Madrasatul quran ar ridhwah

Madrasatul quran ar ridhwah madrasatul quran ar ridhwah terletak di taman geliga permai

31/12/2021

ASSALAMU'ALAIKUM 🌹

MADRASATUL QURAN AR RIDHWAH

memerlukan sumbangan ihsan tuan/puan untuk pengurusan madrasah tahfiz perempuan.

Kutipan dana yang diperlukan adalah beranggaran RM 4,000 sebulan.

Berikut adalah bagi menampung sedikit sebanyak keperluan madrasah dan para pelajar untk :
- Bayaran Sewa Rumah
- Bayaran bil api/air
- Makan minum pelajar
- Saguhati bulanan asatizah

✅Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun MADRASATUL QURAN RIDHWAH :

➡️Nama : MADRASATUL QURAN RIDHWAH
➡️No. Akaun : 563028643974
➡️Bank : MAYBANK
➡️Reference : sumbangan madrasah

📲 Kemudian maklumkan kepada ustaz / ustazah :
010-447 4614 /
011-6062 2231

بارك الله فيكم

Saya doakan anak-anak kita semua jadiHafiz Al Quran.....Amin...
05/05/2021

Saya doakan anak-anak kita semua jadi
Hafiz Al Quran.....

Amin...

ALHAMDULILLAH.. Terimakasih atas ke sokongan anda. ManCo SUDAH MENJADI MINUMAN PILIHAN SETIAP RUMAH DAN SEISI KELUARGA.....
03/05/2021

ALHAMDULILLAH..

Terimakasih atas ke sokongan anda.

ManCo SUDAH MENJADI MINUMAN PILIHAN SETIAP RUMAH DAN SEISI KELUARGA..

BAGI YANG BELUM MENCUBA?
MINUM LAH Manco Hq UNTUK KETENANGAN JIWA DAN MINDA...

Semoga ALLAH SWT memberkati Perniagaan NUR RIDHWAH MART..

Merupakan syarikat 100% keluaran produk muslim...




02/05/2021

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Aaminn."

27/04/2021

"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga."

Tak hanya itu, orang yang memberi makan saat berbuka puasa juga dijanjikan untuk masuk ke surga.

Nabi SAW pernah berkata kepada seorang sahabat:

"Sesungguhnya di surga terdapat kamar-kamar yang mana bagian luarnya terlihat dari bagian dalam dan bagian dalamnya terlihat dari bagian luarnya."

Alhamdulillah
Syukur pd Allah SWT..

Dan ucapan Terima Kasih tak terhingga kepada hamba Allah yg bagi sumbangan pelajar berbuka puasa...

Kebaikan tuan puan ini hanya Allah sahaja dapat membalasnya ...

Kami Anak² tahfiz dan warga madrasah mendoakan kebaikan kepada semua..

Semoga Allah swt Terima semua Amalan kita..AAMIIN YA ALLAH..
Madrasatulquran Ar Ridhwah

*PROGRAM BERBUKA PUASA*

23/04/2021

GANJARAN BAGI MEREKA YG BERSUSAH PAYAH MENGHANTAR ANAK BELAJAR AGAMA

🌷Pahala ganjaran bg mereka yang datang majlis ilmu / belajar ilmu ni ibarat beratus2 tahun lamanya. Allah sembunyikan dr pengetahuan kita krn ianya sangat mahal. Pahala ini tak nampak. Tapi kita kena yakin yg ia ada. Allah simpan dari dulu hingga kini.

🌷Satu org yg tidak ambil agama dia tidak akan berjaya dunia dan akhirat, kerana agama yg akan menyelamatkan kita.

🌷kita jangan banyak bertanya apa yg guru lakukan pada anak kita. Tetapi kita kena tanya pada guru apa yg mereka perlukan bantuan utk anak kita

🌷3 pihak harus gotong royong( berkejasama)
Ibu bapa, guru dan pelajar. Kena 1 fikir dan sepakat untuk anak, untuk jadikan mereka hafiz/ah @ alim/ah sehingga mereka berjaya.

🌷Ibu bapa yang bantu agama Allah dengan hantar anak belajar agama akan dapat buku catitan amalan di tangan kanannya.

🌷kita letak anak kita belajar, kita kena bantu mereka. Yg mana bantu mereka dapat Cinta nabi saw. Dan dapat bersama dengan nabi saw.

🌷Allah akan beri keistimewaan pada pelajar agama yang mana mereka boleh beri syafaat pada sesiapa yg dia inginkan seperti syafaat Anbiyaa alaihissalam. Dan anak tersebut dibenarkan beri syafaat pd mereka yg b*k membantunya. Juga mendapat syurga firdaus yg ddlmnya terdapat 10,000 mahligai.

🌷Diberi juga Syurga Khuld. Allah beri 100,000 bandar dalam syurga. Yg diperbuat dr cahaya dan dlm Syurga Maa'wa Allah beri 30,000 darjat drpd Yakult berwarna merah dan setiap dirham yg dibelanjakan, dlm menuntut ilmu setiap 1 dirham= 1 bidadari sebanyak mana bintang d langit dunia.

🌷Jangan bimbang atas apa yg kita belanjakan untuk anak2 yang belajar agama, kita hendaklah niat perbelanjaan itu adalah kita infaq ke madrasah.
Tetapi kita hendaklah risau apa yg kita belanjakan untuk diri kita. Yang mana kita akan ditanya satu hari nanti.

🌷Orang yang bersalaman dengan pelajar agama, Allah akan haramkan dia disentuh api neraka jahannam.

🌷Sekiranya pelajar agama meninggal dunia, Allah akan ampunkan dosa dia dan ampunkan seluruh hamba yg ziarahi dan solat jenazahnya.

🌷Apabila seorang yg belajar ilmu, lalu di satu kampung maka Allah akan angkat azab kubur dan beri rahmat bg ahli kampung tersebut.

🌷Sentiasa bg semangat pd ank2 kita. Elak bawa ank kita ke tmpat yg lemahkn semangat dia.
Ushakan kehadiran ank kita.
Jangan kerap cuti kerana
1 hari tidak hadir ibarat 40 hari tidak datang.

🌷Menghantar anak ke madrasah ibarat menanam pokok. Untuk dapat kan hasil, kita kena bersabar dan tetap di satu tempat. Jika kita selalu pindah kan pokok tersebut maka kita tidak akan dapat hasil dari pokok tersebut.

🌷🌷Bila kita hantar anak ke madrasah kita hendaklah yakin 100% pd Allah.Yakin apa akn kita dpt melalui kehidupan akhirat. Sebab, mereka yg hantar ank untuk bljr agama Allah amat besar ganjaran disisi Allah. Di dunia mungkin manusia memandang sblh mata, tapi ganjarannya sangat besar disisi Allah swt. Yakin bhw kita lalui kehidupan ini hanya melalui nusrah(pertolongan)Allah swt.

🌷Didunia kita tidak nampak, tetapi di akhirat nanti Allah akan buka kan semuanya....
Bayan maulana hamzah

01/04/2021

Bayan Maulana Saad untuk pelajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling

- Pertama sekali kamu semua perlu bersyukur kepada Allah pada zaman
hari ini yang manusia berlumba-lumba belajar funun-funun(bidang-bidang) keduniaan , zaman kejahilan dan zaman manusia jauh dari ilmu ilahi Allah telah pilih kamu semua belajar ilmu ilahi, ilmu agama ini adalah satu nikmat yang besar dari Allah . Kamu kena bersyukur kepada Allah Taa'la

- Sudah cukup untuk membezakan funun dunia dengan ilmu agama ialah bila funun dunia kita boleh belajar dalam keadaan kita tidak ingat kepada Allah, dengan ghaflah dengan kelalaian dengan dosa tanpa ikut sunnah kita boleh belajar benda-benda tersebut. Tetapi ilmu ilahi ilmu Allah yang merupakan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah tanpa ketakwaan kepada Allah tanpa mengingati Allah tanpa mengikuti sunnah mengamalkan sunnah ilmu tersebut tidak mungkin dapat dihasilkan

- Ilmu agama tanpa ta'luk tanpa hubungan dengan Allah, tanpa takwa kepada Allah perasaan takut kepada Allah menyebabkan seseorang tidak mendapat ilmu. Dosa-dosa kecil menyebabkan seseorang terlupa dengan ilmu dan dosa-dosa besar menyebabkan seseorang termahrum dari ilmu

- Benda yang suci hanya boleh masuk melalui jalan yang suci dan benda yang kotor akan masuk melalui jalan yang kotor . Oleh kerana itu untuk mendapatkan ilmu ini kita hendaklah memastikan jalan-jalan untuk ilmu masuk. Iaitu lidah kita, pandangan kita pendengaran kita. Kita kena pastikan semua jala-jalan ini bersih barulah ilmu yang bersih akan masuk dalam hati kita

- Untuk menerangkan kedudukan istimewa para ulama Allah bagitahu tentang ketakwaan mereka kepada Allah إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا " Kalau kamu bertakwa kepada Alah maka Allah akan kurniakan kepada kamu ilmu yang dengannya kamu dapat bezakan antara benda betul dan salah"
Begitu juga Allah berfirman إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ Innama untuk hasar yakni hanya sanya ulama sahaja yang takut kepada Allah

- Oleh kerana ketakwaan kepada Allah merupakan salah satu syarat untuk kita mendapatkan ilmu Allah . Seorang sahabat tanya bagaimana saya boleh menjadi seorang alim . Nabi tidak berkata baca itu dan ini tetapi nama berkata bertakwalah kepada Allah maka kamu akan menjadi manusia yang paling berilmu

- Diantara lmu dan dosa langsung tidak ada hubungan dimana ada dosa disitu tidak ada ilmu. Oleh kerana itu sangat penting bagi seorang pelajar menjauhkan diri dari dosa. dosa kecil menyebabkan otak seseorang pelajar itu menjadi lemah,bodoh dan menjadi lemah fikirannya begitu juga perkara perkara la yakni perkara-perkara sia-sia bila satu orang banyak bercakap benda sia-sia melakukan benda sia-sia menyebabkan otak seseorang menjadi lemah menyebabkan dia susah untuk mendapatkan ilmu. Oleh kerana itu untuk mendapatkan ilmu kita kena jauhkan langsung dari dosa-dosa termasuk dosa kecil dan termasuk benda-benda yang melalaikan. Oleh kerana itu termasuk dalam syarat dan asas untuk mendapatkan ilmu seseorang perlu memiliki ketakwaan kepada Allah dan menghindarkan dosa. Sebagaimana seseorang telah berkata dia mengadu kepada gurunya Waqi' tentang lemahnya ingatannya. Dan nasihat yang telah diberi ialah untuk supaya dia meninggalkan dosa

(Bersambung )

Address

Pt 1579-1 Taman Geliga Permai, Geliga Besar
Chukai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasatul quran ar ridhwah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category