Progresif Bersama

Progresif Bersama

Share

PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan menemubual insan-insan hebat dari seluruh Malaysia.

Ia merupakan inisiaitif daripada drSNpro dan akan dijalankan secara 100% secara online.

30/11/2021

Jom

Saya ingin mengajak rakan-rakan semua agar sentiasa proaktif dalam membantu dan pada masa yang sama sentiasa belajar sesuatu yang baharu dalam kehidupan ke level seterusnya. Kita buat semua ini bukan kerana menginginkan jawatan dunia, tetapi fokus tentang keperluan kehidupan kita dan persekitaran kita agar kita boleh survive pada masa akan datang...

Oleh itu , teruskan perjuangan secara progresif untuk memberi manfaat kepada yang lain...

Photos 29/01/2021

Salah satu kemahiran digital yang perlu kita pelajari ialah DIGITAL SAFETY. Dengan pemahamannya, ia dapat mengelakkan kita daripada aktiviti cyberbullying ini.

drSN akan kongsikan dari semasa ke semasa berkenaan Kemahiran Digital (digital skills) ini. Ia juga bagus untuk panduan ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik generasi pada ari ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh join komuniti WA drSN di https://chat.whatsapp.com/5gnB8ujzV1pEkPE1e52BIu dan pada masa yang sama ikuti jadual dan aktiviti di FB Page drSN: https://www.facebook.com/drsnpro

Cyberbullying has been steadily rising in this decade for many reasons and it is certainly not something to be taken lightly. Here are some information on this topic so we can all be more aware on how to combat this issue!

Infographic #3 for PIB30182020202101

24/11/2020

Perkongsian FB live berkala dalam slot JOM KONGSI disampaikan oleh muallim-muallimah daripada Team Umar Zayd Center.

Semoga semua mendapat manfaat atas semua perkongsian yang dijalankan sepanjang slot masa yang ditetapkan itu.

Jom kita meramaikan sesi yang telah dijadualkan ini sebagai tanda kasih sayang anda agar sesi ini sentiasa dapat diperluaskan pada masa akan datang... in Shaa Allah...

===============
Untuk maklumat lanjut, boleh layari di
FB Umar Zayd Center (UZC): Umar Zayd Center; atau
Telegram Umar Zayd Center (UZC) : t.me/umarzaydcenter; atau
Website Umar Zayd Center (UZC) : www.umarzaydcenter.com

16/10/2020

Makluman untuk semua warga di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Sg. Long...

Pendaftaran Persekolahan di Sekolah Rendah Islam Umar Zayd (SRIUZ) telah dibuka.

Semua ibubapa/penjaga sekitar Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Bandar Sg Long, dijemput untuk menghadiri sesi hari Terbuka Sekolah Rendah Islam Umar Zayd (SRIUZ) pada 31/10/2020 (Sabtu).

Tetapi sebelum itu, kami mohon sedikit kerjasama semua untuk melengkapkan maklumat 'booking' kehadiran di http://bit.ly/OpenDaySRIUZ terlebih dahulu amat diharapkan, agar dengan adanya maklumat tersebut, maka dapat membantu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan pada masa yang sama dapat mengamalkan penjarakan sosial semasa sesi tersebut berlangsung (Jika berakhirnya PKPB).

Kami juga akan menghubungi anda menerusi email untuk maklumat selanjutnya, kerana ia bergantung kepada keadaan semasa. Namun, sekiranya keadaan semasa masih di bawah PKPB, kami bercadang untuk meneruskan sesi tersebut secara online.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan, terima kasih atas segala perhatian, sokongan, dan kasih sayang daripada pihak Tuan/Puan dalam beberapa program yang dianjurkan oleh UMAR ZAYD CENTER sebelum ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dalam masa terdekat, Tuan/Puan boleh hubungi kami menerusi:
1) emel rasmi: [email protected] ATAU;
2) telegram channel Umar Zayd Center, https://t.me/umarzaydcenter ATAU;
3) menerusi WhatsApp di 011-63936700 ATAU
4) menerusi Facebook Umar Zayd Center: https://www.facebook.com/umarzaydcenter

Sekian Terima Kasih.

Telegram UZC : https://t.me/umarzaydcenter
Website UZC : http://www.umarzaydcenter.com

PROgresif Bersama (EP10): Miss Fatin Ulfah Ismail 01/05/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama ditemani oleh seorang insan positif yang mempunyai bakat dan daya kreativiti tinggi. Selain mempunyai kelas tusyennya tersendiri, bagi mata pelajaran Sains Komputer dan Asas Sains Komputer, beliau juga merupakan freelance 'web developer' dan juga membantu beberapa syarikat lain dalam menghasilkan design. Selain daripada itu, beliau mempunyai perniagaan biskut yang amat lazat, 'Biskut Almondtino'. Tetamu PROgresif Bersama pada episod ini ialah Miss Fatin Ulfah Ismail.

Jom ikutilah episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua.

PROgresif Bersama (EP10): Miss Fatin Ulfah Ismail PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP9): En. Putera Nur Hadi bin Mohd Johari 30/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama ditemani oleh seorang insan positif yang bekerja di sebuah syarikat yang menjual super bike di Negeri Sembilan. Beliau akan berkongsikan pengalaman beliau memiliki motor berkuasa tinggi, tips-tips penjagaan motor berkuasa tinggi, inspirasi yang boleh diberi oleh guru-guru yang memiliki motor berkuasa tinggi, peranan gerakan konvoi beramai-ramai sehinggalah sedikit pandangan mengenai media sosial dalam kehidupan seharian dan juga dalam bidang pendidikan.

Jom ikutilah episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua.

PROgresif Bersama (EP9): En. Putera Nur Hadi bin Mohd Johari PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP8): Cik Saidah Mastura Abdul Ghani 30/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama ditemani oleh seorang pengurus sebuah center, iaitu Cik Saidah Mastura Abdul Ghani. Menerusi Umar Zayd Center (UZC) ini, beliau telah ditugaskan untuk merancang dan mengkordinasi semua struktur berkaitan dengan bidang latihan dan pendidikan dalam merealisasikan transparen pendidikan. Misi yang ingin dibawa oleh UZC ini ialah memfokuskan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang telus; secara fleksibel, kreatif, di samping bertanggungjawab dan progresif menawarkan program pengajaran untuk membangunkan komuniti pembelajaran yang diperkayakan dengan mempromosikan pencapaian akademik, kepimpinan, dan nilai-nilai Islam, terutamanya dalam membangunkan potensi individu untuk memenuhi aspirasi agama dan negara.

Dalam sesi ini, beliau berkongsi maklumat berkenaan UZC dan halatuju pendidikan yang dibentuk menerusi UZC ini. UZC ini merupakan sebuah pusat yang menjalankan beberapa perkhidmatan dan salah satunya ialah mempromosikan sistem pendidikan sekolah agama (SRIUZ) yang akan memberi penekanan kepada semua mata pelajaran agama dengan mengaplikasikan konsep TIME (Technology, Islamic, Malay Language, English Language), sebagaimana daripada hasil kajian akademik dan juga keperluan melalui iman, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, sikap dan jaringan yang amat diperlukan oleh generasi Z (gen Z) dan Alpha Gen dalam kehidupan hari ini terutamanya semasa proses pembelajaran mereka semasa waktu persekolahan.

Semua komponen yang telah dirancangkan ini diharap dapat membantu SRIUZ dalam melonjakkan lagi proses kemenjadian insan yang merupakan generasi masa depan Malaysia.

Jom ikutilah episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua.

PROgresif Bersama (EP8): Cik Saidah Mastura Abdul Ghani PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP7): En Muhammad Nur Rahhim bin Ramly 24/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama telah ditemani oleh En Muhammad Nur Rahhim bin Ramly yang kini bekerja di dalam bidang 'Finance Technology' di Fintech Capital Berhad. 'Bridging the Future and the Present' merupakan tagline bagi syarikat tersebut.

Pada episod kali ini ialah beliau telah berkongsikan apakah yang dimaksudkan dengan 'Finance Technology', servis-servis yang terdapat di dalam bidang ini di samping menerangkan bagaimana ianya berfungsi. Ini merupakan sesuatu yang bermanfaat bagi pengguna yang ingin menggunakan servis payment gateway tertentu.

Beliau menerangkan apakah 'benefits' yang boleh diperolehi daripada servis Lunapay ini:
1) Direct Settlement (direct debit to merchants account)
2) multichanel payment (FPX, Online bank, debit card & ewallet)
3) terdapat pelbagai fungsi lain:
- dashboard
- generate report n statistic
- set recurring bill
- payment link

Mari kita ikuti episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua terutamanya ilmu berkenaan 'Lunapay'.

PROgresif Bersama (EP7): En Muhammad Nur Rahhim bin Ramly PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP6): Ust Muhammad Adam Bin Amin 23/04/2020

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama berpeluang bersama-sama seorang ust dan guru tahfiz yang kini sedang bertugas di Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor, Sabak Bernam. Apa yang menariknya ialah, beliau merupakan seorang ust pernah menjadi pelajar tahfiz selama 4 tahun bermula pada umur umur 16 tahun sehingga 19 tahun. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Sarjana Muda di Jambi, Indonesia dalam bidang Syariah. Disebabkan minat yang tinggi dalam bidang pendidikan, beliau telah melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan dalam bidang tahfiz, di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Apa yang menarik pada episod kali ini ialah beliau telah berkongsikan bagaimana meneruskan sesi pembelajaran (PdPc) dengan menggunakan teknologi dan bagaimana pentingnnya hubungan antara guru dengan ibubapa terutama dalam proses perkembangan/pembelajaran anak-anak mereka. Selain itu juga beliau berkongsi tips, pengalaman dan bagaimana menguruskan para pelajar tahfiz ini.

PROgresif Bersama (EP6): Ust Muhammad Adam Bin Amin PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP5): Pn. Hasifah Binti Mohidin a.k.a Pn Sip 22/04/2020

Hai semua...

Pada episod kali ini program PROgresif Bersama membawakan anda seorang trainer dan usahawan yang giat menjalankan latihan-latihan teknologi dan perniagaan, atau lebih dikenali 'techpreneur'. Apa yang menarik ialah, bagaimana beliau berfikir, menjadikan kekangan/masalah sebagai suatu peluang yang boleh memberi manfaat kepada lebih ramai lagi. Dengan Kemahuan, Niat, Perancangan, Ilmu dan Tindakan (KNIT) yang betul, beliau telah menjadikan dalam tempoh PKP ini sebagai satu peluang untuk memulakan projek baharu, iaitu Ayam Serai Riak. Pada masa yang sama, beliau telah membuka ruang kepada mana-mana pihak yang ingin bersama-sama dalam projek ini sebagai agen.

Jom ikutilah episod kali ini secara santai (walaupun terdapat sedikit gangguan internet dan noise di mana suara pun ada kalanya berbunyi yang bukan-bukan macam robot), tetapi berbaloi untuk ditonton.

PROgresif Bersama (EP5): Pn. Hasifah Binti Mohidin a.k.a Pn Sip PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

PROgresif Bersama (EP4): En. Mohamad Shukor Bin Ishak 21/04/2020

Hai semua, ini ialah perkongsian daripada program 'PROgresif Bersama' pada hari ini.

Pada episod kali ini PROgresif Bersama membawakan anda seorang insan daripada bidang Sains Sukan yang kini merupakan sebahagian daripada ahli penting di dalam Pasukan Perak (bawah 21 tahun) ialah En. Mohamad Shukor Bin Ishak. Beliau merupakan seorang yang profesional di dalam bidang 'masseur', terapi sukan, pengurusan kecederaan sukan, kesihatan dan kecergasan.

Jom kita santai-santai mengambil sedikit masa dan dapatkan tips-tips yang ingin disampaikan dalam episod kali ini.

https://youtu.be/3cZP3Kcml2M

PROgresif Bersama (EP4): En. Mohamad Shukor Bin Ishak PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Bandar Mahkota Cheras
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00