Sri Bintang Pelangi Chula Sakti

Sri Bintang Pelangi Chula Sakti

Share

1977H, Allahyarham Mahaguru Silat Seni Gayong telah menamakan Sri Bintang Pelangi Chula Sakti (SBPCS) sebagai salah sebuah gelanggang PSSGM di Jengka, Phg.

Photos from Sri Bintang Pelangi Chula Sakti's post 20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Maaf Zahir dan Batin, semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kemenangan buat semua 💛

Ikhlas daripada Sri Bintang Pelangi Chula Sakti (SBPCS)

05/10/2025

[LATIHAN GURULATIH BIL.5/2025]

Segala puji bagi Tuhan, selesai latihan gurulatih SBPCS pada 21 September 2025 yang lalu bertempat di Akademi SBPCS.
Seiring pembangunan murid di gelanggang, pembangunan gurulatih juga perlu dititiberatkan.

Proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti dan akan sentiasa berterusan. Justeru itu, latihan berkala ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan harapan kualiti tenaga pengajar sentiasa dalam keadaan optimum dan baik, insyaAllah.

Photos from Dr Radzi Jidin's post 03/01/2025

Terima kasih YB sudi menyantuni Majlis Penutup kami 🙏🏽

Photos from Sri Bintang Pelangi Chula Sakti's post 03/01/2025

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Laporan Kejohanan Tertutup Pencak Silat Sri Bintang Pelangi Chula Sakti (SBPCS) Edisi Ke-2 / 2024

Kejohanan dengan kerjasama pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Putrajaya ini telah berlangsung selama 3 hari (27-29 Disember 2024), bertempat di Sahn B MTMZA, Putrajaya.

Seramai 393 orang atlet yang bertanding melibatkan seluruh gelanggang SBPCS mewakili Putrajaya, Desa Petaling, Cheras, Wangsa Maju, Setapak Jaya, Ukay Perdana, Taman Melawati, Balakong dan Jengka, Pahang.

Sebanyak 85 acara (75 acara Tanding & 10 acara Seni) daripada kategori Tunas (7 tahun) hingga kategori Terbuka (18 tahun ke atas) telah dipertandingkan dengan jayanya.

Majlis Penutup Kejohanan diserikan dengan penampilan khas oleh penyanyi nasyid Afad (Raihan), persembahan silat daripada jurulatih SBPCS, seterusnya disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya.

Anugerah Khas Kejohanan:
1. Pesilat Harapan Puteri
Naurah Damia (Setapak Fighter)

2. Pesilat Harapan Putera
Muhammad Firash Aqeel (BMC)

3. Pesilat Terbaik Putera
Muhammad Habibullah (Sunan)

4. Pesilat Terbaik Puteri
Aisy Emely (Sunan)

5. Juara Keseluruhan
Sunan - 113 mata

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar seluruh warga SBPCS.

Sekian, terima kasih.

17/10/2024

Assalamualaikum . Semoga hari ini lebih baik dari smlm dan seterusnya

Photos from JK Performance Studio's post 29/09/2024
23/09/2024

; Alhamdulillah. Tahniah JK Performance Studio atas penganjurannya dan semoga semuanya terus maju jaya dalam memartabatkan seni budaya bangsa kita 🙏🏽💪🏽👍🏽

Tahniah kepada yang berjaya dalam Kejohanan Seni Silat kreatif berkumpulan Nusantara 2024 . Kita jumpa lagi Kejohanan akan datang !!

15 sept 2024
Jalan Raja Dataran merdeka
Anjuran dengan kerjasama Penuh Motac dan Jkknwpkl
Sempena Festival Permainan Malaysia 24.

18/09/2024

[JUARA KATEGORI DEWASA]

Aksi barisan gurulatih Sri Bintang Pelangi Chula Sakti di Kejohanan Seni Silat Kreatif Berkumpulan Nusantara 2024 anjuran JK Performance Studio di Dataran Merdeka tempoh hari. Masih b*k perlu dibaiki. Semoga terus menjadi semangat kepada ahli2 lain di Sri Bintang Pelangi Chula Sakti.

Photos from PSSGM WP Kuala Lumpur & Putrajaya's post 02/07/2024
Photos from Pusat Latihan Tok Jenai's post 03/06/2024

Tahniah Pusat Latihan Tok Jenai atas majlis yang gilang gemilang. Terima kasih atas jemputan. Semoga ukhuwah kita seGayong terus utuh dan berpanjangan, insyaAllah 💫🐯🦁🙏🏻

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras, Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Raja
Cheras, Kuala Lumpur