SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor

SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor

Share

Laman Rasmi Facebook SMK Dato' Hj. Mohd Taib diusahakan oleh Team Task Force Media.

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 08/04/2026

πŸ”ΆSAAT KEGEMILANGAN: TAHNIAH GRADUAN SPM 2025! πŸ”Ά

Hari ini, dewan sekolah saksi kepada satu lagi lipatan sejarah. Melihat wajah-wajah tenang namun penuh debaran saat menerima slip keputusan SPM, kami di pihak sekolah berasa amat bangga dan kagum dengan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh anak-anak didik kami.
Keputusan hari ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi ia adalah simbol ketekunan, disiplin, dan doa yang tidak putus-putus. Ada yang tersenyum lebar, ada yang menitiskan air mata kesyukuran,setiap emosi itu adalah bukti anda telah melakukan yang terbaik!

✨ Mesej Kami Untuk Anda:
πŸ’Kepada yang cemerlang: Teruskan terbang tinggi! Jadikan kejayaan ini batu loncatan untuk menakluk dunia menara gading.

πŸ’Kepada yang merasa belum cukup: Ingatlah, SPM hanyalah satu persinggahan, bukan penamat. Jalan menuju kejayaan itu luas dan berliku; teruskan melangkah dengan strategi baharu!

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru yang merupakan "arkitek" di sebalik kejayaan ini, serta ibu bapa yang menjadi tulang belakang paling kuat buat anak-anak
Selamat maju jaya, anak-anak SPM 2025! Perjalanan anda yang sebenar baru sahaja bermula. Teruslah menyinar dan jaga nama baik sekolah di mana jua anda berada. πŸš€πŸŽ“

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 07/04/2026

⏳Nak tahu hala tuju pendidikan negara?
Jom fahami Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035!
Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang untuk anak-anak kita✨

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 07/04/2026

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
πŸ“Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Haji Mohd Taib
πŸ“†14 Mac 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.✨

07/04/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru SMK Dato' Hj Mohd Taib yang berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Google Certified Educator Level 1, Google Certified Level 2 dan Gemini Certified Educator.







Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 07/04/2026

Majlis Bai’ah & Pemuafakatan Kecemerlangan SPM & STPM 2026 πŸ“š
27 Februari 2026 | Jumaat
β€œBersatu tekad, melakar kejayaan.
Dengan doa dan usaha, menuju puncak kecemerlangan.”

KECEMERLANGAN PERLU DIUSAHAKAN

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 15/02/2026

πŸ… Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-34 πŸ…SMK DATO’ HAJI MOHD TAIB
πŸ“… 13 Februari 2026

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, guru, serta warga sekolah yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan dan kerjasama yang luar biasa. πŸ‘βœ¨

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Kemenangan ini adalah hasil usaha, disiplin dan latihan yang berterusan. Kepada yang belum berjaya, teruskan berusaha β€” semangat juang anda tetap juara! πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga kejohanan ini menjadi kenangan indah dan membina semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. πŸ†

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 04/02/2026

Program Motivasi Kemahiran Belajar Tingkatan 4
Penceramah: En Muhammad Amir Firoqi bin Ahmad Shahmie (Kaunselor UNITAR)
Tarikh: 16.1.2026
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 4

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 04/02/2026

Program Motivasi Persediaan Menghadapi SPM
Tarikh: 13.1.2026
Masa: 9.30 pagi - 10.30 pagi
Penceramah: Puan Nur Ain Farhan binti Marzelan
(Kaunselor Akademik MSU Ipoh)
Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 5

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 04/02/2026

Program Sentuhan Jiwa
Tarikh: 13.1.2026
Masa: 8.30pagi - 9.30 pagi
Penceramah: Puan Suziana bt Abd Rahim (gbksm)
Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 5 Smkdhmt

01/02/2026

Warga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua yang meraikan. πŸͺ”βœ¨ Semoga perayaan ini disambut dengan penuh keinsafan, keharmonian dan kesejahteraan. 🀍🌸

28/01/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨ KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026 πŸ†
Tahniah kepada semua wirawan dan wirawati SHATA!
Semangat juang yang kental, peluh yang mengalir, dan sorakan yang membingitkan suasana akhirnya membuahkan hasil. Hari ini bukan sekadar tentang siapa yang paling laju, tetapi tentang kecekalan hati menamatkan larian demi lencana di dada!

Syabas diucapkan kepada RUMAH BUANA kerana berjaya merangkul gelaran Juara! 🟒 Kepada Segara, Purnama, dan Suria, anda telah memberikan saingan yang cukup sengit dan luar biasa. Teruskan momentum ini untuk acara balapan dan padang yang akan datang!
Terima kasih kepada Unit Sukan SHATA, para guru, PIBG dan semua pelajar yang menjayakan kejayaan Merentas Desa 2026.
Kita kalahkan lelah, kita menang sebagai satu pasukan! 🀝πŸ”₯

Photos from SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor's post 28/01/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏ KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026 πŸŒΏπŸƒβ€β™€οΈ
SMK DATO HJ MOHD TAIB,CHEMOR

Tarikh : 24 Januari 2026 (Sabtu)
Masa : 7:30 am - 11:00 am

Hari ini tercipta satu momen luar biasa dalam sejarah sekolah kita , apabila padang, laluan dan setiap sudut bumi sekolah disemarakkan dengan semangat juang murid-murid hebat yang berlari bukan sekadar untuk menang, tetapi untuk maruah sekolah, disiplin diri dan jiwa juara! πŸ”₯πŸ’ͺ
Di bawah kepimpinan yang berwibawa, berwawasan dan penuh inspirasi
🌟 PUAN PENGETUA , PN NORELAWATI BINTI JAWAHIR 🌟
kejohanan ini bukan sekadar sebuah acara sukan, tetapi menjadi manifestasi kepimpinan, visi dan roh kecemerlangan yang membentuk karakter murid holistik , kuat fizikalnya, kental mentalnya, luhur sahsiahnya.
Murid-murid SMK DATO HJ MOHD TAIB telah membuktikan bahawa mereka bukan generasi biasa, tetapi generasi luar biasa, berani mencabar diri, tidak mengenal erti mengalah, dan bangkit dengan semangat juang yang menggetarkan jiwa! ⚑πŸ”₯
Syabas dan tahniah kepada semua murid, guru-guru, jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga sekolah yang menjadikan kejohanan ini bukan sekadar merentas desa, tetapi sebuah peristiwa penuh makna, inspirasi dan kebanggaan.
✨ Di sinilah lahirnya pemimpin masa depan, juara kehidupan dan insan berjiwa besar. ✨





Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SMK Dato. Hj. Mohd Taib
Chemor
31200