30/04/2020
Pada episod kali ini program PROgresif Bersama ditemani oleh seorang pengurus sebuah center, iaitu Cik Saidah Mastura Abdul Ghani. Menerusi Umar Zayd Center (UZC) ini, beliau telah ditugaskan untuk merancang dan mengkordinasi semua struktur berkaitan dengan bidang latihan dan pendidikan dalam merealisasikan transparen pendidikan. Misi yang ingin dibawa oleh UZC ini ialah memfokuskan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang telus; secara fleksibel, kreatif, di samping bertanggungjawab dan progresif menawarkan program pengajaran untuk membangunkan komuniti pembelajaran yang diperkayakan dengan mempromosikan pencapaian akademik, kepimpinan, dan nilai-nilai Islam, terutamanya dalam membangunkan potensi individu untuk memenuhi aspirasi agama dan negara.
Dalam sesi ini, beliau berkongsi maklumat berkenaan UZC dan halatuju pendidikan yang dibentuk menerusi UZC ini. UZC ini merupakan sebuah pusat yang menjalankan beberapa perkhidmatan dan salah satunya ialah mempromosikan sistem pendidikan sekolah agama (SRIUZ) yang akan memberi penekanan kepada semua mata pelajaran agama dengan mengaplikasikan konsep TIME (Technology, Islamic, Malay Language, English Language), sebagaimana daripada hasil kajian akademik dan juga keperluan melalui iman, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, sikap dan jaringan yang amat diperlukan oleh generasi Z (gen Z) dan Alpha Gen dalam kehidupan hari ini terutamanya semasa proses pembelajaran mereka semasa waktu persekolahan.
Semua komponen yang telah dirancangkan ini diharap dapat membantu SRIUZ dalam melonjakkan lagi proses kemenjadian insan yang merupakan generasi masa depan Malaysia.
Jom ikutilah episod kali ini secara santai dan semoga ia bermanfaat kepada semua.
PROgresif Bersama merupakan sebuah program berbentuk 'S&S' (santai dan sempoi), yang akan dijalankan secara 100% secara online. Ia merupakan inisiaitif darip...