PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'

PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'

Share

Pusat Asuhan Kanak-Kanak Berteraskan Agama Islam. Terbuka untuk pelajar 4, 5, 6Tahun.

28/05/2026

Alhamdulillah.๐Ÿคฒ
Murid/anak PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya' yang bertakbir raya di Hari Raya Aidiladha.
10 Zulhijjah 27 Mei 2026
Syed Muhammad ..6 tahun
PASTI Kawasan Tambun
Jabatan PASTI Negeri Perak
PASTI Malaysia




Aamiin3 ya Rabb๐Ÿคฒ

26/05/2026

Perbanyakkan Amal di Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari yang dipenuhi rahmat, keampunan dan Allah akan mengangkat doa hamba-hambaNya. Moga Allah membuka pintu-pintu kasihNya buat kita semua. Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:
ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ

"Sebaik-baik do'a adalah do'a pada hari Arafah." (Al-Tirmidhi no. 3585, hadith hasan).





25/05/2026
Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 21/05/2026

๐ŸŒน Sambutan Hari Guru & Perpisahan Cikgu Airien๐ŸŒน
21 Mei 2026 | 9:30 pagi โ€“ 12:30 tengah hari

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Guru pada hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak atas segala hadiah, kad serta penghargaan yang diberikan kepada kami sebagai tenaga pengajar. Setiap pemberian dan ucapan yang diberi sangat kami hargai dan menjadi kenangan yang indah buat kami semua โค๏ธ

Namun, sambutan pada hari ini terasa sedikit tidak lengkap tanpa kehadiran Guru Kanan kami iaitu Muallimah Aini. Kehadiran beliau sentiasa menceriakan dan menyerikan suasana sekolah. Kami semua mendoakan agar Muallimah Aini diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dapat kembali bersama kami seperti biasa ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’

Pada hari yang sama juga, berlangsungnya hari perpisahan buat Cikgu Airien. Terima kasih kerana sudi berkhidmat dan mencurahkan bakti di PASTI AS-SYAKIRIN sepanjang beberapa bulan bersama kami. Walaupun tempohnya tidak lama, namun jasa, kerjasama dan kenangan bersama Cikgu Airien sangat bermakna dan tidak akan dilupakan ๐ŸŒท

Kami mendoakan semoga Cikgu Airien sentiasa dipermudahkan urusan dalam menyambung pelajaran, diberikan kejayaan dunia dan akhirat serta terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti ๐Ÿคโœจ

Dan nampaknya, sedikit demi sedikit ahli keluarga kecil kami juga bakal berkurangโ€ฆ selepas ini Cikgu Ain p**a akan menyusul meninggalkan kami. Semoga ukhuwah dan kenangan yang terjalin antara kita semua sentiasa kekal walau di mana pun berada ๐Ÿฅบโค๏ธ

Sesungguhnya, bukan hadiah yang kami harapkan sebagai seorang guru. Cukuplah anak-anak membesar menjadi insan yang soleh dan solehah, cintakan ilmu, menghormati ibu bapa dan guru, mempunyai akhlak yang baik serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan masyarakat.

Terima kasih sekali lagi kerana menghargai jasa kami dalam mendidik anak-anak kecil ini. Semoga segala kebaikan dan doa yang diberikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT ๐ŸŒท Doa kami sebagai guru sentiasa mengiringi anak-anak semua๐Ÿ’“

PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'
PASTI Kawasan Tambun
Jabatan PASTI Negeri Perak
PASTI Malaysia

Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 20/05/2026

Selamat Hari Lahir Khayra yg ke 5 tahun pada 19/5/2021 .semoga dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, serta akal yang bijak dan cerdas. Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dipermudahkan dalam menuntut ilmu, serta dibimbing menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚

Alhamdulillah...Terima kasih pada mama Khayra yg sudi berkongsi rezeki bersama anak-anak dan guru-guru PASTI AS SYAKIRIN. Semoga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan puan sekeluarga..amiin๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ๏ธโ™ฅ๏ธ

Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 19/05/2026

Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak berkongsi di Facebook ๐Ÿ˜Š

Selesai sudah Bola Jaring & Bola Sepak (BSBJ) Peringkat Kawasan Tambun.

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih buat Coach Aizat dan Coach Sue yang bertungkus-lumus memberi tunjuk ajar dan melatih anak-anak tanpa mengenal penat lelah. Pagi dan petang turun padang demi memastikan anak-anak dapat belajar dan memberikan yang terbaik ๐Ÿฅฐ

Buat Coach Aizat, terima kasih kerana masih setia bersama PASTI As Syakirin untuk tahun yang kedua โค๏ธ Terima kasih kerana masih sudi mencurahkan ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar buat anak-anak kami. Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian berdua dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. Semoga Coach Sue dan Coach Aizat terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, serta semoga masih diberi kesempatan untuk menjadi jurulatih anak-anak PASTI As Syakirin pada tahun-tahun yang akan datang ๐Ÿ˜Š

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan buat Ustaz PU Syed dan Puan Fairos Adnan yang sudi memberikan anak-anak PASTI untuk menggunakan kemudahan fasiliti dan pengangkutan sepanjang program dan latihan dijalankan. Segala bantuan dan kemudahan yang diberikan amatlah kami hargai.

Tidak dilupakan juga buat semua ibu ayah yang sentiasa memberi komitmen sepanjang latihan dijalankan. Ada yang sanggup turun padang bermain bersama anak-anak walaupun baru balik bekerja. Terima kasih atas masa, tenaga dan semangat yang diberikan ๐Ÿ˜Š

Tahniah buat semua anak-anak yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang BSBJ berlangsung. Kepada yang berjaya membawa p**ang kemenangan, tahniah diucapkan ๐Ÿ‘๐Ÿป

Dan buat yang belum berjaya, jangan sedih ya ๐Ÿ˜Š Insya-Allah next time kita cuba lagi dan buat yang lebih baik. Yang paling penting, awak semua dah menang di hati cikgu kerana keberanian, semangat dan usaha yang ditunjukkan sepanjang latihan dan pertandingan berlangsung โค๏ธ

PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'
PASTI Kawasan Tambun
Jabatan PASTI Negeri Perak
PASTI Malaysia

15/05/2026

โšฝ๐Ÿ€ KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN TAMBUN KEMBALI LAGI! ๐Ÿ€โšฝ

Latihan sudahโœ…
Lawan persahabatan sudah โœ…
Persiapan sudahโœ…

Esok bakal menjadi saksi semangat dan kesungguhan atlet-atlet cilik PASTI Tambun yang akan beraksi di gelanggang Bola Sepak dan Bola Jaring.

Siapa p**a yang bakal bawa p**ang gelaran juara tahun ni? ๐Ÿ†

Sama-sama kita nantikan!
๐Ÿ“… Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat: Sportizza Menglembu, Jalan Lahat

Ayuh ! Sokongan padu buat anak-anak PASTI kita !

"Bersukan dan Berukhuwwah kerana Allah"





Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 15/05/2026

Alhamdulillah.๐Ÿคฒ
Selesai sesi latihan bola sepak โšฝ dan bola jaring ๐Ÿ€ Pasti As Syakirin, perlawanan persahabatan zon chemor dan Meru ,iaitu beberapa buah Pasti antaranya Pasti Mukminin,An Nuhlan,Meru Raya,ArRidzuan,Meru Permai,,Darul Salam ,Ar Rayyan,Aisar,Mawaddah dan At Takwa..

Terima kasih atas kerjasama semua..semoga perlawanan persahabatan kita mengeratkan ukuwah antara kita.

Terima kasih diucapkan kepada Juru latih bsbj Pasti As Syakirin ,En Aizat dan Puan Sue yg melatih ank2 Pasti As Syakirin
Dan ribuan terima kasih atas sokongan ibubapa,ank2 Tahfiz, yg sanggup turun padang bersama melatih ank2 bsbj Pasti As Syakirin ..

Kepada Pengasas Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya' Ustaz Syed dan isteri jutaan terima kasih kami ucapkan yg telah memberikan ruang latihan untuk ank2..semoga Allah merahmatu dan memberkati. meriah pagi dan petang..di Komplek Pendidikan Baitul Dhiya ..

In shaa Allah kita semua telah berusaha yg terbaik untuk ank2..selebihnya kita berdoa dan betawakal..semoga pasukan bsbjโšฝ๐Ÿ€ Pasti As Syakirin beroleh Kejayaan ๐Ÿคฒ

PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'
PASTI Kawasan Tambun
Jabatan PASTI Jabatan PASTI Negeri Perak
PASTI Malaysia .

Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 08/05/2026

Khamis | 7 Mei 2026

โšฝ Bola Sepak : PASTI AS SYAKIRIN
๐Ÿ€ Bola Jaring : Gelanggang Futsal Kg Cik Zainal

Empat buah PASTI telah bersama-sama memeriahkan perlawanan kali ini iaitu
PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'
Pasti al mukminin
Pasti Al Aisar Klebang Restu
Pasti An Nuhlan

Walaupun masih kecil, anak-anak bermain dengan penuh semangat, berani dan sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam pasukan. Semuanya seronok dan teruja bermain bersama kawan-kawan ๐Ÿ˜† Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka sangat membanggakan guru-guru dan para coach dan ibu bapa. ada juga beberapa ibu bapa yg hadir memberi sokongan pada anak-anak.

Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Fairos yang sudi menaja Air Balang Cocoteen buat para pemain, guru-guru, ibu bapa serta coach yang mengajar ๐Ÿฅคโœจ Sedikit sumbangan tetapi sangat bermakna dan menceriakan semua yang hadir.

Semoga anak-anak terus bersemangat, aktif dan berani mencuba perkara baharu ๐Ÿ’ช๐Ÿฅฐ

PASTI Kawasan Tambun
Jabatan PASTI Negeri Perak
PASTI Malaysia

Photos from PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya''s post 05/05/2026

Selamat Hari Lahir buat Tengku Nur Eshal yang ke 6 Tahun ๐ŸŽ‰๐Ÿฅฐ

Semoga membesar menjadi anak yang solehah, sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah. Semoga setiap langkah adik dipermudahkan dan menjadi kebanggaan ibu ayah suatu hari nanti ๐Ÿคฒโœจ

Terima kasih juga kepada ibu dan ayah Tengku Nur Eshal kerana sudi berkongsi rezeki bersama anak-anak serta guru-guru di PASTI As-Syakirin. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan rezeki yang melimpah, keberkatan dalam hidup dan kebahagiaan yang berpanjangan ๐Ÿค

Sekali lagi, selamat hari lahir! ๐Ÿฅณ๐ŸŽ‚

PASTI As-Syakirin, Baitul Dhiya'
PASTI Kawasan Tambun

Want your school to be the top-listed School/college in Chemor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya'
Chemor

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 13:00