Darul Ulum Al Mahfuz

Darul Ulum Al Mahfuz

Share

πŸ“– Membina Generasi Al-Quran
🌱 Dakwah,Tarbiah & Pencinta Al-Quran
πŸ’³ Infaq: 1102449319 (Bank Rakyat)

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penyokong Darul Ulum Al Mahfuz.
Setiap sumbangan anda adalah asbab lahirnya generasi Al-Quran dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan keberkatan dunia dan akhirat.

15/03/2026

"Terima kasih kerana sudi membahagiakan kami..." ❀️

Lihatlah sinar mata mereka. Berkat bantuan tuan/puan, anak-anak asnaf dan yatim dari Ulum akhirnya sampai ke Kuala Lumpur!

Bagi kita, mungkin ia perjalanan biasa, tapi bagi mereka, ini adalah kenangan seumur hidup.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan Infaq anda.

Kini, kita berada di fasa 10 malam terakhir Ramadan. Inilah masanya untuk kita melipatgandakan pahala.

Jom jadikan Ramadan kali ini paling bermakna buat mereka dan saham akhirat buat kita.

Infaq sekarang

Mari kita bantu lebih ramai lagi anak-anak ini mencapai impian mereka.

12/03/2026

πŸŒ™ Rebut Lailatul Qadar: Pelaburan Akhirat yang Berpanjangan!

"Malam yang lebih baik daripada seribu bulan."

Sahabat sekalian, kita kini berada di fasa terpenting dalam Ramadan. Bayangkan jika sedekah yang anda hulurkan jatuh pada malam Lailatul Qadarβ€”

ganjarannya menyamai amalan selama 83 tahun!
Kami di Darul Ulum Al Mahfuz ingin menjemput anda bersama-sama menyuburkan iman dan menyebarkan ihsan melalui sumbangan ikhlas anda.

Kenapa Anda Perlu Berinfak Hari Ini?

β€’ Pahala Berpanjangan: Setiap sen yang anda sumbangkan akan digunakan untuk pendidikan dan kebajikan penuntut ilmu.

Selagi ilmu diamalkan, pahala terus mengalir buat anda.

β€’ Menyantuni Pencinta Al-Quran: Bantu kami menyediakan fasiliti dan keperluan terbaik buat anak-anak syurga di Darul Ulum Al Mahfuz.

β€’ Keberkatan Rezeki: Sedekah tidak mengurangkan harta, malah menjemput redha Allah SWT dan ketenangan jiwa.

πŸ“Ί Jom Tonton & Hayati

Ikuti kupasan menarik mengenai kelebihan memburu malam mulia ini dalam program ASAR di TV AlHijrah:

πŸ—“ Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
πŸ•” Masa: 5:00 Petang - 5:30 Petang
πŸŽ™ Bersama: Dai Fuad (Sahabat Darul Ulum Al Mahfuz) & Hanan Rahman (Pengacara)

12/03/2026

*REBUT PAHALA 1,000 BULAN BERSAMA ANAK YATIM DARUL ULUM AL MAHFUZ πŸ•ŠοΈ*

10 malam terakhir Ramadan sudah tiba. Inilah masanya kita "all-out" mencari keredhaan-Nya.

Pernahkah kita terfikir, dalam setiap sujud dan doa kita, ada anak-anak syurga di Darul Ulum Al Mahfuz yang juga mendoakan kesejahteraan buat para penyumbang mereka?

Anak-anak yatim dan asnaf ini tiada harta, hanya Al-Quran di dada.

Di sini mereka belajar, makan, dan berteduh. Dengan menyumbang kepada mereka, anda bukan sekadar memberi makan, tapi anda sedang melabur untuk pembangunan ummah.

Kenapa berinfak sekarang?

1. Gandaan Pahala: Sedekah di malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1,000 bulan.

2. Doa Anak Yatim: Doa mereka tanpa hijab.

3. Lestari Ilmu: Selagi mereka membaca Al-Quran, pahala mengalir ke akaun anda.

Jom, jangan biarkan malam-malam terakhir ini berlalu sepi tanpa sedekah buat mereka.

10/03/2026

Membina generasi Al-Quran bukan hanya tugas para guru dan pelajar, tetapi juga tanggungjawab kita bersama. Dengan berinfaq kepada Darul Ulum Al Mahfuz, kita membantu menyediakan makanan, tempat tinggal, dan keperluan pembelajaran buat para pelajar asnaf dan anak yatim yang sedang menghafaz serta mendalami Al-Quran.

Setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab lahirnya generasi yang hidup dengan Al-Quran β€” generasi yang membaca, memahami dan menyebarkan cahaya Al-Quran kepada masyarakat. 🀲🏻✨

Mudah-mudahan setiap huruf Al-Quran yang mereka baca, pahalanya turut mengalir kepada para penyumbang sebagai bekalan di akhirat kelak.

Jom bersama kita bina generasi Al-Quran dengan berinfaq kepada Darul Ulum Al Mahfuz.

08/03/2026

Dengarkan alunan merdu bacaan Al-Quran oleh pelajar Darul Ulum Al Mahfuz yang membacakan Surah Surah Ad-Dukhan dalam program Assalamualaikum Asar di TV AlHijrah.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab ketenangan hati dan menambah kecintaan kita kepada Al-Quran. 🀲🏻

Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami juga mengajak orang ramai untuk berinfaq menyediakan juadah berbuka puasa buat para pelajar asnaf dan anak-anak yatim di Darul Ulum Al Mahfuz.

Mudah-mudahan setiap suapan yang mereka nikmati menjadi saham akhirat buat kita semua. πŸŒ™βœ¨

Jom berinfaq, kecil bagi kita besar maknanya buat mereka.

05/03/2026

πŸŒ™ Ramadan, Peluang Menghidupkan Hati Dengan Al-Quran

Di bulan penuh keberkatan ini, marilah kita gandakan pahala dengan menyokong usaha melahirkan generasi huffaz dan pencinta Al-Quran bersama Darul Ulum Al Mahfuz.

Setiap infak anda adalah saham akhirat β€” membantu pendidikan, kebajikan dan kelangsungan pengajian para pelajar. 🀲🏻✨

πŸ’› Sedikit bagi kita, besar maknanya buat mereka.

πŸ’› Ringan di dunia, berat di timbangan akhirat.

Ayuh berinfak hari ini.

Semoga Allah menerima dan melipatgandakan ganjarannya.

02/03/2026

JOM REBUT PAHALA MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA! ✨

Ramadan ini, mari kita raih keberkahan berganda dengan berkongsi rezeki bersama pelajar di Darul Ulum Al Mahfuz.

Kenapa anda perlu berinfaq?

β€’ Pahala Berganda: Mendapat pahala puasa tanpa perlu berpuasa lebih.

β€’ Barakah Ilmu: Makanan yang anda beri menjadi darah daging para penghafal Al-Quran.

β€’ Sedekah Mudah: Kecil bagi kita, besar maknanya buat mereka.

Ayuh berinfaq!

Photos from Darul Ulum Al Mahfuz's post 26/02/2026

Saksikan sekarang! πŸŒ™βœ¨

Dai Fuad Mokhtar sedang bersiaran secara langsung dalam program Assalamualaikum Asar di TV AlHijrah.

Siarkan sokongan anda bagi membantu anak-anak yatim dan asnaf di Darul Ulum Al Mahfuz untuk menampung kos berbuka puasa mereka.

Ayuh bersama kita rebut peluang berinfaq dan berkongsi rezeki pada petang yang penuh keberkatan ini.

Tonton sekarang dan hulurkan sumbangan anda! 🀲✨

25/02/2026

Ramadan: Peluang Kedua Kita πŸŒ™βœ¨

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang untuk kita kembali kepada Allah dengan hati yang lebih bersih dan jiwa yang lebih tunduk.

Bersama TV AlHijrah dalam rancangan Ramadan: Peluang Kedua Kita, mari kita hayati makna taubat, harapan dan kasih sayang Ilahi.

Dalam kita mengejar pahala, jangan dilupa anak-anak tahfiz dan asnaf di Darul Ulum Al Mahfuz yang terus istiqamah menuntut ilmu.

🀲 Ayuh rebut peluang Ramadan ini dengan berinfaq.

πŸ“– Sumbangan anda membantu keperluan makan minum, kebajikan dan pendidikan mereka.

🌱 Sedikit bagi kita, besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap ringgit yang dihulur menjadi saham akhirat yang tidak pernah putus.

Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Darul Ulum Al Mahfuz
Chemor
31200