Madrasah Al Hikmah Chemor

Madrasah Al Hikmah Chemor

Share

Laman Rasmi Madrasah Al-Hikmah Chemor
No. Pendaftaran: JAIPK/SMAR/IP.167/18 SEKOLAH MENENGAH AGAMA HARIAN

Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 08/06/2026

[MAJLIS PERHIMPUNAN SEKOLAH]

18 Mei 2026, Isnin - Agenda perhimpunan hari ini:
πŸ“Œ Laporan Guru Bertugas: Cik Jannatul
πŸ“Œ Ucapan Penolong Kanan HEM: Cik Asma
✏️Tema: Ummatic

Perhimpunan pagi hari ini telah berlangsung seperti biasa setelah para pelajar cuti selama dua minggu.

Semoga minggu ini dimulakan dengan semangat, motivasi dan azam yang lebih tinggi dalam menuntut ilmu serta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 04/06/2026

πŸŒ™βœ¨ SATU MALAM, SERIBU SELAWAT, SEJUTA KEBERKATAN! βœ¨πŸŒ™

Ayuh anak muda Perak, kita gegarkan malam penuh cinta kepada Rasulullah SAW dalam Malam Belia Berselawat 2026 sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak! 🀍πŸ”₯

🎢 Alunan Selawat bersama
Syabab El-Mustofawiyah

πŸŽ™ Penampilan Khas
Ustaz Akhil Hayy

Mari hadir bersama keluarga, sahabat dan seluruh geng anda untuk mengimarahkan malam yang penuh keberkatan, ketenangan dan ukhuwah ini 🌟
Bukan sekadar program, tetapi satu himpunan belia untuk menyatukan hati dengan selawat dan semangat BELIA MADANI! πŸ™Œ

πŸ“… 5 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•˜ 9:00 Malam
πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak

πŸ’₯ Jangan tunggu last minute!
Jom penuhkan lokasi dan jadi sebahagian daripada gelombang anak muda yang cintakan agama, perpaduan dan keharmonian ✨

πŸŽ‰ SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI πŸŽ‰






26/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa pejabat MADAH akan ditutup sementara bermula 27 Mei hingga 02 Jun 2026.

Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut. Sebarang pembayaran yuran yang dibuat sepanjang tempoh cuti akan diproses dan resit akan dikeluarkan selepas pejabat dibuka semula.

Segala kerjasama dan perhatian amat dihargai.
Harap maklum, terima kasih.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diberkati Allah SWT. Moga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai keikhlasan dan kasih sayang dalam diri kita semua.

Ikhlas daripada Warga MADAH.



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 25/05/2026

[JAMUAN HARI GURU 2026]

22 Mei 2026, Jumaat - Setelah diraikan dengan penuh meriah di sekolah pada sebelah pagi, sambutan Hari Guru diteruskan lagi pada sebelah petang di Hayyan Cafe, Meru Raya.

Majlis juga dihadiri oleh Tn. Hj. Mohd Nasir bin Kamarudin, Pengerusi WADAH Negeri Perak merangkap CEO Madrasah Al Hikmah.

Turut diraikan Puan Nur Khalidah Binti Sehebudin, sempena hari terakhir beliau di MADAH. Didoakan semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Semoga sambutan ini menjadi tanda penghargaan atas segala jasa dan komitmen para guru dalam mendidik anak bangsa, di samping mengeratkan ukhuwah serta semangat kebersamaan sesama warga sekolah.




Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 25/05/2026

[SAMBUTAN HARI GURU MADAH 2026]

22 Mei 2026, Jumaat - Sambutan Hari Guru MADAH pada tahun ini bertemakan β€œπ˜ˆπ˜³π˜°π˜Άπ˜―π˜₯ π˜›π˜©π˜¦ 𝘞𝘰𝘳𝘭π˜₯” 🌍✈️ dengan konsep di dalam kapal terbang serta para guru tampil bergaya mengenakan pakaian tradisional dari pelbagai negara.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia serta persembahan istimewa daripada para pelajar yang menceriakan suasana.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua pendidik.
Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 22/05/2026

[CERAMAH AIDILADHA]

Tarikh: 22 Mei 2026
Hari: Jumaat
Tempat: Surau MADAH
Penyampai: En. Amienul Muhaimin Bin Khairul Anwar El Syazalli, Timbalan YDP ABIM Negeri Perak

Alhamdulillah telah berlangsung sesi Ceramah Ibadah Korban sebagai pengisian ilmu dan persediaan dalam memahami hikmah serta tuntutan ibadah korban.

Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat, menambahkan kefahaman serta menyemai semangat pengorbanan dan keikhlasan dalam diri semua.



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 20/05/2026

[AKTIVITI KOKURIKULUM]

20 Mei 2026, Rabu - Perjumpaan Kelab/Persatuan

🎀Kelab Nasyid
πŸ–₯️Kelab STEM dan ICT
🎨Kelas Seni dan Khat
πŸ’°Kelab KPBPNB (Kelab pelaburan bijak)
πŸŒ—Kelab Falak
πŸ“šKelab Bahasa Antarabangsa
🌳Kelab Pencinta Alam



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 20/05/2026

[BICARA HIKMAH]
Tarikh: 6 Mei 2026
Hari: Rabu
Masa: 07:30 pagi - 08:00 pagi
Tempat: Bilik Wadah
Penyampai: Tn. Hj. Mohamd Tarmizi bin Abdul Hamid, Timbalan Pengerusi Jemaah Pengurusan MADAH (Mudir)
Tajuk : Time Management ⏰

Semoga perkongsian hari ini dapat memberi manfaat dan dalam mengurus masa dengan lebih baik demi mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.



Photos from Madrasah Al Hikmah Chemor's post 19/05/2026

[PROGRAM ADAB DAN NILAI (PADNI) ZON B DAERAH KINTA UTARA 2026]

Tarikh: 7 April 2026
Tempat: SMK Rapat Setia

πŸ₯‡Johan Hafazan (p) - Puteri Nur Safa
πŸ…Tempat ke-5 Hafazan (l) - Muhammad Syahmi

Tahniah diucapkan kepada para pelajar atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan. Semoga terus bersemangat untuk menyertai program dan pertandingan yang akan datang.



Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 35, Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2
Chemor
31200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00