C Jannah Kids Enrichment Kingdom

C Jannah Kids Enrichment Kingdom Kids Enrichment Kingdom

๐Ÿฆ€ ๐Œ๐ข๐ฌ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐Š๐ž๐ญ๐š๐ฆ: ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ง๐ฒ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ, ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฎ๐ขโ€ผ๏ธโ€œ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซโ€ฆ๐ฌ๐š๐ง๐š! ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐๐ข๐š ๐ฅ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ...
11/07/2025

๐Ÿฆ€ ๐Œ๐ข๐ฌ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข ๐€๐ง๐š๐ค ๐Š๐ž๐ญ๐š๐ฆ: ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ง๐ฒ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ, ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฎ๐ขโ€ผ๏ธ

โ€œ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซโ€ฆ๐ฌ๐š๐ง๐š! ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐๐ข๐š ๐ฅ๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐›๐š๐ญ๐ฎ!โ€

Dengan jaring kecil di tangan, kasut basah dan semangat yang membara, sekump**an anak kecil meneruskan misi mereka mencari anak ketam di tepi air. Mata mereka tajam meneliti setiap pergerakan kecil di gigi air, celah lumpur dan batu. Ada yang berlari, ada yang menunduk, ada yang menjerit teruja walaupun belum ada seekor pun yang berjaya ditangkap.

Tapi dalam keasyikan mereka mencari, kami sedarโ€ฆ

Anak-anak ini sedang belajar sesuatu yang lebih penting dari hasil tangkapan.

Mereka belajar sabar, bila ketam yang dikejar hilang dari pandangan.
Mereka belajar bekerjasama, bila seorang menahan dan seorang lagi mengacah dengan net.
Mereka belajar menghargai alam, bila mereka berbisik, โ€œComelnyaโ€ฆ jangan kacau sangat.โ€

Dan yang paling menyentuh hati, mereka belajar bahawa mencari itu sendiri adalah satu penemuanโ€ผ๏ธ

Bukan semua pembelajaran datang dalam bentuk jawapan.
Kadang-kadang, ia datang dalam bentuk soalan yang belum selesai, usaha yang belum berjaya, dan rasa ingin tahu yang tak pernah padam.

Kerana dalam pendidikan awal kanak-kanak, yang lebih penting daripada "apa yang mereka tangkap"โ€ฆ
adalah "apa yang hidup dalam hati mereka selepas itu."

Dan hari ini, hati mereka dipenuhi dengan rasa kagum terhadap ciptaan Tuhan walaupun hanya untuk anak ketam yang belum sempat ditangkap. ๐ŸŒŠ๐Ÿฆ€๐Ÿ’›

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน







C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

๐Ÿž๐ŸŒฟ Secret EcoNinja Mission: Misi Jejak Serangga & Ikan Belacak! ๐ŸŒŠ๐Ÿ•ต๏ธโ€โ™‚๏ธโ€œTeacher! Ada ikan lompat dekat situ!โ€Jeritan teru...
10/07/2025

๐Ÿž๐ŸŒฟ Secret EcoNinja Mission: Misi Jejak Serangga & Ikan Belacak! ๐ŸŒŠ๐Ÿ•ต๏ธโ€โ™‚๏ธ

โ€œTeacher! Ada ikan lompat dekat situ!โ€

Jeritan teruja si kecil menarik perhatian semua. Lantas mereka berlari bersama-sama, menapak hati-hati di tepi alur, menjenguk ke celah-celah pasir dan lumpur.

Ada yang menjerit gembira bila nampak lipas tanah bersembunyi di bawah daun kering. Ada p**a yang sabar menunggu di tepi alur air, memerhati ikan belacak yang lincah melompat. Guru-guru turut sama melutut, menuding arah, menyebut nama, dan berkongsi cerita tentang makhluk-makhluk kecil ciptaan Tuhan yang luar biasa.

Apa yang mereka pelajari hari ini?

Bahawa serangga dan ikan belacak bukan sekadar binatang kecil yang biasa tapi adalah sebahagian dari ekosistem yang menakjubkan, yang wujud dan hidup dalam dunia mereka tersendiri.

Bagi anak-anak, hari ini bukan hanya tentang mencari, tetapi menemui.
Menemui rasa ingin tahu.
Menemui keberanian menyentuh dan melihat dekat-dekat.
Dan yang paling penting, menemui kegembiraan belajar di alam semula jadi.

Siapa sangka, seekor ikan kecil di tepi lumpur mampu mencipta memori besar dalam hati si kecil kita ๐ŸŒฑ







C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

๐ŸŒฟ๐Ÿฅท ๐„๐œ๐จ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š : ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ง & ๐๐ฎ๐  ๐Œ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐ŸŒฟ๐Ÿฅท In line with our learning focus under the Natural & Materials Theme, this exciting ...
10/07/2025

๐ŸŒฟ๐Ÿฅท ๐„๐œ๐จ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š : ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ง & ๐๐ฎ๐  ๐Œ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐ŸŒฟ๐Ÿฅท

In line with our learning focus under the Natural & Materials Theme, this exciting outdoor program is built around the subtheme Plants, Flowers & Bugs and weโ€™re inviting your child to join us as a brave, curious EcoNinja! ๐Ÿฅท๐Ÿž๐Ÿƒ

Throughout this specially curated program, children will engage in hands-on exploration, sensory, movement, creativity, unstructured play and storytelling all while learning about the natural world through joyful play.

๐ŸŒฑ Activity Highlights:

๐๐ฎ๐  ๐๐จ๐จ๐ ๐ข๐ž ๐‚๐ข๐ซ๐œ๐ฅ๐ž ๐“๐ข๐ฆ๐ž
A fun-filled session with songs and movement games that help kids move like bugs, sway like leaves, and buzz with joy! ๐ŸŽถ๐Ÿ•ท๏ธ

๐„๐œ๐จ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š ๐๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐–๐š๐ฅ๐ค
With their magnifying glasses in hand and bugs net, little explorers will go on a mini jungle to spot real insects, leaves and small plants! ๐Ÿ”๐Ÿœ

๐’๐ž๐œ๐ซ๐ž๐ญ ๐„๐œ๐จ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š ๐Œ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง
Armed with an illustrated map, children will hunt for hidden nature items like leaves, twigs, and bugs to complete their ninja quest! ๐Ÿ—บ๏ธ๐ŸŒฟ

๐๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐๐จ๐ฑ ๐‚๐ก๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ž
In this mystery-sensory game, kids reach into surprise boxes filled with leaves, soft bugs, and natural texturesโ€ฆusing only their hands to guess! ๐ŸŽ๐Ÿ‚

๐’๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ ๐“๐ž๐ง๐ญ: ๐“๐š๐ฅ๐ž๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐ญ๐ก๐ž ๐๐ฎ๐ ๐ฌ
A cozy storytelling corner beside the teepee where children will enjoy tales of brave bugs, garden adventures, and nature heroes. ๐Ÿ“–๐Ÿž

๐๐ข๐ง๐ฃ๐š ๐‹๐ž๐š๐Ÿ ๐‹๐š๐› - ๐’๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฅ & ๐“๐ž๐ฅ๐ฅ ๐‡๐ž๐ซ๐›๐ฌ ๐†๐š๐ฆ๐ž
Children will test their ninja senses by sniffing and identifying familiar herbs like pandan, mint, lemongrass, and daun limau purut. ๐ŸŒฟ๐Ÿ‘ƒ

๐๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐๐จ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐Œ๐ข๐ฑ๐ข๐ง๐  โ€“ ๐…๐ซ๐ž๐ž ๐๐ฅ๐š๐ฒ ๐’๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง
In this open-ended sensory play, kids become potion masters! Theyโ€™ll mix leaves, petals, mud, colored water, and sand to create their very own โ€œnature potionsโ€ in a pretend-play environment like โ€œmain masak-masak!โ€ โ˜บ๏ธ ๐Ÿงช๐Ÿชด

Every part of this adventure is designed to build curiosity, creativity, critical thinking, soft skills and a deep connection with nature, all through the power of play. ๐Ÿ’ช







C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

โ€œ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐š๐ฒ๐š ๐’๐ฎ๐ค๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข๐ ๐ข๐ญ?โ€ Puan Aina dikejutkan dengan mesej dari cikgu tadika anaknya.โ€œPuan, tadi Afiq gigit ta...
06/07/2025

โ€œ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐š๐ฒ๐š ๐’๐ฎ๐ค๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข๐ ๐ข๐ญ?โ€

Puan Aina dikejutkan dengan mesej dari cikgu tadika anaknya.

โ€œPuan, tadi Afiq gigit tangan kawannya semasa berebut mainan. Kami dah rawat dan tenangkan mereka berdua, tapi kami rasa elok juga puan tahu.โ€

Puan Aina tersentak. Ini bukan kali pertama. Di rumah pun kadang-kadang Afiq s**a menggigit kalau dia marah, geram, atau tak dapat apa yang dia nak.

Kenapa Anak S**a Menggigit?

Sebenarnyaโ€ฆmenggigit adalah fasa perkembangan normal bagi kanak-kanak kecil terutamanya sekitar umur 1 hingga 3 tahun.

Ada banyak sebab di sebalik gigitan kecil itu:

๐Ÿฆท Fizikal - Masa tumbuh gigi, gusi gatal! Anak rasa tak selesa dan menggigit benda sekeliling (termasuk manusia!).

๐Ÿง  Emosi - Anak belum pandai sebut โ€œsaya marah!โ€, โ€œsaya nak main tu!โ€, โ€œsaya penat!โ€, maka gigi jadi senjata luahan.

๐Ÿ—ฃ๏ธ Komunikasi Terhad - Bila perkataan tak cukup untuk sampaikan mesej, gigitan jadi โ€˜bahasaโ€™ mereka.

๐ŸŽญ Mahu Perhatian - Kadang-kadang menggigit akan dapat reaksi segera. Marah pun marahlah, janji dapat perhatian!

๐Ÿ“š Meniru - Mungkin mereka pernah nampak gigitan di TV atau dari rakan sebaya dan cuba ulang kelakuan tu.

Apa Kesan Kalau Tak Dikawal?
Walaupun โ€˜biasaโ€™, gigitan tak boleh dibiarkan begitu saja.

๐Ÿšจ Ia boleh menyebabkan :

Rakan anak tercedera dan buatkan anak s**ar dapat kawan.
Anak akan belajar bahawa menggigit adalah penyelesaian masalah.
Ibu bapa atau cikgu akan dipersalahkan.

Apa Solusinya?

โค๏ธ Fahami Punca
Perhatikan bila dan kenapa anak menggigit. Adakah dia penat? Terlebih rangsangan? Berebut mainan?

๐Ÿง˜โ€โ™€๏ธ Bantu Anak Luah Emosi dengan Betul
Ajarkan skrip mudah seperti โ€œSaya marah!โ€ atau โ€œSaya nak tu!โ€ sambil bantu dia luahkan dengan tangan atau perkataan, bukan gigi.

๐Ÿงธ Beri Alternatif
Sediakan teether atau benda selamat untuk digigit kalau anak dalam fasa tumbuh gigi.

โธ๏ธ Bertindak Cepat Tapi Tenang
Jangan menjerit atau hukum secara fizikal. Tegur dengan tegas tapi ringkas.

๐Ÿ‘€ Pantau & Konsisten
Maklumkan pada guru, pengasuh dan semua penjaga supaya pendekatan yang digunakan konsisten.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฆ Peluk Anak, Bukan Marah Melulu
Anak bukan โ€˜nakalโ€™, dia sedang belajar. Pelukan selepas amaran akan bantu dia rasa selamat dan difahami.

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน






C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

โ€œ๐”๐ฅ๐š๐ง๐ -๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š? ๐€๐๐š ๐’๐ž๐›๐š๐›๐ง๐ฒ๐šโ€ฆ๐ˆ๐›๐ฎ ๐€๐ฒ๐š๐ก"โ€œTeacher, nak baca cerita Si Kancil lagi.โ€Kali ke-15. Dalam masa 2 minggu. โ˜บ๏ธ...
03/07/2025

โ€œ๐”๐ฅ๐š๐ง๐ -๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š? ๐€๐๐š ๐’๐ž๐›๐š๐›๐ง๐ฒ๐šโ€ฆ๐ˆ๐›๐ฎ ๐€๐ฒ๐š๐ก"

โ€œTeacher, nak baca cerita Si Kancil lagi.โ€

Kali ke-15. Dalam masa 2 minggu. โ˜บ๏ธ

Teacher hampir nak jawab, โ€œCerita lain boleh tak?โ€
Tapi teacher tahan. Teacher baca. Dan teacher tengok wajah dia.

Mata dia bersinar. Mulut ikut baca sikit-sikit.
Bila sampai part Buaya nak telan Kancil, dia ketawa dulu. โ˜บ๏ธ

Baru teacher fahamโ€ฆ
Ulangan tak bosan bagi anak. Ulangan ialah jaminanโ€ผ๏ธ๐Ÿ’ช

Bila cerita sama diulang-ulang:
โœ… Anak tahu apa akan berlaku
โœ… Anak rasa dia โ€˜pakarโ€™ dalam cerita tu
โœ… Anak makin kenal perkataan dan struktur bahasa
โœ… Anak bina keyakinan dan hubungan dengan ibu bapa dan guru

๐Ÿ“Œ Tips untuk ibu bapa & guru:

๐Ÿ“š Jangan risau ulang buku yang sama.
Ianya bantu anak kenal ayat, bunyi, dan cerita.

โ“ Tanya anak: โ€œApa jadi lepas ni?โ€
Bagi ruang untuk dia cuba cerita sendiri.

๐ŸŽญ Gunakan mimik muka dan nada suara. Anak akan lebih seronok dan tertarik.

๐ŸŒฑ Anak tak perlukan 100 jenis bukuโ€ฆ
Dia cuma perlukan 1 buku yang kita bacakan 100 kali dengan penuh kasih sayang. ๐Ÿฅฐ

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน






C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

โ€œ๐Œ๐š๐ข๐ง ๐€๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ, ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐šโ€ผ๏ธโ€Pernah tak kita tengok anak tengah seronok bermain sambil kita dalam hati rasa ...
02/07/2025

โ€œ๐Œ๐š๐ข๐ง ๐€๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ, ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐šโ€ผ๏ธโ€

Pernah tak kita tengok anak tengah seronok bermain sambil kita dalam hati rasa macamโ€ฆ

โ€œ๐Œ๐š๐ข๐ง ๐ฃ๐ž ๐ฅ๐š๐ก ๐๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐š๐๐ข, ๐ญ๐š๐ค ๐ง๐š๐ค ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ !โ€

Pernah terjadi kepada teacher satu masa dahulu, sedang duduk diam dan perhatikan anak main 'masak-masak'.
Dia guna daun jadi sayur, batu jadi ayam, pasir jadi nasi.
Siap suap kawan yang main dengan dia sambil berkata :

โ€œ๐๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ, ๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐ฅ๐š๐ฉ๐š๐ซ.โ€

Masa tu teacher tersentap. Anak ni sebenarnya sedang berlatih jadi manusiaโ€ผ๏ธ

Dia belajar:

๐Ÿฝ Meniru interaksi sosial (roleplay & empati)
๐Ÿ”„ Urutan dan logik (masak dulu, baru makan)
๐Ÿ’ฌ Gunakan bahasa dan nada suara yang sesuai
๐Ÿง  Kembangkan imaginasi dan kreativiti

Dan paling penting dia seronok. Bila seronok, baru pembelajaran jadi mendalam.

๐Ÿ”‘ Tips untuk ibu bapa:
โœ… Jangan โ€˜potongโ€™ permainan anak bila mereka tengah khusyuk.
โœ… Sediakan ruang, bukan semestinya mahal. Cuma kotak, daun, pinggan plastik pun cukup.
โœ… Sertai main dengan mereka, biar anak tahu kita hargai dunia mereka.

๐ŸŒฑ Bila kita faham yang "main adalah kerja utama anak kecil", kita takkan pandang permainan sebagai buang masa lagi.

Malah, kita akan mula sediakan lebih banyak peluang untuk mereka bermain dan membina dunia sendiri. ๐Ÿฅฐ

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน






C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

๐Ÿž๐Ÿ โ€œInsects-Bento Projectโ€: Bila Makanan Jadi Jalan Ilmu & Kasih Sayang ๐ŸŒฑ๐Ÿฑโ€œ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซโ€ฆ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ ๐š๐ฉ๐ข! ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ญ๐š๐ค ๐ฅ๐ž๐ญ๐š๐ค ๐š๐ฉ...
02/07/2025

๐Ÿž๐Ÿ โ€œInsects-Bento Projectโ€: Bila Makanan Jadi Jalan Ilmu & Kasih Sayang ๐ŸŒฑ๐Ÿฑ

โ€œ๐“๐ž๐š๐œ๐ก๐ž๐ซโ€ฆ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ญ ๐š๐ฉ๐ข! ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ญ๐š๐ค ๐ฅ๐ž๐ญ๐š๐ค ๐š๐ฉ๐ข ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ-๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ. ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐ญ๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐จ ๐œ๐ก๐ž๐ซ๐ซ๐ฒ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š, ๐๐š๐ง ๐ค๐š๐œ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐š๐ค๐ข๐ง๐ฒ๐š!โ€ ๐Ÿฅณ

Kami tersenyum. Bukan sebab bentonya cantik sahaja, tapi kerana betapa dia seronok berceritaโ€ฆpenuh yakin dan kreatif. ๐Ÿฅฐ

๐ŸŒฟ Projek ini bukan sekadar aktiviti masak comel-comel. Ia adalah satu pengalaman berharga di mana anak belajar lebih dari sekadar mengenal serangga. Mereka belajar:

๐Ÿž Pemerhatian - mengenal bentuk, warna dan fungsi tubuh serangga
๐Ÿ Motor halus - menggentel nasi jadi bentuk, memotong buah dengan berhati-hati
๐Ÿฆ‹ Bahasa dan komunikasi - bila mereka bercerita tentang ciptaan mereka
๐Ÿ› Emosi dan keyakinan diri - bila ibu ayah, guru dan juga rakan puji hasil kerja mereka
๐Ÿชฒ Penglibatan keluarga - bila projek ni disiapkan bersama di rumah

Dan yang paling indahโ€ฆ

โค๏ธ Anak yang selalu susah nak bercakap, tiba-tiba bercerita panjang tentang โ€˜ulat daunโ€™ dia.
โค๏ธ Anak yang cerewet makan, mula cuba rasa lobak dan timun sebab itu โ€˜sayap rama-rama diaโ€™.
โค๏ธ Ibu ayah yang sibuk, duduk bersama menyusun nasi atau roti dengan senyum di bibir โ˜บ๏ธ

Itulah keajaiban projek kecil iniโ€ผ๏ธ

Bento itu pasti habis dimakan...tapi memori yang terhasil, minat yang ditanam serta hubungan yang terbina akan terus kekal dalam hati anak-anak. ๐Ÿฅฐ

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน






C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

โ€œ๐€๐ง๐š๐ค ๐‹๐š๐ฆ๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐œ๐š๐ค๐š๐ฉ? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ฉ๐š๐ญ ๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ"Seorang ibu pernah menangis depan teacher ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบโ€œTeacher, anak saya dah 2 tahun l...
01/07/2025

โ€œ๐€๐ง๐š๐ค ๐‹๐š๐ฆ๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐œ๐š๐ค๐š๐ฉ? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ฉ๐š๐ญ ๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ"

Seorang ibu pernah menangis depan teacher ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

โ€œTeacher, anak saya dah 2 tahun lebihโ€ฆtapi masih tak banyak cakap. Salah saya ke?โ€

Teacher jawab perlahan:

โ€œTak ibu, anak cuma perlukan ruang dan masa. Bukan salah sesiapa.โ€

๐Ÿ“Œ Sebenarnya, perkembangan bahasa anak bukan perlumbaanโ€ผ๏ธ

Ada anak yang banyak bercakap, tapi belum pandai kendalikan emosi.
Ada anak yang pendiam, tapi tajam pemerhatian.

Apa yang kita perlu buat?

๐Ÿ—ฃ Banyak bercakap dengan anak, bukan hanya memberi arahan kepada anak.

Guna ayat penuh, bukan โ€œambil tuโ€ jeโ€ผ๏ธ

Contoh: โ€œAiman nak air? Ibu ambilkan air kosong ya.โ€

๐Ÿ“š Bacakan buku setiap hari. Tunjukkan gambar jelas dan ayat yang ringkas. Boleh ulang buku yang sama kerana anak-anak s**a ulangan!

๐Ÿ“ต Kurangkan skrin. TV dan telefon tak beri respon pada anak. Tapi kita boleh ๐Ÿ’ช

๐ŸŽต Mainkan lagu kanak-kanak yang ada pergerakan. Bantu sebutan dan koordinasi.

๐Ÿšซ Jangan membandingkan anak. Setiap anak ada masa โ€˜mekarโ€™ yang berbeza.

๐ŸŒท Percayalahโ€ฆbila anak cukup didengari, disentuhi dan dihargai, kemahiran bahasa akan menyusul. Sedikit demi sedikit, hari demi hari. Yang penting jangan hilang sabarโ€ฆjangan hilang percayaโ€ผ๏ธ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

With Love โค๏ธ
Teacher Rose ๐ŸŒน






C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

Pirates Messy Treasure Hunt ๐Ÿดโ€โ˜ ๏ธAhoy, Mateys! Our Pirate Messy Treasure Hunt was an absolute splash! โš“๏ธ Little pirates d...
17/02/2025

Pirates Messy Treasure Hunt ๐Ÿดโ€โ˜ ๏ธ

Ahoy, Mateys! Our Pirate Messy Treasure Hunt was an absolute splash! โš“๏ธ Little pirates dug, splashed, and explored their way through a sea of sensory fun, searching for hidden treasures in sand! They followed treasure maps, deciphered clues, and navigated their way to hidden gems, building problem-solving skills and teamwork. The laughter, adventure, and hands-on learning made it an unforgettable day. Yo ho ho, learning through play we go! ๐Ÿฅณ


C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

13/02/2025

Dear parents and our little sweets ๐Ÿฌ

Get ready for a day full of fun and learning during this Hygiene Day. Our kiddos will learn essential hygiene skills such as brushing their teeth, proper hand washing and showing simulation while having a blastโ€ผ๏ธ

๐ŸŒž Day: Thursday
๐Ÿ“… Date: 13th February 2025
๐Ÿ•ฐ๏ธ Time: 9am-12pm
๐Ÿซ Venue: Playschool Porch

๐ŸŽ‰ Surprise Alert ๐Ÿฅณ Weโ€™ve got an extra fun activity planned, but weโ€™re keeping it a secret for now ๐Ÿคซ. Make sure your child wears swimwear for the day, you wonโ€™t want to miss itโ€ผ๏ธ๐Ÿ˜‰

Letโ€™s make this a hygienic and exciting day for everyone! ๐Ÿฅณ


C Jannah Preschool-Playschool
C Jannah Kids Enrichment Kingdom

Address

PT 20278, Jalan Limau Nipis, Gong Limau
Chukai
24000KEMAMANTERENGGANU

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

+60192353136

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when C Jannah Kids Enrichment Kingdom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to C Jannah Kids Enrichment Kingdom:

Shortcuts

Share

Category