26/09/2023
PENGUMUMAN :
Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Awam (Lelaki / Wanita)
Pemohon yang telah mengisi permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 pada tarikh iklan 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023 boleh membuat semakan status permohonan.
Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 29 September 2023 hingga 9 Oktober 2023.
Pemohon dikehendaki :
i) Log Masuk
ii) Klik ‘Semak Status Permohonan’
iii) Klik ‘Semak’
Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan & larian 2.4 km. Calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti yang tertera dalam surat panggilan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.