SRITI Darul Furqan BTHO

SRITI Darul Furqan BTHO

Share

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor

05/06/2026

PENDAFTARAN & KEMASUKAN BARU DARJAH 1 SESI 2027 di SRITI Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor
================================

Tuan-puan, ibu bapa yang dimuliakan

1. Pendaftaran baru sesi 2027 telah dibuka. Bermula 5 Jun 2026.

2. Tuan puan boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas

- kod QR yang telah disediakan di dalam poster atau

- klik pada pautan berikut https://shorturl.at/NKltQ

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup Pendaftaran : 31 Julai 2026

* Pendaftaran khusus kepada murid baru darjah 1 sesi 2027
*Manakala murid baru darjah 2-6 bergantung kepada kekosongan semasa

Sebarang pertanyaan berkaitan hal pendaftaran boleh hubungi pihak sekolah di talian 011-2338 0771 atau 012-348 8007

Untuk info berkaitan sekolah boleh layari media sosial

Facebook
https://www.facebook.com/SRITIDarulFurqanBTHO

TikTok
https://www.tiktok.com/

Instagram
https://www.instagram.com/sritidarulfurqan

Sekian.

Jazakallahu khair. Wassalam.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI




01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan dan kekuatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi negara serta memimpin rakyat Malaysia dengan penuh hikmah dan kewibawaan.

Sesungguhnya institusi Raja Berperlembagaan merupakan tonggak perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara yang sentiasa dihormati dan dijunjung oleh seluruh rakyat.

Patik sekalian warga SRITI Darul Furqan Bandar Baru Bangi mendoakan agar Tuanku sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan keberkatan Allah SWT.

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku.

β€œMEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI”



21/05/2026

‼️ PEMAKLUMAN PROGRAM HAJI CILIK ‼️

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Simulasi Haji Cilik bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang ibadah haji secara praktikal.

Butiran program adalah seperti berikut:
πŸ“… Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Dewan Al Jazari

Kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu bapa agar murid dapat hadir sertai program ini.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



17/05/2026

SEKALUNG TAHNIAH

17 Mei 2026 | Sekalung tahniah diucapkan kepada Muallim MUHAMMAD RIDHWAN BIN MAHADIR daripada SRITI Darul Furqan, Bandar Baru Bangi atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor 2026.

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan dalam mendidik generasi rabbani serta memperkasa pendidikan Islam demi ummah.

Semoga terus istiqamah menabur bakti, menjadi inspirasi kepada warga pendidik dan dikurniakan keberkatan serta kejayaan dunia akhirat.

πŸ“† 17 Mei 2026 (Ahad)
πŸ•°οΈ 5.00 Petang – 11.00 Malam
🏒 Grand Hall, Galaxy Ampang (Tingkat 3), Taman Dagang Ampang

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”


17/05/2026

Taklimat bersama Ibubapa darjah 6 sesi 2026

15 Mei 2026 | Alhamdulillah telah berlangsung sesi Taklimat Arah Tuju Murid darjah 6 Ke Tingkatan 1 secara dalam talian bagi mendapatkan penerangan berkaitan hala tuju pendidikan, pilihan sekolah serta persediaan anak-anak melangkah ke alam menengah.

πŸŽ™οΈ Penceramah Jemputan:
Encik Azlin bin Sanip
(Mantan Pegawai Pendidikan ICT dan Data Pengurusan Sekolah Harian KPM)

Moga sesi ini membantu perancangan pendidikan anak-anak dengan lebih jelas dan terarah.


Photos from SRITI Darul Furqan BTHO's post 17/05/2026

Sambutan Hari Guru 2026 anjuran PIWP Bangi

16 Mei 2026 | Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada para muallimah SRITI Darul Furqan atas penyertaan dalam program β€œSimfoni Guru” sempena Sambutan Hari Guru 2026 anjuran PIWP Bangi. πŸ’

Semoga program yang penuh manfaat ini menjadi medan menambah inspirasi, semangat dan ilmu buat semua pendidik dalam meneruskan amanah tarbiah generasi ummah. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan pembina akhlak dan pencorak masa depan masyarakat. ✨

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak SRITI. Moga setiap penat lelah menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT. 🀍

🎢 Semoga terus melahirkan generasi rabbani murabbi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Islam.

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik! 🌹

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI



16/05/2026

Tahniah! Sekalung Penghargaan

16 Mei 2026 | Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Al-Amin bin Mat Daud
daripada SRITI Darul Furqan, Bangi Selangor di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SRITI Malaysia Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghormatan terhadap segala jasa, pengorbanan dan komitmen berterusan dalam mendidik anak-anak ummah serta memperkasa gerakan pendidikan Islam.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik SRITI.

✨ β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah” ✨

Semoga terus istiqamah mendidik generasi rabbani demi agama, bangsa dan negara.



Photos from SRITI Darul Furqan BTHO's post 14/05/2026

🌷 SAMBUTAN HARI GURU 2026 SRITI Darul Furqan, BTHO 🌷

β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

14 Mei 2026 | Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SRITI Darul Furqan, BTHO dalam suasana penuh ceria, kasih sayang dan penghargaan buat insan bergelar pendidik. πŸ’

✨ Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik SRITI Darul Furqan, BTHO.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak murid. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT. 🀲

Semoga para guru sentiasa:
🌸 Dikurniakan kesihatan yang baik
🌸 Diberi kekuatan dan ketabahan mendidik ummah
🌸 Dilimpahi keberkatan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat
🌸 Terus istiqamah membina Generasi Rabbani Murabbi

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang turut memeriahkan sambutan ini dengan sumbangan makanan secara potluck, hadiah, doa serta penghargaan buat guru-guru. Sesungguhnya setiap pemberian dan sokongan amat bermakna buat kami semua. β€οΈπŸ’š

Penghargaan juga buat seluruh jawatankuasa, warga sekolah, murid-murid dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ukhuwah dan kerjasama yang terjalin terus mekar demi kecemerlangan SRITI Darul Furqan, BTHO. 🌹

β€œTerima kasih cikgu… jasamu dikenang, ilmumu dijunjung.” ✨

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI




01/05/2026

🌹 π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€: πŠπ„π‘π‰π€ 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 πˆππ€πƒπ€π‡ 🌹

β€œBekerjalah bukan sekadar untuk menyara hidup, tetapi bekerjalah untuk memberi makna kepada kehidupan. Biarlah kualiti kerja kita menjadi saksi kepada integriti diri.”

Kami percaya bahawa setiap titik peluh yang dicurahkan dengan niat yang benar adalah satu bentuk pengabdian kepada Sang Pencipta. Profesionalisme bukan hanya terletak pada penampilan, tetapi terserlah melalui kualiti hasil kerja serta keikhlasan dalam menyumbang bakti.

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada seluruh warga kerja SRITI Kawasan Bangi serta semua tenaga kerja di mana jua berada. Teruskan berbakti dengan penuh amanah dan integriti demi agama, bangsa dan negara.

✨ β€œMembina Generasi Rabbani Murabbi” ✨




Photos from SRITI Darul Furqan BTHO's post 25/04/2026

Memanah MSSD Hulu Langat 2026

20-23 April | Alhamdulillah selesai wakil dari SRITI dapat menyertai kejohanan memanah bertempat di SK Saujana Impian, Kajang.

Kedudukan keseluruhan dan jumlah mata yang diperolehi

No 30. Nur Imtiyaz Imtinan : 832 mata
No 40. Muhammad Alkautsar : 785 mata
No 54. Syiraz Nur Hadfah : 548 mata

Jumlah keseluruhan peserta perempuan 108 orang, manakal jumlah peserta lelaki 122 orang.

Terima kasih SRITI Al Falah, terima kasih ibubapa dan terima kasih Guru Pengiring Ustazah Fairuz atas komitmen.

Membina Generasi Rabbani Murabbi


Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Suarasa 8/5
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30