23/05/2022
LENSA MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Hari : Jumaat (1 April 2022)
Tempat : Musolla Imam As-Syafie
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, Majlis Lambaian Kasih telah berjalan dengan lancar. Majlis ini adalah untuk meraikan tiga orang guru dan seorang AKP yang bakal menyambung perkhidmatan mereka di sekolah yang baharu.
Mereka yang terlibat ialah :
1. Encik Badrol Hisham bin Abdullah Ishak
2. Ust Nor Azlinawati Binti Yaakob
3. Ustaz Muhammad Nurul Hasan bin Ruslan
4. Puan Norsimah binti Megat Kashim.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang ditaburkan buat SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah. Segala jasa dan budi mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Pihak sekolah juga mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan didoakan agar selalu dipermudahkan segala urusan.