SABK Maahad Al-Ummah

SABK Maahad Al-Ummah

Share

PAGE
MAAHAD AL-UMMAH OFFICIAL
MUC : Misi Untuk Cemerlang

Sederap Bertekad Mencipta Kecemerlangan

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 01/05/2026

IHTIFAL KECEMERLANGAN AKADEMIK

30 April 2026 | Khamis

Majlis tahunan ini telah dirasmikan Tn. Hj. Mohamad Tarmizi bin Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Syura Negeri Perak.

Tahniah atas kecemerlangan akademik bagi tahun 2025.
Moga kejayaan ini menjadi motivasi dan pemangkin kejayaan lebih baik di tahun 2026

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 29/04/2026

MUC Membaca
Perak Membaca
Malaysia Membaca

23 April 2026 | 11:00-11:10am

16/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MUC

11 April 2026 | Sabtu | 11:00am-1:00pm

Majlis tahun ini diadakan secara “potluck” mengikut kelas murid dengan perkongsian juadah dari ibu bapa, pentadbiran, kantin dan dewan makan.

Terim kasih semua yang berkongsi rezeki dan menggembirakan anak-anak MUC. Semoga diganjari kebaikan dunia akhirat

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 16/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG ke-20

11 April 2026 | Sabtu | Dewan MUC

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 16/04/2026

JOHAN 10X KINTA UTARA!

6-9 APRIL 2026

Pasukan SOFTBALL MUC melakarkan kejayaan buat kali ke sepuluh bagi pertandingan peringkat pasukan lelaki MUSCLE!

Pasukan Perempuan MAHSURI turut melakar kejayaan di tempat KEDUA pada tahun ini.

Tahniah kepada jurulatih, guru pembimbing dan atlet yang menunjukkan komitmen berterusan bagi tahun ini. Semoga melakar kejayaan lebih manis di peringkat negeri!

16/04/2026

Perkhemahan Perdana KRS Kinta Utara

10-12 April 2026 | Jumaat-Ahada | SK Rapat Jaya

Kadet MUC yang menyertai perkhemahan ini adalah seramai 28 orang melibatkan 9 orang murid lelaki, 15 orang murid Perempuan dan 4 orang helpers.

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 12/04/2026

Pemilihan Kontigen Kadet Bomba Kinta Utara

11 April 2026 | Sabtu | Balai Bomba Penyelamat Ipoh | 8:30am -5:00 pm

Seramai 8 orang kadet MUC telah terpilih untuk menyertai sesi saringan bagi tahun ini. Ujian melibatkan acara Kawad Operasi Kering yang memerlukan kadet membawa 2 gulung hos dan membentangkan hos. Pemilihan dibuat berdasarkan kepantasan peserta dalam menyelesaikan ujian. Kadet juga mengikuti ujian Ikatan dan Simpulan.

Pemilihan Kontigen Kadet Bomba Kinta Utara
11 April 2026 | Sabtu | Balai Bomba Penyelamat Ipoh | 8:30am -5:00 pm
Seramai 8 orang kadet MUC telah terpilih untuk menyertai sesi saringan bagi tahun ini. Ujian melibatkan acara Kawad Operasi Kering yang memerlukan kadet membawa 2 gulung hos dan membentangkan hos. Pemilihan dibuat berdasarkan kepantasan peserta dalam menyelesaikan ujian. Kadet juga mengikuti ujian Ikatan dan Simpulan.

Seorang kadet MUC telah terpilih untuk latihan dan penyertaan peringkat negeri. Tahniah diucapkan.

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 11/04/2026

Atlet-atlet MSSD MUC

Saban tahun MUC menghantar wakil ke pertandingan sukan daerah melibatkan pelbagai acara sukan.

Tahniah kerana berusaha tanpa lelah meningkatkan potensi diri dan pasukan dan melayakkan diri ke pertandingan daerah. Semoga semua murid beroleh kejayaan di setiap lapangan yang disertai.

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 11/04/2026

MISSMAPP 2026

10 April 2026 | Jumaat

Berikut adalah keputusan saringan VIDEO Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Perak (MIISMAP) Tahun 2026

Peserta yang layak ke pusingan akhir akan bertanding pada 25-30 April 2026 nanti. Pertandingan ini dikelolakan oleh Unit HEM & Kokurikulum, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak.

Pergi berlayar ke Pulau Angsa,
Singgah memetik bunganya melati,
Syabas dan tahniah bakal juara,
Terus cemerlang di peringkat akhir nanti.

Photos from SABK Maahad Al-Ummah's post 11/04/2026

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Rozita binti Ismail (Guru Kanan Vokasional Teknik) atas khidmat bakti dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi sepanjang perkhidmatan beliau di MUC.

Satu kehilangan besar buat warga pendidik, namun legasi ilmu yang ditinggalkan akan terus mekar dalam sanubari setiap anak didik.

"Ilmu yang bermanfaat adalah sedekah jariah yang tidak akan putus pahalanya."

Semoga persaraan ini menjadi permulaan yang indah buat cikgu sekeluarga. Selamat Bersara, Cikgu!

Majlis ringkas tapi manis ini diadakan di Villa Chinta Zara dengan turut meraikan guru yang bertukar portfolio iaitu Pn. Yasmeen binti Hussin dan Pn. Sabariah binti Zainal.

Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Chemor
31200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00