang memfokuskan pemanfaatan teknologi AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini melibatkan 53 orang peserta secara bersemuka dan 884 orang peserta dalam talian dari seluruh negara. Pelaksanaannya bertujuan meningkatkan kompetensi guru dalam mengaplikasikan teknologi AI secara kreatif dan berkesan.

Pihak hos turut menyediakan reruai amalan terbaik dan inovasi yang dikendalikan oleh Guru Cemerlang KKQ dan Pendidikan Islam Putrajaya. Inisiatif ini bertujuan mengetengahkan inovasi PdP, berkongsi kepakaran serta memperluas amalan terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh guru di sekolah masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya selaku hos, para fasilitator dalam kalangan Guru Jauhari, jawatankuasa kerja, urus setia dan semua peserta atas komitmen dalam menjayakan bengkel ini. Penghargaan khusus kepada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPWP Putrajaya atas pengurusan teknikal yang cemerlang sepanjang pelaksanaan bengkel.

Ucapan terima kasih juga kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atas kerjasama padu dalam menyelaras dan memastikan kelancaran penyertaan guru KKQ di negeri masing-masing. Semoga usaha ini terus memperkukuh kompetensi guru dalam membudayakan inovasi dan memanfaatkan penggunaan teknologi AI bagi memperkasakan pendidikan al-Quran di seluruh negara.

Tahun Ini,Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA & MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUS...
19/10/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA & MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUSIBAH JEREBU

Hanya pada Mu kami memohon, hanya kepada-Mu kami berserah.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, limpahkanlah rahmat dan perlindungan-Mu kepada seluruh warga Malaysia, khususnya anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Kurniakanlah ketenangan hati, kejernihan fikiran, kekuatan semangat dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan. Jadikanlah segala ilmu yang dipelajari sebagai cahaya yang membimbing mereka menuju kejayaan yang diberkati.

Ya Allah, lindungilah seluruh negara daripada musibah jerebu serta segala bentuk bencana. Kurniakanlah kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kepada kami semua.

Semoga Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menadah tangan, menyatukan doa dan mengharapkan pertolongan serta reda Allah SWT.

Ya Allah, perkenankanlah doa kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

SALAM TAKZIAHPengarah dan seluruh warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takzia...
19/10/2026

SALAM TAKZIAH

Pengarah dan seluruh warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Nor Asila binti Ishak yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

10 HARI LAGIAyuh! Berbaki 10 hari lagi mendekati tarikh tamat pengisian Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini, dan...
18/10/2026

10 HARI LAGI

Ayuh! Berbaki 10 hari lagi mendekati tarikh tamat pengisian Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini, dan Tahfiz (SPAAD) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027. Tarikh tamat permohonan pada 28 Oktober 2026 jam 5.00 petang.

Segera daftarkan anak anda bagi mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Aliran Dini, dan Tahfiz Tingkatan 1 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab, Selangor, dan SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kelantan.

Kemasukan murid adalah TERHAD.

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SMKA KUALA LIPIS: PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MURIDPada Khamis, 15 Oktober 2026, Bahagian Pendidikan I...
16/10/2026

SMKA KUALA LIPIS: PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN MURID

Pada Khamis, 15 Oktober 2026, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah melaksanakan pemantauan bersepadu di Dewan Makan Al Biruni, SMKA Kuala Lipis, Pahang bagi memastikan kebersihan premis, pengendalian makanan serta pematuhan terhadap spesifikasi kontrak perkhidmatan sentiasa terjamin.

Pemantauan ini bertujuan memastikan murid asrama mendapat makanan yang bersih, mencukupi, berkualiti dan selamat, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta keberkesanan pengurusan dewan makan.

Hadir mewakili BPI ialah Puan Salwa binti Awang @ Mohd Ramli, KPP Unit Murid Sekolah Agama, bersama Encik Mohd Aminullah bin Saliman dan Encik Mohamad Azman bin Abdullah dari Sektor Pengembangan Sekolah Agama. Turut hadir Tuan Haji Mohd Zawawi bin Junus, KPP Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, serta Encik Wan Mohd Asri bin Wan Abdullah dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Pejabat Pendidikan Daerah Lipis p**a diwakili oleh Encik Ade Izzuan bin Abu Bakar, Puan Adilah binti Ahmad dan Puan Najiha.

BPI menegaskan bahawa kebajikan dan kesihatan murid merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan sinergi antara BPI, JPN, PPD, pihak sekolah dan penyedia perkhidmatan makanan. Setiap peruntukan hendaklah dimanfaatkan dengan penuh integriti serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan tanpa kompromi.

GEWIRA SMKA (TMUA) KOTA KINABALU: JUARA BICARA BERIRAMA KEBANGSAAN 2026!Tahniah kepada Pasukan Bicara Berirama GEWIRA (G...
15/10/2026

GEWIRA SMKA (TMUA) KOTA KINABALU: JUARA BICARA BERIRAMA KEBANGSAAN 2026!

Tahniah kepada Pasukan Bicara Berirama GEWIRA (GEma WIra JuaRA) SMK Agama Kota Kinabalu (SMKAKK), Tahfiz Model Ulul Albab, atas kejayaan merangkul Johan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan 2026, sekali gus melakar sejarah dengan lapan kali bergelar juara kebangsaan. Lebih membanggakan, GEWIRA turut mengekalkan kejuaraan peringkat negeri Sabah sejak tahun 2012.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, disiplin dan latihan berterusan oleh 20 orang murid tahfiz di bawah bimbingan empat orang guru, dengan keseimbangan antara kecemerlangan persembahan, hafazan al-Quran dan akademik sentiasa menjadi keutamaan.

Bahagian Pendidikan Islam (BPI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pasukan GEWIRA, barisan guru pembimbing dan warga SMKAKK atas kejayaan cemerlang ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama SMKAKK, Tahfiz Model Ulul Albab dan negeri Sabah di persada kebangsaan.

MURID 6 SYATIBI, LULUSAN TMUA SMKA PUTRAJAYA TEMPAT KETIGA HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ANTARABANGSATahniah diucapkan kepada...
12/10/2026

MURID 6 SYATIBI, LULUSAN TMUA SMKA PUTRAJAYA TEMPAT KETIGA HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ANTARABANGSA

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Izzul Afnan bin Sazali atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Kategori Hafazan Lelaki dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-66 dengan markah cemerlang 96.33%.

Merupakan lulusan TMUA SMKA Putrajaya 2023/2024, beliau turut mencatat pencapaian akademik dengan PNGK STPM cemerlang dan kini melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengalaman mewakili Malaysia ke Jordan, Turkiye dan Arab Saudi membuktikan kesungguhan serta kecemerlangan beliau dalam bidang hafazan al-Quran.

Kejayaan ini menjadi bukti kemenjadian murid TMUA SMKA secara umumnya dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam hafazan, akademik dan berdaya saing di persada antarabangsa.

Semoga terus istiqamah bersama al-Quran dan menjadi inspirasi kepada generasi huffaz masa hadapan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Kepada semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2026 di seluruh n...
11/10/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kepada semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2026 di seluruh negara:

Selamat menduduki peperiksaan STAM yang bermula esok. Saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ketenangan, mempermudahkan urusan menjawab soalan dan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak semua.

Selamat maju jaya

Ikhlas daripada:
HAJI OMAR BIN SALLEH
Pengarah dan warga Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia






Address

No. 2251 Jalan Usahawan 1 Bangunan Mustapha Kamal
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60383217200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pendidikan Islam KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bahagian Pendidikan Islam KPM:

Share

Category