08/06/2026
Alhamdulillah, sekalung penghargaan diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu yang telah mengadakan majlis ini yang mana merupakan sebuah platform untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan semua pihak yang telah berganding bahu dalam membentuk kejayaan murid-murid dalam peperiksaan SPM Tahun 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada SMISTA MAIWP dan juga sekolah-sekolah lain di daerah Bangsar Pudu yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM Tahun 2025.
08/06/2026
# Islamic School Mathematical Olympiad (ISMO) 2026 #
Date: 6 June 2026 (Saturday)
Exam Schedule:
8:45 AM – 9:00 AM: Final Exam Briefing
9:00 AM – 12:00 PM: Examination Session
12.00 PM – 1.00 PM: Submission Period
Participants:
1. KHALID BIN KHAIRUL ZULFADLI (5B)
2. AHMAD FAWWAZ BIN ROSLAN (5B)
3. AHMAD AMSYAR JURMAN BIN BUDY JURMAN (5B)
4. TUAN FAHIM IMAN BIN TUAN MOHD LUKMAN AL HAKIM (5M)
08/06/2026
# Perhimpunan Mingguan Rasmi SMISTA MAIWP Minggu 19 Sesi 2026 #
Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 9.15 - 9.45 pagi
Tempat : Dataran SMISTA
Pelibatan : Semua Pelajar dan guru
Perhimpunan dikendalikan MPP
Tentatif :-
9.20 pagi :
1) Ketibaan Pentadbir SMISTA
2) Alunan Asmaul Husna
3) Lagu Negaraku
4) Lagu Wilayah
5) Lagu SMISTA
6) Bacaan Doa
7) Ikrar
8 ) Bacaan Hadis 40
9) Ucapan Guru Bertugas Mingguan
9.40 pagi : Ucapan Puan Roshidah Binti Ismail (PK Pentadbiran)
9.45 pagi :
- Penyampaian sijil & pentauliahan pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Johan dan Naib Johan STEAM Cup Challenge 2026 di Hanoi, Vietnam.
- Penyampaian Hadiah dan Trofi kepada Johan Pertandingan Akhir Bicara Berirama Piala Tuanku Bahiyah 2026 Peringkat Kebangsaan
10.20 pagi : Bersurai
Unit Perhimpunan Rasmi
08/06/2026
# Zoning Hafazan SMISTA MAIWP Siri 2/2026 #
Alhamdulillah...
Program Zoning Hafazan Cuti Sekolah Siri 2/2026, SMISTA MAIWP yang telah berlangsung 1-5 Jun 2026 telah berjaya menarik minat penyertaan 215 orang pelajar SMISTA MAIWP di masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur dan kelas atas talian.
Semoga program ini dapat memberi kekuatan hafazan dan kualiti anak-anak Permata al-Quran SMISTA.
01/06/2026
# Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Terima Kasih #
Warga SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohamad Muhaimin Ramli atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Penyelia Asrama dan Warden Asrama di SMISTA sejak tahun 2014.
Sepanjang tempoh lebih sedekad berkhidmat, beliau telah memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk sahsiah, disiplin serta kebajikan para pelajar asrama. Keprihatinan, ketegasan yang berhemah dan semangat pengorbanan yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada warga SMISTA.
Bermula 25 Mei 2026, beliau akan meneruskan khidmat bakti di SK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Warga SMISTA mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.
"Jasa dikenang, bakti disanjung. Hilang di mata, namun tetap mekar dalam ingatan."
30/05/2026
# SMISTA MAIWP Mendunia! #
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang Permata Al-Quran Tingkatan 3 SMISTA, Athif Ruhiey binti Saadi dan Ilham Awfar binti Ahmad Syahir, atas kejayaan cemerlang yang telah mengharumkan nama SMISTA MAIWP dan negara dalam STEAM Cup Challenge 2026 di Hanoi, Vietnam.
Kejayaan yang membanggakan ini merangkumi:
🏆 Juara – Humanoid Auto (Running & Penalty)
🥈 Naib Juara – Humanoid Control (Soccer and Weightlifting)
Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen tinggi, semangat berpasukan serta dedikasi yang ditunjukkan sepanjang persediaan dan pertandingan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku penaja utama, pihak Pentadbir dan Warga SMISTA yang senantiasa memberikan sokongan dan kepercayaan penuh, PIBG SMISTA, serta KSIB Batch Emerald atas segala bantuan, dorongan dan kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan, Guru Penasihat dan Guru Pengiring, Ustaz Ahmad Akmal Hakim Zakaria dan Ustaz Muhammad Razin Ramli yang berterusan memberikan sumbangan ilmu dan nasihat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang STEM, inovasi dan robotik di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejayaan ini. 🎉🇲🇾🤖🏆
Sabtu,
30 Mei 2026,
Republik Sosialis Vietnam.
29/05/2026
# Permata Al-Quran SMISTA MAIWP Kibar Cabaran di Hanoi #
SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai STEAMCUP 2026 yang akan berlangsung pada 30 hingga 31 Mei 2026 di Hanoi, Vietnam.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan komitmen sekolah dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang Robotik khususnya dan STEM amnya di peringkat antarabangsa.
Dua orang pelajar Tingkatan 3 telah dipilih mewakili sekolah iaitu Ilham Awfar Binti Ahmad Syahir dan Athif Ruhiey Binti Sa’adi, mereka akan membawa nama sekolah dan Malaysia ke pentas antarabangsa.
Sepanjang program ini, para peserta diiringi oleh dua orang guru pengiring yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan, iaitu Encik Ahmad Akmal Hakim bin Zakaria dan Encik Muhamad Razin bin Ramli.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku penaja utama. Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada seluruh pembayar zakat yang telah menyumbang kepada pembangunan pendidikan anak-anak Wilayah Persekutuan.
Sumbangan dan amanah yang diberikan telah membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi serta menimba pengalaman berharga di peringkat antarabangsa.
Semoga penyertaan ini menjadi medan untuk para peserta menimba ilmu, membina jaringan antarabangsa serta mengharumkan nama sekolah, MAIWP dan Malaysia.
Seluruh warga SMISTA mendoakan agar Ilham Awfar Binti Ahmad Syahir dan ‘Athif Ruhiey Binti Sa’adi diberikan ketenangan dan memperoleh kejayaan cemerlang sepanjang pertandingan di Hanoi, Vietnam. Insya-Allah Amiin.
24/05/2026
# Kem Kecemerlangan Akademik 2026 Beri Tonik Kepada Batch Phyreum #
Pada 21 hingga 23 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2026 bertempat di De Palma Resort, Kuala Selangor. Program ini melibatkan seramai 70 orang pelajar Permata Al-Quran Batch Phyreum Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
Kem ini dianjurkan sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan motivasi, semangat juang serta fokus para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai slot akademik, motivasi dan aktiviti pembangunan sahsiah yang memberi penekanan terhadap teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa serta persediaan mental dan emosi.
Selain itu, suasana pembelajaran yang kondusif di luar kawasan sekolah turut memberi pengalaman baharu kepada para pelajar untuk lebih bersedia menghadapi cabaran sebagai calon peperiksaan besar. Program ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama, disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.
Secara keseluruhannya, Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2026 ini berjaya menjadi suntikan semangat dan tonik penting kepada para pelajar Batch Phyreum dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan SPM 2026 nanti.
23/05/2026
# Terbuang, Tetapi Cipta Sensasi Rangkul Johan Kebangsaan #
Pasukan Bicara Berirama Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Bicara Berirama Piala Tuanku Bahiyah 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) pada 23 Mei 2026.
Pertandingan yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu menyaksikan penyertaan hebat daripada 11 buah sekolah seluruh negara, namun pasukan Bicara Berirama SMISTA berjaya mencuri tumpuan dengan persembahan penuh bertenaga, kreatif dan beremosi.
Lebih manis, kejayaan tersebut hadir bersama dua lagi pengiktirafan utama apabila pelajar Tingkatan 4, Nur Aliyah Zahra binti Mohd Umzarulhaq, berjaya merangkul anugerah Skrip Terbaik dan Konduktor Terbaik hasil kepimpinan serta olahan persembahan yang luar biasa. Pasukan yang dibimbing oleh Guru Penyelaras, Puan Rawani binti Abu Bakar bersama guru pengiring, Puan Wan Azmahayati binti Wan Mahmud, dianggotai seramai 19 orang Permata al-Quran SMISTA MAIWP.
Apa yang lebih menyentuh hati, perjalanan pasukan ini sebenarnya bukanlah mudah. Mereka pada awalnya telah tersingkir di peringkat saringan, namun takdir membuka ruang ke pentas akhir selepas sebuah pasukan menarik diri pada saat akhir. Peluang kedua itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka sehingga berjaya muncul juara keseluruhan dan membawa pulang Piala Tuanku Bahiyah 2026.
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, kesungguhan dan keyakinan mampu mengubah peluang menjadi kejayaan gemilang. Tahniah!