SK Kampong Chamek, Kluang

SK Kampong Chamek, Kluang Determination Towards Success
Mengoptimumkan Potensi Mencapai Prestasi

Karnival Sukan Murid Prasekolah 2026 - FutsalMewakili Zon PalohSk Kampong ChamekSk Syed Zain Al ShahabSK Sir IbrahimTari...
22/07/2026

Karnival Sukan Murid Prasekolah 2026 - Futsal
Mewakili Zon Paloh

Sk Kampong Chamek
Sk Syed Zain Al Shahab
SK Sir Ibrahim

Tarikh : 22 Julai 2026 | Rabu

22/07/2026

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH - FUTSAL 2026

22/07/2026
22/07/2026

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH - FUTSAL

Program Bicara Akademik & Matriks Pembelajaran Tahun 4Tarikh : 24 Julai 2026 | JumaatIbu bapa / penjaga dijemput hadir.
20/07/2026

Program Bicara Akademik & Matriks Pembelajaran Tahun 4

Tarikh : 24 Julai 2026 | Jumaat

Ibu bapa / penjaga dijemput hadir.

08/07/2026

🌱 Penyediaan Baja Kompos Mini – Daripada Bahan Terbuang Menjadi Manfaat! 🌱

Di SK Kampong Chamek , murid-murid didedahkan dengan amalan kelestarian melalui aktiviti penyediaan baja kompos mini menggunakan tong cat terpakai serta bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti sisa makanan, daun-daun kering, tanah dan air.

Melalui aktiviti ini, murid belajar bahawa bahan yang dianggap sebagai sisa sebenarnya boleh diubah menjadi baja organik yang menyuburkan tanaman.

Selain memupuk sikap menghargai alam sekitar, aktiviti ini turut mengajar nilai tanggungjawab, kerjasama serta kepentingan mengamalkan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian.

🌿 Sedikit usaha hari ini, demi bumi yang lebih hijau pada masa hadapan.




15/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Onn Hafiz Ghazi atas pemberian Bantuan Bilik Guru kepada semua bilik guru sekolah di negeri Johor.

Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu meningkatkan keselesaan, kebajikan serta semangat para guru dalam menjalankan amanah mendidik anak bangsa.

Semoga segala usaha dan keprihatinan yang diberikan mendapat keberkatan serta terus memberi manfaat kepada warga pendidik di seluruh negeri Johor.





06/05/2026

🌱♻️ PROGRAM PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI PERINGKAT SEKOLAH ♻️🌱

Alhamdulillah, program pengumpulan minyak masak terpakai telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama warga sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha menjaga alam sekitar. 💚

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan pengurusan sisa yang betul serta memupuk amalan kitar semula sejak kecil. Minyak masak terpakai yang dikumpulkan dapat mengelakkan pencemaran saliran dan sungai di samping membantu menjaga kebersihan persekitaran.

Terima kasih kepada semua murid, ibu bapa dan guru yang telah memberikan kerjasama serta menyumbang minyak masak terpakai bagi menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah bumi yang lebih hijau dan bersih. 🌍✨







Address

Jalan Get, Kampong Melayu Chamek
Chamek
86600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6077814227

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampong Chamek, Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share