26/11/2023
Norrulmella binti Karim
295875
Tajuk: Penyelesaian Perjudian Siber Dalam Kalangan Remaja
Perkembangan pesat teknologi telekomunikasi digital dilihat sebagai salah satu bentuk memperkasa dan merangsang ekonomi. Kemudahan rangkaian internet yang meluas telah meningkatkan penggunaan teknologi dengan lebih bersifat mobility,namun jika disalahguna bagi tujuan perjudian impaknya sangat besar kepada negara tambahan p**a perjudian melibatkan golongan remaja. Jika dahulu sindiket beroperasi di premis-premis yang disewa kini semuanya boleh diakses terus di hujung jari.
Iklan-iklan mempromosikan judi online di platform media sosial juga dilihat sebagai salah satu pendorong kepada pendedahan aktiviti perjudian ini. Oleh yang demikian, langkah pencegahan atau benteras harus dilakukan secara proaktif dalam menangani masalah tersebut. Operasi benteras meliputi Jabatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dilihat dilihat gabungan yang perlu bagi menangani masalah ini.
Pendekatan dan pendidikan mengenai bahaya judi siber ini perlu ditekankan di peringkat sekolah bermula dari sekolah rendah tetapi memfokuskan terutamanya pendidikan sekolah menengah kerana mereka merupakan antara golongan yang mudah terjebak dalam aktiviti ini. Pengaruh iklan yang menjanjikan p**angan lumayan juga menyebabkan golongan ini bertindak untuk mencuba Nasib. Natijahnya bukan sahaja kehilangan wang yang dipertaruhkan malah boleh menyebabkan pelbagai isu seperti penipuan bagi mendapatkan dana demi mendapatkan dana untuk aktiviti perjudian.
Asas agama dan pendidikan moral yang telah diterapkan dalam pendidikan seharusnya menjadikan seseorang remaja itu mempunyai jati diri yang kuat agartidak terjebak ke dalam kancah judi siber. Selaras dengan Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) inisiatif pembangunan insan, nilai dan sahsiah murid di seluruh negara tahun depan sebagai satu daripada usaha menangani masalah dan isu sosial dalam kalangan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat.
Ibu bapa di sarankan agar lebih peka dengan aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak remaja mereka, sebagai contoh memeriksa jika terdapat transaksi pembayaran online yang mencurigakan. Hal ini kerana perjudian online melibatkan transaksi tambah nilai dalam talian bagi mengaburi dan memudahkan operasi mereka.
Masyarakat juga dilihat sebagai satu entity yang penting bagi menangani masalah judi siber antaranya komuniti tempatan membuat hebahan atau aktiviti pendedahan masalah isu social terkini agar masyarakat maklum dengan trend masalah social remaja masa kini. Secara langsung dapat mendisik masyarakat setempat untuk mengelakkan diri dan keluarga mereka daripada terperdaya atau terjebak dalam isu tersebut
Sekatan akses ke web atau portal tertentu dilihat sebagai salah satu tindakan wajar yang dilakukan oleh pihak kerajaan, tidak dinafikan ada sebahagian masih lagi boleh diakses kerana mereka menggunakan Virtual Private Network (VPN) dengan membolehkan sambungan jaringan dilakukan secara sulit di mana semua data yang dikirim atau diterima dilindungi oleh enskripsi server VPN. Sekurang-kurangnya tindakan ini akan menjadikan akses mereka berskala kecil.
Tidak dinafikan penglibatan semua pihak harus diambil bagi memastikan aktiviti perjudian online dalam kalangan remaja dapat dikurangkan malah dapat dibasmi.