24/09/2026
💻 BENGKEL PEMERKASAAN PDPC MELALUI PENGGUNAAN GEMINI AI DAN NOTEBOOK LM SMK CHAAH 2026 💻
Satu bengkel yang dilaksanakan bagi memperkasa kompetensi digital guru dalam menyokong pelaksanaan PdPc yang lebih interaktif, inovatif dan berimpak. Guru-guru didedahkan kepada penggunaan Gemini AI dan NotebookLM untuk diintegrasikan dalam amalan PdPc.
📅 12 September 2026 & 19 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Dewan Sarjana SMK Chaah
👩🏻🏫 Sasaran: 53 orang guru
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pelaksanaan Inisiatif Belanjawan MADANI yang memberi peluang kepada guru untuk memperkasa kompetensi, meningkatkan kemahiran serta mengadaptasi teknologi digital dalam PdPc.
Semoga inisiatif ini terus menyokong pembangunan profesionalisme guru dan melahirkan pendidikan yang lebih berkualiti, inovatif serta relevan dengan keperluan semasa.
Guru Digital, Murid Hebat. Bersama Digital, Melangkah Lebih Jauh!