Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah

Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah, Middle School, CHANGKAT JERING, Changkat Jering.

Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah merupakan Institusi Pendidikan Agama Islam yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Perak dengan No Pendaftaran JAIPK/TAHFIZ/TG.114/17 pada tahun 2020

23/08/2026

Petikan Alunan qasidah yang bergema di dalam Dewan Dato Seri Hassan Ahmad,pagi tadi di tahfiz Darussolehah kombinasi daripada AF Ustaz Mohd Na'im Said bersama pelajar2 tahfiz. Alunannya sampai ke jiwa, meruntun rasa rindu pada Nabi junjungan Rasulullah saw.

maaf quality video kurang memuaskan☺️

Alhamdulillah, sekitar majlis sambutan Maulidur Rasul di tahfiz kami yg berlangsung pada pagi yg penuh barokah! Bergema ...
23/08/2026

Alhamdulillah, sekitar majlis sambutan Maulidur Rasul di tahfiz kami yg berlangsung pada pagi yg penuh barokah! Bergema Selawat dan Qasidah memuji dan mengingati sosok Kekasih Allah yang lahir dan wafat pada tarikh serta bulan yg sama iaitu 12 Rabiul Awal.
Seperti biasa kuliah AF Ustaz Mohd Na'im Said tidak pernah mengecewakan!

Berikut perkongsian ilmu sebagai Rumusan kpd intipati kuliah AF Ustaz :-

Tentang Kasih Sayang. Rahmat Allah tidak akan turun kepada sesiapa yg tidak berkasih sayang sesama insan. Allah mengasihi hamba yg berkasih sayang dan membenci hamba yg berdendam serta bermusuh- musuhan.

Tiket syurga hanya akan dikurniakan oleh Allah apabila kita :-

1. Menyayangi keluarga termasuk pasangan dan anak² kerana Rasulullah amat menyayangi isteri dan semua anak² baginda

2. Menjaga silaturrahim sesama Islam

3.Memberikan kemaafan tanpa dendam

4.Membantu orang lain yg dalam kesusahan yakni bersedekah

Kenangkan perjalanan dakwah baginda yg menyampaikan Islam mengikut perintah Allah, penuh liku dan dugaan sehingga sempurna Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Ikuti sunnah baginda jika benar kita cintakan baginda Rasulullah tidak sekadar kata2 tetapi tidak meresap dijiwa hamba.

1 Kasih kepada Allah melahirkan Rahmat.

2 Ksih kepada Rasulullah melahirkan sunnah.

3. Kasih kepada keluarga melahirkan keharmonian.

4. Kasih kpd masyarakat melahirkan perpaduan

5. Kasih kepada makhluk mendatangkan Rahmat Allah

Semoga bermanfaat🤲✨

Bismillah🌙JEMPUTAN KEMAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M DITAHFIZ DARUSSOLEHAHDengan penuh takzim dan kasih say...
20/08/2026

Bismillah🌙

JEMPUTAN KE
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M DI
TAHFIZ DARUSSOLEHAH

Dengan penuh takzim dan kasih sayang kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, kami menjemput
Muslimin & Muslimat
untuk hadir bersama memeriahkan majlis spt berikut

Tarikh :23/8/2026
Hari : Ahad
Masa :9 pagi

Tentatif
Ceramah Maulidur Rasul

Selawat & Qasidah Bersama

Jamuan Makan Tengahari

"Cintai Rasulullah, Hidupkan Sunnah"

Moga kehadiran kita diberkati dan mendapat syafaat Baginda SAW.

Sumbangan ikhlas dialu-alukan

Terima kasih.

Tahniah kepada juara keseluruhan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 7, Tambun. Mabruk Alaih!
19/08/2026

Tahniah kepada juara keseluruhan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 7, Tambun. Mabruk Alaih!

MasyaAllah Tabarakallah, terima kasih kepada pihak MAIPK yg sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi tuan ruma...
18/08/2026

MasyaAllah Tabarakallah, terima kasih kepada pihak MAIPK yg sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi tuan rumah untuk program besar seumpama ini! Semoga pihak MAIPK memberikan lagi ruang dan kesempatan kepada tahfiz ini utk kerjasama dalam program-program yg lain p**a. InsyaAllah.

Meriah walaupun dalam debaran dada2 peserta
18/08/2026

Meriah walaupun dalam debaran dada2 peserta

Alhamdulillah
18/08/2026

Alhamdulillah

ALHAMDULILLAH, tahfiz ini telah dipilih menjadi tuan rumah program IHTIFAL KESENIAN ISLAM anjuran guru² Al Quran MAIPK p...
18/08/2026

ALHAMDULILLAH, tahfiz ini telah dipilih menjadi tuan rumah program IHTIFAL KESENIAN ISLAM anjuran guru² Al Quran MAIPK peringkat negeri Perak.

Assalamualaikum whbDengan penuh hormatnya kami menjemput umat Islam, muslimin dan muslimat ke majlis ilmu seperti yang t...
24/07/2026

Assalamualaikum whb

Dengan penuh hormatnya kami menjemput umat Islam, muslimin dan muslimat ke majlis ilmu seperti yang tertera pada poster di bawah

Marilah kita bersama-sama mendalami mutiara Al-Quran sebagai pedoman hidup di dunia dan akhirat.

Sebarkan kepada rakan & keluarga. Jemput hadir beramai-ramai 💚



PELUANG ISTIMEWA: MAJLIS RUKYAH HILAL SAFAR 1448HAlhamdulillah. Pusat Tahfiz Darussolehah dengan penuh rasa syukur mener...
15/07/2026

PELUANG ISTIMEWA: MAJLIS RUKYAH HILAL SAFAR 1448H

Alhamdulillah.

Pusat Tahfiz Darussolehah dengan penuh rasa syukur menerima jemputan khas daripada Jabatan M***i Negeri Perak untuk menghadiri Majlis Rukyah Hilal Bulan Safar 1448H di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari.

Inilah peluang istimewa buat para asatizah dan pelajar kami untuk menyaksikan sendiri ibadah cerapan anak bulan, sunnah yang menjadi penentu awal bulan Islam.

Semoga dengan pengalaman ini, lahir rasa cinta pada falak, syiar Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam jiwa para Huffaz kami.

"Allahumma ahillahu 'alaina bil amni wal iman..."

Semoga ilmu ini menjadi asbab kami lebih mengenali tanda-tanda kebesaran Allah swt🌒🌎🌠✨


***iNegeriPerak

Address

CHANGKAT JERING
Changkat Jering
34850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran dan Hadith Darussolehah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share