Taska Al.Hannah Bandar Mahkota Cheras

Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras

Share

Taska kami berlandaskan islamik konsep.Mendidik anak-anak seawal masih bayi.Kanak-kanak yang diasuh s

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 12/10/2023

Cikgu buat aktiviti menguji minda hari ini..Yey‼️‼️..👏😁💖

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 18/01/2023

Adakala perangai si kecil ni buat kita rasa geram, happy, sedih dan hangin semacam. Tapi itulah dia proses perkembangan anak. 1-4 tahun sel2 otak mereka sedang berhubung dengan pesat. Janganlah cepat marah tau.

Senyum! ☺️☺️

15/11/2022

PENDAFTARAN TASKA MASIH DIBUKA .

Pelbagai aktiviti yang bakal kami persembahkan bagi meningkatan keceriaan & kreativi anak-anak anda

💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 27/05/2022

Hai,
Assalamualaikum.

Ticer di taska kami selalu amalkan aktiviti merangsang perkembangan bayi 0-3 bulan.

Jom ibu-ibu!!!
Buat aktiviti begini bila bersama anak di rumah.
Rugi kalau ibu2 tak cuba 🤗

Sebagai ibu kenalah kita rangsang perkembangan anak kita sejak bayi.
Bertambah erat kasih sayang tuuu.🥰

1) PELUK & CIUM

Untuk awal kelahiran, mata bayi tak nampak dengan jelas. Jadi kita rangsang dari cara memberi pelukan, ciuman. Kalau ikutkan anak yang besar pun perlukan pelukan 8 kali sehari selama 15 saat. Memeluk anak dapat merangsang deria sendi diaorang juga tau!

2) BERSEMBANG

Bersembanglah apa sahaja dengan anak. Contoh nak buka baju untuk mandi, bagitahu anak "ibu nak mandikan adik ni". Wah cantik baju adik ni ada warna merah, biru, hijau.. eh ada gambar bearlah comelnya. Ha.. macam-macamlah yang boleh kita sembangkan. 😃

3) TUMMY-TIME

Tummy-time (meniarapkan bayi) . Caranya dengan kita tolakkan bayi mengiring, then tolakkan lagi badannya supaya tertiarap. Bukan dengan angkat & letak meniarap tau kecualilah kalau letak atas riba. Cara ni dapat kuatkan otot leher diaorang.

Kita kena rangsang bayi bermula leher, pinggang, kemudian barulah kaki.

4) MAINAN

Sarung tangan bayi tu ibu pakaikan dalam 4-6 minggu je. Lagi awal buka lagi bagus. Lepas tu selalulah pastikan kuku beliau pendek. Bermain dengan tangan sendiri & memasukkannya dalam mulut termasuk dalam perkembangan bayi.

Mainan p**a beli yang jenis soft @ rattle. Ada bunyi. Cara main, kita bagi anak tengok then gerakkan mainan ke kiri & ke kanan perlahan-lahan. Rangsang anak untuk ikut pergerakan mainan tu. Then boleh bunyikan, dan pastikan anak boleh beri respon.

Lepas tu boleh rangsang diaorang untuk mencapai mainan tersebut. Bestkan bermain dengan anak walaupun masih baby

5) MENGURUT & MENYANYI

Urutan dapat merangsang deria sentuhan. OT cakap urutan wajib untuk anak 1 tahun ke bawah. Ibu urut adik 2 kali sehari. Selepas mandi. Sambil urut kita boleh berselawat atau menyanyi lagu nursery rhymes.

Lepas mandi bagusnya sapu minyak dekat rambut sambil urut2 dan sikat dengan lembut. Ini pun bagus untuk sensori.

Ha ada baby, bolehlah cuba .
By Ummi fadzilah 🥰💖🌹🎈

03/03/2021

Assalamualaikum ibubapa yang dikasihi semua.....🎈🎈🎈
Berikutan penutupan kerana PKP.
Kini Taska Al hannah sudah dibuka & beroperasi seperti biasa..

PENDAFTARAN TASKA 2021 MASIH DIBUKA.

Pelbagai aktiviti yang menarik sentiasa kami persembahkan bagi meningkatkan keceriaan & kreativi anak-anak anda.

Untuk pertanyaan lanjut.
Sila wsapp Ummi Fadzilah
📱019 2166198
📱019 2166198

💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹

26/10/2020

Assalamualaikum semua.

Perkongsian dari seorang ustazah yang pernah dulu-dulu ummi
amalkan setiap hari pada anak-anak semasa mereka
kecil.

Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.

Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur.

Ye lah. Kita sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak anak.

Caranya memang senang jek kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ayat ni;


1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)

(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.


2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.

‎اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
Tuhan Yang Maha Pemurah

‎عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
Yang mengajarkan Al-Quran.

‎خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
Dia mencipta kan manusia

(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)

‎عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara

(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)


3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu

Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.

Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu ibu diluar sana ya.

Boleh jugak tag ibu ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.

Salam kasih sayang.
Ummi Al Hannah 💖

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 13/10/2020

Jom kita pelajari dan fahami buah hati pengarang jantung kita.😍😍😍

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 10/09/2020

Jom kita merangsang kreativiti anak-anak dengan warna air🌸❤️

Photos from Taska Al.Hannah  Bandar Mahkota Cheras's post 07/09/2020

Origami bunga💐

🌸Apa ya kebaikan dan manfaat origami kepada kanak-Kanak?

🌸 Apa yang akan membantu dalam perkembangan bayi dalam aktiviti?

🌺Origami untuk kanak-kanak boleh menjadi satu permainan yang menarik, yang membangunkan kreativiti dan ketangkasan.

🌺Lipatan kertas sempurna membangunkan kemahiran motor halus, kerana apabila lembaran lipatan bertambah baik ia memberikan penyelarasan jari.

🌺Ini juga membantu dalam pembangunan bersuara, bertulis, dan dalam pengajaran berguna di sekolah muzik.

🌺Di samping itu, membangunkan ketepatan, kecerdasan, ingatan, logik, ketekunan, pemikiran spatial dan imaginasi kepada kakak-kanak terutama yang berumur 3-4tahun.

30/08/2020

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Semoga kita menjadi insan berriman & bertaqwa. 💖🇱🇷💖

Aneka Roti Homemade Super Lembut 11/08/2020

Anak-anak pasti s**a 😍😍😍

Aneka Roti Homemade Super Lembut Alangkah enaknya jika dapat menikmati roti dan ban bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika ia hasil air tangan sendiri. Kali ini RASA kongsikan enam jenis roti dan ban untuk anda cuba sendiri di rumah. ROTI SERUNDING AYAM BAHAN-BAHAN (ROTI): 250gm tepung high protein 7gm yis 10gm shortening 10gm bre...

07/06/2020

Alhamdulillah, atas perbincangan bersama, taska Alhannah sudah mula beroperasi mengikut piawaian dan sSOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Kami guru-guru Alhannah menanti ketibaan anak-anak semua❤️


Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Penggawa 5/2, Bandar Mahkota Cheras
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 07:00 - 06:30
Tuesday 07:00 - 06:30
Wednesday 07:00 - 06:30
Thursday 07:00 - 06:30
Friday 07:00 - 06:30
Saturday 08:00 - 12:00