16/12/2025
*๐ PENDAFTARAN MURID PASTI DARUL NAJAH SESI 2026*
Masih mencari di mana untuk hantar anak-anak 4-6 tahun bersekolah?
PASTI Darul Najah masih ada kekosongan untuk kemasukan sesi 2026.
Bertempat di Taman Maju Jaya Fasa 1 & 2, kami juga berhampiran dengan SK Cheras Indah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 011-57736338 (En. Shauqi).
Tempat adalah terhad, daftar segera!
16/06/2025
Syukur alhamdulillah tahun 2025 ini merupakan antara tahun yang bermakna buat PASTI Darul Najah kerana tahun ini berjaya mencipta rekod baru dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring (BSBJ) peringkat kawasan.
Tahun ini pasukan bola jaring Pasti Darul Najah telah merangkul gelaran juara pada kali ini๐ฅฐ
Sekaligus melayakkan diri ke peringkat negeri pada 21 Jun ini.
Syukur alhamdulillah ini merupakan satu pencapaian yang terbaik dan pencapaian ini tidak akan terhasil tanpa usaha dan dorongan yang diberikan oleh guru,jurulatih dan ibu bapa.
Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada guru,jurulatih dan ibu bapa atas segala keringat yang telah disumbangkan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat kami semua untuk terus berusaha dan maju untuk masa akan datang.
16/06/2025
๐ SUKANEKA TAHUNAN PASTI DARUL NAJAH 2024 ๐
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Sukaneka Tahunan PASTI Darul Najah 2024 telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat. Terima kasih kepada semua murid, guru, ibu bapa, dan sukarelawan yang menjayakan acara ini. ๐ช๐
Anak-anak begitu bersemangat berlari, melompat, dan bekerjasama dalam pelbagai permainan seru! Tahniah kepada semua pemenang dan peserta โ yang penting, kita semua gembira dan sihat! ๐คฉ
Semoga acara seperti ini terus memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan ukhuwah dalam kalangan keluarga PASTI Darul Najah. Sampai berjumpa lagi tahun depan! โค๏ธโจ
22/10/2024
*[Kutipan Dana Solidariti Palestin]*
Bersempena setahun Taufan Al-Aqsa di Gaza, PASTI Pandan melancarkan kutipan dana bagi menyokong rakyat Gaza yang terus diuji dengan kekejaman Zionis.
Sebagai saudara seagama, kita semua boleh memainkan peranan. Sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, mampu meringankan beban mereka, menyediakan keperluan asas seperti makanan, perubatan, dan tempat tinggal.
Kami mengajak ibu bapa, guru, dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dan menunjukkan solidariti. Setiap ringgit yang dihulurkan adalah bukti keprihatinan kita, dan InsyaAllah menjadi saham akhirat.
Hulurkan sumbangan melalui akaun bank di bawah:-
*Bank: Maybank*
*Akaun: Persatuan Cinta Gaza Malaysia*
*No. Akaun: 5648 1050 7826*
*Rujukan: Solidariti Palestin*
_"Barang siapa yang menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat; dan barang siapa yang memudahkan urusan seseorang yang dalam kesulitan, Allah akan memudahkan urusannya di akhirat." (Sahih Muslim)_
24/05/2024
21 Mei 2024
Alhamdulillah PASTI Darul Najah Taman Maju Jaya telah selesai pergi lawatan ke 2 buah tempat iaitu Hussain Fauzi Farm dan PPAS Shah Alam.
Banyak perkara yang dipelajari anak-anak pada hari ini.Moga ianya menjadi kenangan indah dan sesi pembelajaran yang baik buat anak-anak Pasti ini.
30/09/2023
Murid Baru
*PERMOHONAN AWAL BAGI MURID PASTI KEMASUKAN SESI 2024*
Borang ini disediakan khusus bagi ibu bapa / penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak / jagaan ke PASTI-PASTI yang dinyatakan. Permohonan Fasa Pertama dibuka sehingga 16 Oktober 2023. Sebarang keputusan bagi permohonan yang dibuat akan disahkan pada 30 Oktober 2023. Pihak Ibu Bapa / Penjaga boleh menghubungi 013-6756424 melalui Whatsapp untuk pengesahan lanjut pada tarikh tersebut.
https://forms.gle/VGZ65PNSBearK2w17
Terima Kasih
PERMOHONAN AWAL BAGI MURID PASTI KEMASUKAN SESI 2024
Borang ini disediakan khusus bagi ibu bapa / penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak / jagaan ke PASTI-PASTI yang dinyatakan. Permohonan Fasa Pertama dibuka sehingga 16 Oktober 2023. Sebarang keputusan bagi permohonan yang dibuat akan disahkan pada 30 Oktober 2023. Pihak Ibu Bapa / Penjaga bol...