SRITI Darul Furqan BTHO

SRITI Darul Furqan BTHO Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor

๐Ÿ“š Hari ini berlangsung Hari Bicara Akademik (Penilaian Pertengahan Sesi) 2026.Selamat datang diucapkan kepada semua ibu ...
23/07/2026

๐Ÿ“š Hari ini berlangsung Hari Bicara Akademik (Penilaian Pertengahan Sesi) 2026.

Selamat datang diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga ke sesi perbincangan akademik bersama guru-guru.

Semoga pertemuan ini berlangsung dengan lancar serta menjadi wadah terbaik untuk berkongsi perkembangan, mengenal pasti potensi, dan merancang langkah-langkah yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik serta sahsiah anak-anak.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan membuahkan hasil yang terbaik, insyAllah.

โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™‚๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐™๐™–๐™—๐™—๐™–๐™ฃ๐™ž ๐™ˆ๐™ช๐™ง๐™–๐™—๐™—๐™žโ€





PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 2026Kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman yang baik, ingatan yang kuat, hati yang tena...
23/06/2026

PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 2026

Kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman yang baik, ingatan yang kuat, hati yang tenang dan fikiran yang cerdas.

Permudahkanlah mereka menjawab setiap soalan dengan tepat dan lancar.

Bukakanlah pintu-pintu ilmu dan hikmah buat mereka. Jauhkanlah rasa gelisah, takut dan lupa. Anugerahkanlah kejayaan yang terbaik serta jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai manfaat untuk agama, bangsa dan negara.

โ€œMembina Generasi Rabbani Murabbiโ€

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ (๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSRITI Bangi mengucapkan selamat menduduki Penilaian Perteng...
23/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ (๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SRITI Bangi mengucapkan selamat menduduki Penilaian Pertengahan Sesi (PPS) 2026 kepada semua murid SRITI di seluruh negara khususnya murid SRITI Darul Furqan.

Semoga para murid diberi ketenangan, kemudahan dalam menjawab soalan, serta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari selama ini dengan sebaiknya.

Kami mendoakan agar anak-anak SRITI semua dipermudahkan urusan, dilapangkan hati, dan diberi kejayaan yang cemerlang dalam PPS 2026.

Bittaufiq Wannajah semua!

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"



Tahniah SRITI Selangor. Kepada Fatimah Hana, insyAllah tahun depan kembali bangkit dan cuba lagi.
21/06/2026

Tahniah SRITI Selangor. Kepada Fatimah Hana, insyAllah tahun depan kembali bangkit dan cuba lagi.

๐Ÿ† SELANGOR JOHAN KESELURUHAN MAIS KEBANGSAAN KALI KE-8 2026 ๐Ÿ†

ALHAMDULILLAH! SELANGOR KEMBALI JUARA! โค๏ธ๐Ÿ’›

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Kontinjen SRITI Selangor berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2026. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, pengorbanan dan usaha luar biasa seluruh warga kontinjen dalam membawa nama Selangor ke puncak kecemerlangan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing, pengurus kontinjen, ibu bapa serta seluruh pasukan yang telah bertungkus-lumus menjayakan misi ini. Kemenangan ini bukan sekadar sebuah trofi, tetapi simbol kesatuan, disiplin, tarbiah dan kecintaan terhadap ilmu serta dakwah Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan, menyokong dan membantu sepanjang perjalanan kontinjen Selangor dari peringkat kawasan, negeri sehingga ke pentas kebangsaan.

โœจ "Selangor Kembali Juara" bukan sekadar tema, tetapi kini menjadi realiti yang membanggakan seluruh warga SRITI Selangor.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi rabbani yang cemerlang, berakhlak dan berdaya saing demi agama, bangsa dan negara.

TAHNIAH KONTINJEN SRITI SELANGOR!
๐Ÿ† JOHAN KESELURUHAN MAIS KEBANGSAAN 2026
โค๏ธ๐Ÿ’› SELANGOR KEMBALI JUARA!

Terima kasih YB
21/06/2026

Terima kasih YB

๐ŸŒŸ WAKIL BANGI KE MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) SRITI MALAYSIA KALI KE-8 2026 ๐ŸŒŸSelamat Berjuang buat Fatimah Hana bin...
19/06/2026

๐ŸŒŸ WAKIL BANGI KE MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) SRITI MALAYSIA KALI KE-8 2026 ๐ŸŒŸ

Selamat Berjuang buat Fatimah Hana binti Mohd Irfan dari SRITI Bangi, wakil acara Pidato Bahasa Melayu Perempuan.

Ayuh sama-sama doakan adik Fatimah Hana mewakili kontinjen Selangor ke MAIS SRITI Malaysia 2026, himpunan terbesar murid-murid SRITI seluruh negara yang menjadi medan mencungkil bakat, mengasah potensi serta membentuk adab dan akhlak mulia.

๐Ÿ“– Tema: Terus Memimpin: Memupuk Adab, Membugar Akhlak
๐Ÿ—“ 21 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ•— 8.00 Pagi
๐Ÿ“ UniSHAMS, Kuala Ketil, Kedah

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keyakinan, kekuatan dan kejayaan yang cemerlang. Teruskan melangkah dengan semangat, disiplin dan tawakal demi mengangkat nama SRITI Bangi serta SRITI Selangor.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mengurniakan kemenangan yang membanggakan.

SALAM MAAL HIJRAH 1448HSRITI Darul Furqan, BTHO mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga pen...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

SRITI Darul Furqan, BTHO mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh warga pendidik, ibu bapa, murid-murid, alumni SRITI serta seluruh umat Islam.

Semoga 1 Muharram 1448H menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



๐ŸŒŸ EMPOWER CAMP 2026 UPKK & PSRA ๐ŸŒŸ๐ŸŽฏ Misi 9A dan MUMTAZโ€œUsaha hari ini menentukan kejayaan esok.โ€Alhamdulillah selesai pro...
13/06/2026

๐ŸŒŸ EMPOWER CAMP 2026 UPKK & PSRA ๐ŸŒŸ
๐ŸŽฏ Misi 9A dan MUMTAZ

โ€œUsaha hari ini menentukan kejayaan esok.โ€

Alhamdulillah selesai program EMPOWER CAMP 2026, sebuah program khas yang dirangka untuk membantu calon UPKK dan PSRA memperkukuhkan ilmu, membina keyakinan serta menetapkan sasaran kecemerlangan dalam peperiksaan anjuran Unit Tahfiz.

๐Ÿ“š Program ini menggabungkan elemen:
โœ… Pengukuhan subjek UPKK & PSRA
โœ… Motivasi dan pembinaan sahsiah
โœ… Aktiviti kerohanian dan pengisian jiwa
โœ… Penetapan target kecemerlangan UPKK & PSRA

๐Ÿ“… Tarikh: 12 โ€“ 13 Jun 2026
๐Ÿ“ Lokasi: SRITI Darul Furqan, Bandar Baru Bangi

โœจ Antara pengisian menarik:
๐Ÿ•Œ Qiyamullail dan Mathurat
๐Ÿ“– Hafazan & Tazkirah Subuh
๐ŸŽฏ Penetapan Target dan Strategi Kecemerlangan
๐Ÿค Ikrar UPKK & PSRA
๐Ÿ† Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup

Semoga program ini menjadi medan untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik, mantap dalam sahsiah dan unggul dalam tarbiah Islam.

โ€œMisi 9A dan Mumtaz bukan sekadar impian, tetapi sasaran yang perlu diperjuangkan dengan ilmu, disiplin dan tawakal.โ€

Turut dijalankan Usrah Ibubapa yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Aโ€™dawiyah Ismail, Pensyarah UKM.

Terima kasih ibubapa yang memberi sokongan, tahniah barisan guru-guru UPKK dan PSRA atas komitmen. Dan tahniah semua murid yang hadir.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI






PENDAFTARAN & KEMASUKAN BARU DARJAH 1 SESI 2027 di SRITI Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor========================...
05/06/2026

PENDAFTARAN & KEMASUKAN BARU DARJAH 1 SESI 2027 di SRITI Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor
================================

Tuan-puan, ibu bapa yang dimuliakan

1. Pendaftaran baru sesi 2027 telah dibuka. Bermula 5 Jun 2026.

2. Tuan puan boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas

- kod QR yang telah disediakan di dalam poster atau

- klik pada pautan berikut https://shorturl.at/NKltQ

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Tutup Pendaftaran : 31 Julai 2026

* Pendaftaran khusus kepada murid baru darjah 1 sesi 2027
*Manakala murid baru darjah 2-6 bergantung kepada kekosongan semasa

Sebarang pertanyaan berkaitan hal pendaftaran boleh hubungi pihak sekolah di talian 011-2338 0771 atau 012-348 8007

Untuk info berkaitan sekolah boleh layari media sosial

Facebook
https://www.facebook.com/SRITIDarulFurqanBTHO

TikTok
https://www.tiktok.com/

Instagram
https://www.instagram.com/sritidarulfurqan

Sekian.

Jazakallahu khair. Wassalam.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI




DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dan kekuatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi negara serta memimpin rakyat Malaysia dengan penuh hikmah dan kewibawaan.

Sesungguhnya institusi Raja Berperlembagaan merupakan tonggak perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara yang sentiasa dihormati dan dijunjung oleh seluruh rakyat.

Patik sekalian warga SRITI Darul Furqan Bandar Baru Bangi mendoakan agar Tuanku sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan keberkatan Allah SWT.

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.

โ€œMEMBINA GENERASI RABBANI MURABBIโ€



Address

Jalan Suarasa 8/5
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+601135403216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Darul Furqan BTHO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Darul Furqan BTHO:

Shortcuts

Share