03/06/2026
PARENTING TIPS: Anak terlalu lama dengan phone & tablet
Parents…
Kadang kami faham kenapa ramai bagi anak phone.
Sebab kadang itu saja cara paling cepat untuk buat anak duduk diam sementara kita nak masak, buat kerja, lipat baju, jawab call atau sekadar nak rehat 10 minit.
Dan kami tak rasa parents yang bagi gadget ni “malas”.
Kami tahu… ramai sebenarnya cuma penat.
Tapi lama-lama kita mula perasan sesuatu.
Bila phone diambil, anak mula mengamuk.
Bila tak dapat YouTube, mood terus berubah.
Makan pun nak tengok screen.
Tidur pun susah sebab otak masih aktif.
Dan paling sedih…
Kadang anak dah kurang bercakap atau bermain dengan orang sekeliling.
Parents, teknologi bukan musuh.
Tapi bila screen mula jadi “penenang utama”, anak perlahan-lahan akan bergantung pada benda tu untuk regulate emosi dia.
Sebab itu penting untuk kita bantu anak belajar enjoy dunia sebenar juga.
Main luar.
Berimaginasi.
Berborak.
Menyepah.
Bosan.
Ya… bosan itu penting sebenarnya.
Sebab dari bosan lah kreativiti anak berkembang.
Kalau nak kurangkan screen time, jangan terus potong mendadak sampai anak terkejut.
Cuba perlahan-lahan:
• Tetapkan waktu screen yang konsisten
• Jangan bagi gadget sebelum tidur
• Gantikan dengan aktiviti yang lebih seronok
• Parents pun cuba kurangkan pegang phone depan anak
Sebab kadang anak bukan nak phone sangat pun…
Mereka cuma nak connection dengan kita.
Kami tahu zaman sekarang memang susah nak besarkan anak tanpa gadget langsung.
Tapi balance itu penting.
Anak tak perlukan parents yang sempurna.
Anak perlukan parents yang hadir.
Kalau parents tengah struggle nak control screen time anak, komen “faham sangat” 🥺
Like, follow & share posting ni supaya lebih ramai parents sedar benda ni sebelum jadi lebih susah nak ubah nanti.
01/06/2026
PARENTING TIPS: Anak tantrum di tempat awam
Parents… kami nak tanya jujur sikit.
Pernah tak tengah jalan dekat shopping mall, tengah makan kat restoran, atau tengah beratur… tiba-tiba anak menangis kuat, menjerit, baring atas lantai?
Dan masa tu… semua mata mula pandang.
Ada yang tengok dengan simpati.
Ada yang buat muka pelik.
Ada yang terus “judge” dalam diam.
Dan dalam kepala kita masa tu cuma ada satu benda:
“Kenapa sekarang…”
Kadang sampai kita sendiri rasa nak menangis sekali.
Rasa malu.
Rasa gagal jadi parents.
Rasa macam orang fikir kita tak pandai jaga anak.
Tapi parents…
Anak kecil belum pandai kawal emosi macam orang dewasa.
Bila mereka penat, lapar, overstimulated, kecewa atau tak dapat apa yang mereka nak… badan dan emosi mereka “meletup” dulu sebelum mereka sempat faham apa yang mereka rasa.
Sebab tu tantrum sebenarnya bukan tanda anak jahat.
Selalunya itu tanda anak sedang struggle dengan emosi dia sendiri.
Dan masa itulah… mereka paling perlukan kita.
Bukan parents yang perfect.
Tapi parents yang cuba faham.
Kami tahu bukan senang nak bertenang bila orang sekeliling tengok.
Kadang suara kita sendiri naik tanpa sedar sebab terlalu penat.
Tapi kalau boleh cuba buat ni:
• Tarik nafas dulu sebelum react
• Jangan jerit balas pada anak
• Turun ikut level mata anak
• Cakap perlahan walaupun dia tengah menangis kuat
• Bawa dia ke tempat yang lebih tenang kalau perlu
Kadang ayat simple macam:
“It's okay… mama/papa ada sini.”
Itu dah cukup untuk buat anak rasa selamat.
Parents…
Anak takkan ingat apa orang sekeliling pandang pada hari tu.
Tapi anak akan ingat bagaimana kita respon pada emosi mereka.
Dan percayalah… hampir semua parents pernah lalui benda ni.
Cuma ramai tak cerita.
Kalau parents pernah alami situasi macam ni, komen “pernah” ❤️
Supaya parents lain tahu mereka tak keseorangan.
Jangan lupa like, follow & share posting ni pada parents lain yang mungkin sedang penat dan perlukan sedikit kekuatan hari ni.
29/05/2026
✨ Quotes of the Day ✨
“Behind every smile is a child discovering the world.” 🌎💛
Every smile tells a story of curiosity, learning, and growth. Through play, exploration, and meaningful experiences, children discover the world one little step at a time. 🌱
✨
27/05/2026
✨🌙 Eidul Adha Mubarak 1447H 🕋💛
Daripada kami di Little Caliphs Duta Iman, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya ✨
Aidiladha mengingatkan kita tentang makna keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan kepercayaan penuh kepada perancangan Allah SWT 🤲
Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan dalam hati, kebahagiaan bersama keluarga serta keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita semua 🌿💛
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, doa dan pengorbanan kita serta mengurniakan rahmat-Nya kepada kita dan keluarga tercinta. Aamiin 🤍
Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ ✨
26/05/2026
✨ Reminder from Little Ones: I See Allah Everywhere!❤️
Kadang-kadang bila tengok anak-anak, kita tak sedar benda kecil yang mereka belajar sebenarnya boleh beri kesan yang besar 🥹
MasyaAllah, sepanjang trip bersama keluarga, Ilham asyik menyanyikan lagu “I See Allah Everywhere” sambil berzikir. Sampai bila tengok pemandangan dan keindahan alam, dia jadikan ia sebagai peringatan untuk melihat kebesaran Allah di sekeliling kita.
Jujurnya, perkongsian daripada Pn Lina ini betul-betul menyentuh hati kami ❤️
Inilah yang kami harapkan di Little Caliphs — bukan sekadar anak belajar membaca, menulis dan mengira, tetapi anak yang membesar dengan rasa cinta kepada Allah, berakhlak baik dan menjadi penyejuk hati ibu ayah.
Terima kasih Pn Lina atas perkongsian yang sangat bermakna 🌷
🎥 Swipe untuk tonton video penuh Ilham!
26/05/2026
Arafat Day, observed on the 9th of Zulhijjah, is among the most sacred and meaningful days in Islam.
It is the day when millions of pilgrims gather at the Plain of Arafat, humbly seeking forgiveness, mercy, and the pleasure of Allah (SWT). A day filled with heartfelt duas, repentance, and hope.
For Muslims around the world, the Day of Arafat is a beautiful opportunity to reflect, strengthen our relationship with Allah, and fill our hearts with sincerity and gratitude.
May Allah accept all our duas, forgive our shortcomings, and grant us peace in this world and the hereafter. ✨