SK Desa Baiduri

SK Desa Baiduri Selamat Datang ke Official Page Facebook Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri

πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Shahazriel Furqan bin Shahzulzaini, murid S...
21/08/2026

πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Shahazriel Furqan bin Shahzulzaini, murid SK Desa Baiduri, atas kejayaan terpilih untuk mewakili Selangor ke Kejohanan Bola Baling MSSM 2026! πŸ€Ύβ€β™‚οΈ

Shahazriel telah dinobatkan sebagai Penjaring Gol Terbanyak dengan jaringan sebanyak 44 gol di sepanjang kejohanan. πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat Shahazriel, keluarga serta seluruh warga SK Desa Baiduri. Pemilihan ke peringkat kebangsaan ini membuktikan hasil usaha, disiplin, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam bidang sukan. πŸ’ͺπŸ½πŸ†

Semoga Shahazriel terus berjuang dengan penuh keyakinan, memberikan aksi terbaik dan membawa nama Selangor serta SK Desa Baiduri ke tahap yang lebih tinggi. 🌟

Terus Cemerlang! Terus Berjuang! Terus Menginspirasi! β€οΈπŸ’›πŸ’™

Ayuh, seluruh warga SK Desa Baiduri kita berikan sokongan dan doa buat Shahazriel! πŸ™Œ

SELAMAT BERJUANG, SHAHAZRIEL! πŸ’ͺπŸ½πŸ†

β›ΊπŸŒΏ PERKHEMAHAN MINI UNIT BADAN BERUNIFORM TAHUN 3 SK DESA BAIDURI 2026β›ΊπŸŒΏ Pada 8 Ogos 2026, SK Desa Baiduri telah menganj...
20/08/2026

β›ΊπŸŒΏ PERKHEMAHAN MINI UNIT BADAN BERUNIFORM TAHUN 3 SK DESA BAIDURI 2026β›ΊπŸŒΏ

Pada 8 Ogos 2026, SK Desa Baiduri telah menganjurkan Perkhemahan Mini Unit Badan Beruniform Tahun 3 yang berlangsung dengan jayanya di kawasan sekolah. Program ini melibatkan seramai 194 orang murid Tahun 3 dengan bimbingan dan sokongan padu daripada guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti dijalankan.

Perkhemahan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, disiplin serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan murid melalui pembelajaran secara pengalaman. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah disusun, antaranya Menaikkan dan Menurunkan Khemah, Jurutera Cilik serta Chef Cilik yang berjaya mencungkil kreativiti, daya fikir dan kemahiran praktikal para peserta.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan komitmen, semangat berpasukan dan kesungguhan yang tinggi dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan kemahiran baharu dalam suasana yang santai dan bermakna.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta guru fasilitator yang telah menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis dan memberi manfaat dalam membentuk murid yang berdaya saing, berdisiplin serta berkeyakinan tinggi pada masa hadapan. πŸ’ͺ🌟




β›ΊπŸŒΏ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA BAIDURI 2026 πŸŒΏβ›ΊAlhamdulillah, telah berlangsung Perkhemahan Perdana...
20/08/2026

β›ΊπŸŒΏ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA BAIDURI 2026 πŸŒΏβ›Ί

Alhamdulillah, telah berlangsung Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SK Desa Baiduri 2026 pada 7 dan 8 Ogos 2026 bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Perkhemahan yang penuh dengan pengalaman, pembelajaran dan aktiviti menarik ini telah disertai oleh 76 orang murid dan 13 orang guru. Untuk tahun ini, perkhemahan telah dikendalikan oleh Unit Tunas Pertahanan Awam SK Desa Baiduri (SKDB).

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi membentuk jati diri, disiplin, keberanian, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. Selain itu, perkhemahan ini turut menjadi ruang untuk murid mempelajari kemahiran asas perkhemahan, meningkatkan keyakinan diri dan membina hubungan yang lebih erat sesama rakan serta guru.

🌱 Berkhemah bukan sekadar tidur di kawasan perkhemahan, tetapi belajar untuk berdikari, bekerjasama dan menghargai setiap pengalaman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru, jurulatih serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Tidak dilupakan, tahniah kepada semua murid yang telah memberikan komitmen dan semangat yang luar biasa sepanjang program berlangsung.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi kenangan manis serta bekalan berharga dalam membentuk generasi murid SK Desa Baiduri yang berdisiplin, berani, berdikari dan berjiwa pemimpin. πŸ’ͺ🌟

SK Desa Baiduri β€” Berilmu, Berdisiplin, Berbakti! β€οΈπŸ’™






πŸ† TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ†Pihak SK Desa Baiduri dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah kepada lima orang pema...
10/08/2026

πŸ† TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ†

Pihak SK Desa Baiduri dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah kepada lima orang pemain BAIDURI WOLF yang telah terpilih untuk mewakili pasukan Hulu Langat ke:

πŸ€Ύβ€β™‚οΈ KEJOHANAN BOLA BALING MSS SELANGOR 2026 πŸ€Ύβ€β™‚οΈ
1. MUHAMMAD ADAM RAYFAL BIN NURMAN
2. MUHAMMAD SHAHAZRIEL FURQAN B SHAHZULZAINI
3. MUHAMMAD A***N MUKHRIZ BIN KHUZAIRY
4. MUHAMMAD AMEER B MUHAMMAD AZLAN
5. MUHAMMAD FARHAN SAFUAN BIN SHAMSHUL RIZAM

Satu pencapaian yang membanggakan buat sekolah! πŸ’™πŸ’ͺ

Semoga kelima-lima pemain terus berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Bawa nama SK Desa Baiduri dan Hulu Langat dengan penuh rasa bangga.

πŸ”₯ Berjuang habis-habisan!
πŸ”₯ Bermain dengan hati!
πŸ”₯ Harumkan nama sekolah & Hulu Langat!

SELAMAT BERJUANG, BAIDURI WOLF! πŸΊπŸ’™
MY HARDWORK, BEATS YOUR TALENT! πŸ’ͺπŸ†







πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG πŸ‡²πŸ‡ΎSemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara dan k...
04/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semarakkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga!

Warga SK Desa Baiduri telah bersama-sama menjayakan Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang sebagai tanda permulaan sambutan Bulan Kebangsaan. Majlis ini bertujuan menyemai semangat cintakan tanah air, menghargai jasa para pejuang kemerdekaan serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

Sepanjang Bulan Kebangsaan ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga serta menghayati erti sebenar kemerdekaan demi Malaysia yang lebih maju, aman dan bersatu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ "Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati" πŸ‡²πŸ‡Ύ






πŸŽπŸ’§ PROGRAM JOM AMALKAN MINUM AIR KOSONG DAN MAKAN BUAH πŸ’§πŸŽAmalan gaya hidup sihat bermula dengan langkah yang mudah. Mela...
04/08/2026

πŸŽπŸ’§ PROGRAM JOM AMALKAN MINUM AIR KOSONG DAN MAKAN BUAH πŸ’§πŸŽ

Amalan gaya hidup sihat bermula dengan langkah yang mudah. Melalui Program Jom Amalkan Minum Air Kosong dan Makan Buah, warga sekolah didedahkan tentang kepentingan memilih air kosong sebagai minuman utama serta menjadikan buah-buahan sebagai snek harian yang berkhasiat.

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya pemakanan sihat dalam kalangan murid agar mereka sentiasa cergas, bertenaga dan bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih fokus.

Semoga amalan sihat ini menjadi sebahagian daripada rutin harian setiap warga sekolah demi melahirkan generasi yang sihat, cerdas dan cemerlang.

πŸ’§ Pilih Air Kosong
🍎 Makan Buah Setiap Hari
πŸ’ͺ Badan Sihat, Minda Cerdas




🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang murid Pandu Puteri Tunas SK Desa Baiduri...
31/07/2026

🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang murid Pandu Puteri Tunas SK Desa Baiduri (SKDB) yang telah mewakili sekolah dalam Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan Selangor.

Dengan penuh semangat, ketabahan dan keyakinan, kedua-dua calon telah berjaya menyempurnakan semua cabaran yang diberikan dengan jayanya.

🌟 Tahniah kepada:
🩷 Nur Ameera Safiyya binti Mohd Nazri
🩷 Nur Nadhira Sofia binti Mohd Nor Hisham

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama sekolah.

Terima kasih juga kepada guru pembimbing serta ibu bapa atas segala sokongan dan doa yang tidak putus-putus.

πŸ†πŸŽΎ TAHNIAH JUARA KEJOHANAN TENIS STA SELANGOR 2026 πŸŽΎπŸ†Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada:πŸ₯‡ MOHAMMAD KHALID I...
29/07/2026

πŸ†πŸŽΎ TAHNIAH JUARA KEJOHANAN TENIS STA SELANGOR 2026 πŸŽΎπŸ†

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada:

πŸ₯‡ MOHAMMAD KHALID ISKANDAR BIN MOHD HAIRIL AZHAR

atas kejayaan cemerlang muncul sebagai JUARA bagi kategori Bawah 9 Tahun dalam Kejohanan Tenis STA Selangor 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Desa Baiduri untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang perjalanan kejayaan ini.

🌟 Syabas dan tahniah!
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Desa Baiduri di peringkat yang lebih tinggi.

βœ¨πŸ“š BENGKEL PROTOKOL πŸ“šβœ¨Alhamdulillah, pada hari Sabtu 25/7/2026 telah berlangsung Bengkel Protokol yang disampaikan oleh ...
27/07/2026

βœ¨πŸ“š BENGKEL PROTOKOL πŸ“šβœ¨

Alhamdulillah, pada hari Sabtu 25/7/2026 telah berlangsung Bengkel Protokol yang disampaikan oleh Tuan Syed Norzalman bin Syed Yusof, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Bengkel ini memberikan pendedahan yang amat bermakna berkaitan protokol, etiket dan tatacara pengurusan majlis yang betul dan berkesan. Perkongsian ilmu serta pengalaman yang disampaikan pastinya dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga sekolah dalam menguruskan sesuatu majlis dengan lebih teratur, profesional dan berprestij. ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Norzalman bin Syed Yusof atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya demi meningkatkan kualiti pengurusan majlis dan program di sekolah. πŸ‘πŸŒŸ

πŸ† TAHNIAH & SYABAS BAIDURI FC (SK DESA BAIDURI) πŸ’™πŸ’›Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Baiduri FC wakil...
27/07/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS BAIDURI FC (SK DESA BAIDURI) πŸ’™πŸ’›

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Baiduri FC wakil SK Desa Baiduri atas kejayaan cemerlang dalam Sirkit Futsal Liga Utama Edisi 2 yang berlangsung di Sports Station Balakong pada 12 Julai 2026.

πŸ₯‡ Johan Kategori Bawah 12 (B-12)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Kategori Bawah 10 (B-10)

Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin, semangat juang, kerja berpasukan dan komitmen tinggi daripada para pemain, jurulatih, guru pengiring serta sokongan padu ibu bapa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Teruskan kecemerlangan, Baiduri FC !!! πŸ’ͺ⚽

Address

Cheras

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60391003792

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Desa Baiduri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Desa Baiduri:

Shortcuts

Share