10/07/2023
PELANCARAN KEMPEN JAUHI BULI, SAHSIAH TERPUJI
ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN UNIT DISIPLIN SKCJ
Pada hari Isnin, 10 Julai 2023, pihak sekolah telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jauhi Buli, Sahsiah Terpuji Peringkat Sekolah bagi Tahun 2023.
Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Noor A'ini binti Ali, dengan memotong reben bunting sebagai simbolik merasmikan majlis.
Pn Fadilah Binti Abd Kadir selaku penyelaras kepada majlis pelancaran ini juga telah memberikan sedikit ucapan berkenaan beberapa perkara berkaitan tentang pelaksanaan aktiviti sepanjang kempen dijalankan.
Kemudian, majlis juga diteruskan lagi dengan sketsa lakonan jauhi buli oleh murid-murid SKCJ sebagai gimik perasmian majlis. Lakonan telah dipimpin oleh Pn Dalini Binti Johari, selaku Guru Disiplin bagi sesi pagi.
Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar hasil kerjasama semua pihak termasuklah dari barisan SLT, AJK majlis, guru-guru, murid-murid, terutamanya dari Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SK Cyberjaya.
Diharapkan dengan pelancaran majlis ini akan membantu memberikan pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid SK Cyberjaya