20/11/2023
Tasmi' bacaan solat yang perlu ditekankan pada bacaan niat, duduk antara dua sujud, tahiyat akhir dan doa Qunut yang masih perlu diperbaiki.
Sama2 belajar memperbaiki solat kita pada setiap hari agar solat kita sentiasa diterima dan diberkati oleh Allah. In shaa Allah.
20/11/2023
Alhamdulillah kembali ke sekolah hari Isnin harini.😊 Boleh dibilang jumlah yang datang. Tahniah anak2 yang dapat hadir harini!👏🏻 Kembali melihat perkembangan mengaji.. alhamdulillah di rumah cuti hujung minggu pun ada juga yang rajin mengaji seperti di sini. Terbaik, semoga istiqomah!👍🏻
16/11/2023
Makin lama, sebelum mula waktu kelas lagi masing2 dah berebut ambil giliran nak mengaji awal.
16/11/2023
Terima kasih anak2 yang datang awal rajin tolong susun makanan.
16/11/2023
Alhamdulillah ada anak2 yang selalu membantu awal pagi jagakan pintu, tolong buka pintu. Saling menjaga keselamatan bersama.👍
16/11/2023
Jalan2 pagi sambil melihat burung merpati😆 reward untuk yang datang awal❤️
09/11/2023
Pagi2 dah sarapan roti jala. Biasa rehat baru makan. Roti jalanya dahlah feveret anak2. Alhamdulillah rehat tadi ada lagi, takut habis je.🤣
31/10/2023
Harini kita tanyakan semula pada anak2, "adakah kamu ingat semalam belajar apa ya?"🤭
Alhamdulillah, masih ingat lagi tentang perkara2 yang membatalkan solat.
Harini kita cuba bagi soalan Quizizz berdasarkan situasi untuk melihat adakah anak2 mampu untuk kaitkan perkara2 yang membatalkan solat tersebut dengan situasi yang diberi.
Macam2 markah ya dapat😂 oklah alhamdulillah purata 50% - 90% dulu secara keseluruhan. Kita belajar perbaiki mana yang silap ya supaya akan datang apabila mengalami situasi seperti yang diberi, anak2 akan mampu untuk membezakan pada setiap situasi sama ada solat tersebut sah ataupun batal in shaa Allah.
31/10/2023
Harini kagum kita dengan sorang adik comel ini.. datang2 sekolah nampak cikgu ngaji pun dia nak ikut ngaji dulu walaupun belum waktu kelas😍 semangat luar biasa ni.. in shaa Allah x lama lagi nak masuk Quran😊 semoga istiqomah ya dan menjadi inspirasi buat kawan2 juga👍
31/10/2023
Berpusing-pusing kepala si Mentor nak rase pengalaman Muallim die ajar ngaji setiap pagi.
Kesungguhan anda amat kami hargai, wahai adik Izzul
31/10/2023
muka muka Talibarut yang menyeksa baby denga kejam secara hidup , hancurkan sekolah , hancuran hospital , hancuran rumah tempat tinggal cukup bayangkan keadaan kita di situasi d sana
teruskan boikot
boikot sekarang
jihad anak muda out family
tahniah pada ribuan malaysian sudah mula boikot