SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat

SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat

Share

Menawarkan kurikulum integrasi meliputi Tahfiz, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

01/06/2026

⚡ DERMA KILAT UNTUK USTAZ FITHRI ⚡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Muhammad Nurfithri Syaqif Bin Baharuddin, kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping akibat serangan sakit jantung.

Bagi meringankan beban kos rawatan dan keperluan beliau sepanjang tempoh rawatan, kami membuka ruang sumbangan ikhlas daripada semua pihak.

💰 Sumbangan ke Akaun:
Bank Islam: 08013010092740
(SRITI Al-Hambra)
📌 Rujukan: ustazfithri

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini dan sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

Semoga setiap doa dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diberkati serta asbab kesembuhan dan ketenangan buat beliau.

جزاكم الله خيرًا كثيرًا



27/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi dalam kehidupan kita semua. 🤍

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama keluarga dan sahabat.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin 🐄🌙


Photos from SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat's post 24/05/2026

Alhamdulillah, semalam (23 Mei 2026) guru-guru SRITI Al-Hambra telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat Kali Ke-42. Turut diadakan Sambutan Hari Guru DPPK Ipoh Barat bersama guru-guru PASTI dan SRITI.

Majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran surah As-Saff yang dibaca oleh Amir SRITI Al-Hambra, saudara Muhammad Adam Mikail Bin Mohd Muslim.

Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat di atas penghargaan diberikan.

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Noor Shafriza Asma Binti Mohd Kamal di atas penerimaan Anugerah Pendidik Rabbani. Semoga terus istiqamah dalam mendidik anak-anak SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat .



Photos from SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat's post 24/05/2026

Setiap kali sambutan Hari Guru pasti ada penyampaian khas bagi anugerah-anugerah yang disenaraikan. Hasil undian semuanya daripada murid-murid SRITI Al-Hambra. Maka, terimalah pemenang bagi anugerah-anugerah tersenarai untuk guru-guru SRITI Al-Hambra.

Selamat Hari Guru 🎉✨


Photos from SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat's post 23/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SRITI AL HAMBRA 👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫

Alhamdulilah telah berlangsung Sambutan Hari Guru 2026 SRITI Al-Hambra dengan jayanya pada Jumaat lepas 22hb Mei 2026.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.

Selamat Hari Guru buat semua insan yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing anak bangsa. 🌹📚

“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”
Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dikenang. 💐

Photos from SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat's post 22/05/2026

🏕️ PERKHEMAHAN TAHUNAN AMAL BRIGED (PERTAB)
Peringkat Sekolah 2026

Alhamdulillah, program PERKHEMAHAN TAHUNAN AMAL BRIGED (PERTAB) Peringkat Sekolah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 20 Mei 2026 (Rabu)
📍 SRITI Al-Hambra

Program ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta melalui pelbagai aktiviti yang mencabar, menyeronokkan serta membentuk jati diri dan semangat kerjasama. 💪🏕️

✨ Antara modul yang telah dijalankan:
🍳 Modul 1: Survival Masakan
⛑️ Modul 2: Bantu Mula (Teori & Praktikal)
🪢 Modul 3: Ikatan & Simpulan

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru serta urus setia yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang dipelajari menjadi bekalan berguna pada masa akan datang. 🌟

“Pengalaman Hari Ini, Bekalan Kepimpinan Masa Hadapan.” 🔥

Photos from SRITI Al-Hambra, Ipoh Barat's post 21/05/2026

USRAH BADAN KEPIMPINAN SRITI AL-HAMBRA 1.0
Anjuran Unit HEM SRITI Al-Hambra

📖 Tajuk: Kepimpinan Islam
👳🏻‍♂️ Naqib: Ustaz Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil (Guru Besar SRITI Al-Hambra)

Program usrah ini bertujuan untuk memberi kefahaman asas kepimpinan Islam serta membentuk sahsiah dan akhlak kepimpinan Islam dalam diri murid agar menjadi pemimpin yang berilmu, berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu menjadi qudwah hasanah kepada rakan-rakan lain.

Dalam usrah 1.0 ini, para kepimpinan murid didedahkan tentang konsep kepimpinan menurut Islam iaitu setiap manusia ialah khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi dengan iman, ilmu dan akhlak.

📖 Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ إِنِّی جَاعِلࣱ فِی ٱلۡأَرۡضِ خَلِیفَةࣰۖ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi…” (Surah Al-Baqarah: 30)

✨ Antara ciri pemimpin Islam yang ditekankan:
✅ Siddiq: Berkata benar
✅ Amanah: Bertanggungjawab dan boleh dipercayai
✅ Tabligh: Menyampaikan kebaikan dan kebenaran
✅ Fatonah: Bijaksana dalam tindakan dan keputusan



15/05/2026

☘️ SELAMAT HARI GURU ☘️

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik atas dedikasi, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik, membimbing serta mencorakkan masa depan anak-anak.

✨ Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah ✨

Ikhlas daripada,
SRITI Al-Hambra



15/05/2026

💐 SAMBUTAN HARI GURU SRITI AL-HAMBRA 2026 💐

Assalamualaikum wbt.

In sha Allah akan diadakan Sambutan Hari Guru peringkat SRITI Al-Hambra 2026 seperti ketetapan berikut:

📅 Hari: Jumaat
🗓️ Tarikh: 22 Mei 2026
📍 Tempat: Dewan SRITI Al-Hambra
👔 Pakaian : Jubah Sriti

Semoga majlis berjalan dengan lancar.

Terima kasih 🌹



Photos from SRITI Malaysia's post 11/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐒𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐓𝐄𝐌 𝐏.𝐀.𝐒 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kehadiran :
1. Ustazah Noor Shafriza Asma-Penggubal Bahasa Melayu
2. Zatun Najahah-Timbalan Ketua Penggubal Bahasa Inggeris

Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Taman Klebang Utama
Chemor
31200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 12:00