SRA Batu 10 Cheras

SRA Batu 10 Cheras

Share

Selamat Datang Ke Page FB SRA BT 10 Cheras 🌹

Institusi pendidikan berteraskan agama yang komited untuk melahirkan generasi muda yang cerdas, berakhlak mulia, dan berdaya saing. Dengan kurikulum yang menerapkan nilai-nilai agama yang kuat dan pembelajaran akademik yang berkualiti, kami menyediakan asas yang kukuh bagi anak-anak untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat, InsyaAllah!

23/04/2026

🌿 SATU TAKBIR YANG MENGGONCANGKAN HATI 🌿

Pada hari Isnin yang lalu, sepupu kepada suami saya telah kembali ke rahmatullah akibat masalah jantung. Arwah meninggalkan seorang balu serta dua orang cahaya mata — seorang anak lelaki berusia 12 tahun, Adam, dan seorang anak perempuan, Airis (2 tahun).

Sepanjang urusan pengurusan jenazah, Adam sentiasa berada di sisi arwah ayahnya. Seolah-olah masih belum mampu menerima hakikat kehilangan itu, namun tetap cekal berdiri mengiringi insan yang paling disayanginya.

Beberapa bulan sebelum itu, Adam baru sahaja menerima keputusan UPKK dengan cemerlang, 4A 4B. Lebih manis lagi, Adam dipilih menerima Anugerah Sahsiah Terpuji oleh SRA Batu 10, Cheras, Hulu Langat. Dan pada hari itu, kami semua menyaksikan sendiri bahawa pemilihan tersebut benar-benar tepat dan berasas.

Didikan arwah ayahnya, ibunya serta para asatizah SRA Batu 10 jelas terpancar pada peribadi Adam; tenang, beradab, berani memikul amanah dan tahu meletakkan agama di hadapan walaupun sedang diuji perasaan yang sangat besar.

Dalam suasana sayu itu, suami saya mendekati Adam dan dengan penuh hikmah memujuknya untuk menunaikan amanah terakhir buat arwah ayahnya, mengimamkan solat jenazah.

Pada awalnya, jelas kerisauan terpancar di wajah Adam. Takut. Tidak yakin. Maklumlah, ini bukan latihan atau lakonan dalam kursus pengurusan jenazah. Ini adalah realiti, ayahnya sendiri terbujur di hadapan. Namun selepas dipujuk dengan lembut oleh suami saya dan maklongnya, Adam akhirnya mengangguk setuju.

Di celah kesibukan bersama sepupu-sepupunya, sesekali Adam datang bertanya dengan suara perlahan:

“Uncle… lepas takbir nanti baca apa ya? Adam lupa…”

Walau soalan yang sama ditanya berkali-kali, suami saya tetap terus menjawab dengan tenang dan penuh kasih.

Ketika proses memandikan jenazah, Adam turut dipanggil untuk sama-sama menunaikan fardhu kifayah itu. Tanpa sebarang bantahan, dia menyertainya. Allahuakbar… besar sungguh jiwa anak kecil ini.

Tibalah saat untuk solat jenazah. Ada beberapa orang jemaah yang mempertikaikan kemampuannya:

“Berapa umur budak ni?”

“Boleh ke dia buat?”

Namun keyakinan suami saya dan ahli keluarga yang lain tidak pernah goyah. Kami percaya, anak ini mampu. Saat Adam melangkah ke hadapan, mengangkat tangan dan melaungkan takbir dengan suara yang jelas dan yakin:

“Allahuakbar…”

Bergetar dada mereka yang mendengar. Air mata ramai yang jatuh tanpa sedar. Takbir daripada seorang anak kecil… untuk ayahnya sendiri.

Gambar ini bukan sekadar satu detik solat jenazah. Ia adalah bukti hasil tarbiyah gabungan didikan keluarga dan sebuah institusi pendidikan agama yang mendidik sahsiah, bukan sekadar akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada:

* SRA Batu 10, Cheras, khususnya para asatizah yang mendidik Adam dalam biah agama, menanam adab, iman dan keberanian memikul amanah sejak kecil.
* Allahyarham ayah Adam, yang membesarkan anak ini dengan kasih sayang, disiplin dan kecintaan kepada agama.
* Dan buat ibu Adam, nikmatilah kesejukan perutmu mengandungkan, membesarkan dan kuat mendampingi seorang anak kecil yang diuji kehilangan besar.

Cerita ini adalah kisah benar anak didikan SRA Batu 10, Cheras.

Adam Haikal Bin Nor Shahrizal
5 Firdaus 2025

Sesungguhnya, Anugerah Sahsiah Terpuji yang diberikan kepada Adam bukan hanya sekadar sijil atau penghargaan. Tetapi sahsiah itu hidup, teruji, dan terbukti.

Terima kasih SRA Batu 10, Cheras kerana terus melahirkan anak-anak yang memimpin dengan iman dan akhlak. Al-Fatihah buat arwah Nor Shahrizal Bin Nor Aman Shah. 🤍

Cc: Nurul Nadzirah Nasaruddin ✍️

11/03/2026
05/03/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Makluman kepada ibu bapa / penjaga
Tahun 1 hingga 6
SRA Batu 10 Cheras

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran Murid Tahun 1/2027 bagi kohort umur 5 tahun dan 6 tahun akan bermula pada 09 Mac 2026 secara atas talian.

Makluman lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Pentadbiran
SRA Batu 10 Cheras

24/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 13 hari lagi 💪.

23/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 14 hari lagi 💪.

22/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 15 hari lagi 💪.

21/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 16 hari lagi 💪.

20/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 17 hari lagi 💪.

19/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 18 hari lagi 💪.

17/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 20 hari lagi 💪.

16/12/2024

Assalam.

Amalkan zikir harian ini. Doakan segala urusan kita semua dipermudahkan Allah 😇. Tidak lupa doakan anak-anak yang bakal menduduki UPKK dalam tempoh kurang sebulan 🤲.

Countdown UPKK - 21 hari lagi 💪.

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Cheras
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 14:00