22/04/2017
Daripada Abie Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:
, لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ وَ مَسْجِدِ الْأَقْصَى -
“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”
Masjid No 1 :*
Masjid al-Haram
Mecca 24231, Saudi Arabia
https://goo.gl/maps/8nFLWojSMw42
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di *Masjidil Haram p**a lebih afdhal daripada 100 000* sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Masjid No. 2 :*
Al Masjid an Nabawi
Al Haram, Medina 42311, Saudi Arabia
+966 4 823 2400
https://goo.gl/maps/gvBDidnj7gP2
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Masjid No 3 :*
Al-Aqsa Mosque
Jerusalem
https://goo.gl/maps/hU9EhWeudLx
Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa p**a ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Ketika menjelaskan berbagai perbahasan berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyebutkan sebahagian riwayat lainnya sebagai penerangan lanjut, kata beliau: al-Bazzar dan at-Tabaraniy meriwayatkan hadis daripada Abi ad-Darda’ yang beliau nyatakan secara marfu‘:
, الصَلَاة فِي المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ، و الصلاة في مَسْجِدِي هَذَا بأَلْفِ صَلَاةٍ و الصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة -
“Solat di Masjidil Haram (ganjarannya) adalah sebanyak seratus ribu (100,000) solat dan solat di masjid ku ini (Masjid Nabawi) (ganjarannya) adalah sebanyak seribu (1000) solat dan solat di Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) (ganjarannya) sebanyak lima ratus (500) solat.”
Kata al-Bazzar: Isnadnya Hasan. Maka dengan itu, menjadi jelas bahawa pengecualian Masjidil Haram membawa maksud keutamaannya ke atas Masjid Nabawi…
والله أعلم ...
Masjid al-Haram Mecca 24231, Saudi Arabia