01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada : Warga SK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur