SK Tanah Rata, Cameron Highlands

SK Tanah Rata, Cameron Highlands - SK Tanah Rata adalah sebuah sekolah yang terletak di tanah tinggi Cameron Highlands. Sekolah ini terletak pada jarak 0.3 km dari PPD Cameron Highlands.

Sekolah ini terdiri daripada lebih 450 pelajar dan 50 guru termasuk kakitangan. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum di dalam daerah Cameron Highlands.

Bengkel Gemini Certified Educator SK Tanah Rata Siri 2 2026Hari: KhamisTarikh: 12 Mac 2026Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petan...
12/03/2026

Bengkel Gemini Certified Educator SK Tanah Rata Siri 2 2026

Hari: Khamis
Tarikh: 12 Mac 2026
Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat: Makmal Komputer SK Tanah Rata
Fasilitator: Teacher Noraini (GPGD CH)

πŸ›‘ Bengkel ini bertujuan membantu guru dan AKP untuk memperoleh pengiktirafan Gemini Certified Educator melalui latihan dan penerokaan fungsi utama Gemini.

πŸ›‘ Bengkel ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Dalina binti Mohamed Ariffin (Guru Besar SKTR).
Kehadiran beliau dalam bengkel ini menunjukkan sokongan dan komitmen beliau yang berterusan terhadap pelaksanaan program-program yang memberi impak positif kepada sekolah.

πŸ›‘ Seramai 10 orang guru & 8 org AKP telah berjaya mendapatkan sijil Gemini Certified Educator pada hari ini. Semoga guru-guru & AKP sentiasa bersemangat meneroka pelbagai elemen digital yang menarik untuk pembangunan diri.

Tahniah & syabas diucapkan !

πŸ“– PROGRAM IHYA RAMADAN 2026πŸ“– Tadarus Al-Quran⏰ Masa: Waktu RehatProgram menyemarakkan sambutan Ihya Ramadan serta membud...
12/03/2026

πŸ“– PROGRAM IHYA RAMADAN 2026

πŸ“– Tadarus Al-Quran
⏰ Masa: Waktu Rehat

Program menyemarakkan sambutan Ihya Ramadan serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan warga sekolah.

Semoga program ini dapat menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran dan membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia. πŸŒ™

11/03/2026

πŸŒ™ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ & π’πŽπ‹π€π“ π“π€π‘π€π–πˆπ‡ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Iftar dan Solat Tarawih Perdana SK Tanah Rata, semalam.

Majlis ini bukan sahaja utk mengeratkan hubungan silaturahim malah memberi peluang kepada semua untuk menghayati keindahan bulan Ramadan & menyemai kecintaan mereka terhadap ibadah sejak usia muda.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Bengkel Gemini Certified Educator SK Tanah RataHari: Isnin Tarikh: 9 Mac 2026Masa: 2.00 Petang - 5.00 PetangTempat: Makm...
09/03/2026

Bengkel Gemini Certified Educator SK Tanah Rata

Hari: Isnin
Tarikh: 9 Mac 2026
Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat: Makmal Komputer SK Tanah Rata
Fasilitator: Teacher Noraini (GPGD CH)

πŸ›‘ Bengkel ini bertujuan membantu guru untuk memperoleh pengiktirafan Gemini Certified Educator melalui latihan dan penerokaan fungsi utama Gemini.

πŸ›‘ Seramai 19 orang guru SKTR telah berjaya mendapatkan sijil Gemini Certified Educator pada hari ini. Semoga guru-guru sentiasa bersemangat meneroka pelbagai elemen digital yang menarik untuk pembangunan diri serta penambahbaikan kaedah pengajaran.

Tahniah & syabas diucapkan !

PENYAMPAIAN BUTTON BADGE KEHADIRAN PENUH DAN SAHSIAH TERPUJI BULAN JANUARI & FEBRUARI 2026Seorang murid dari setiap kela...
09/03/2026

PENYAMPAIAN BUTTON BADGE KEHADIRAN PENUH DAN SAHSIAH TERPUJI BULAN JANUARI & FEBRUARI 2026

Seorang murid dari setiap kelas telah dipilih untuk menerima button badge ini.
Semoga ianya dapat menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada anak-anak SK Tanah Rata untuk hadir ke sekolah.

Tahniah & syabas anak-anak yang terpilih.

πŸ›‘ UNIT HEM SK TANAH RATA 2026

PERHIMPUNAN MINGGU 9 (9 MAC 2026)Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan 8- Cikgu Aqlili- Teacher Noraini- Teacher Suhaidzan- C...
09/03/2026

PERHIMPUNAN MINGGU 9 (9 MAC 2026)
Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan 8
- Cikgu Aqlili
- Teacher Noraini
- Teacher Suhaidzan
- Cikgu Farahdila
- Ustaz Saifullah

πŸ›‘ Penyampaian Hadiah kepada murid yang mendapat 9A dalam UPKK 2025
β€’ Nur Alisya Zahra (6K)
β€’ Siti Nur Maisarah (6K)
β€’ Aisyah Irdina (6K)
β€’ Alisya Nur Medina (6K)

πŸ›‘ Penyampaian Hadiah 20th SPU Invitational Taekwondo Championship 2026
β€’ Nur Ayra Medina (Silver Medal)
β€’ Syaufa Imaani (Bronze Medal)

πŸ›‘ Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Al Quran dan Tulisan Khat Peringkat Daerah Cameron Highlands 2026
β€’ Muhammad Ardhani (Tempat Ketiga Pertandingan Tulisan Khat)
β€’ Nur Amna (Tempat Ketiga Tilawah Al Quran)
β€’ Muhammad Ammar Firas (Penyertaan Tilawah Al Quran)

Tahniah anak-anak hebat !

Program Quran Hour & Ceramah Ramadan Cameron Highlands 2026 Anjuran Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH)Hari: Kh...
07/03/2026

Program Quran Hour & Ceramah Ramadan Cameron Highlands 2026 Anjuran Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH)

Hari: Khamis
Tarikh: 5 Mac 2026
Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah
Penceramah Jemputan: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Guru Pengiring: Ustaz Mohd Zuhaili

Peserta:
πŸ›‘ Ahmad β€˜Aqeel Nawfal (6B)
πŸ›‘ Faris Raikal (6B)
πŸ›‘ Muhammad Ammar Haziq (6B)
πŸ›‘ Saifullah Al Faris (6B)

Pertandingan Tilawah Al-Quran & Tulisan Khat Peringkat Daerah Cameron Highlands 2026Hari: KhamisTarikh: 5 Mac 2026Tempat...
07/03/2026

Pertandingan Tilawah Al-Quran & Tulisan Khat Peringkat Daerah Cameron Highlands 2026

Hari: Khamis
Tarikh: 5 Mac 2026
Tempat: SMKSAS
Guru Pengiring: Ustaz Kamaruzaman

Pencapaian πŸ…
πŸ›‘ Nur Amna (6K) - Tempat Ketiga Pertandingan Tilawah Al Quran
πŸ›‘ Muhammad Ardhani (5K) - Tempat Ketiga Pertandingan Tulisan Khat
πŸ›‘ Nurraihah Insyirah (5K) - Tempat Kelima Pertandingan Tulisan Khat
πŸ›‘ Muhammad Ammar Firas (5K) - Penyertaan Tilawah Al Quran

Syabas anak-anak hebat SKTR !

Sesi Smartboard Training bersama pihak JOIAlhamdulillah. SKTR telah menerima 2 buah smartboard lagi untuk kegunaan kelas...
07/03/2026

Sesi Smartboard Training bersama pihak JOI

Alhamdulillah. SKTR telah menerima 2 buah smartboard lagi untuk kegunaan kelas 6 Kreatif & 4 Kreatif hasil sumbangan dari TNB Malaysia & PIBG SK Tanah Rata. Ianya sebagai satu langkah ke arah pendidikan digital di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

Sesi latihan yang diadakan oleh pihak JOI membantu guru-guru untuk meneroka smartboard yang bakal digunakan untuk sesi PdPc nanti.

Seramai lebih 40 orang murid anak yatim, asnaf dan murid asrama telah disantuni dalam suasana penuh kasih sayang dan keb...
04/03/2026

Seramai lebih 40 orang murid anak yatim, asnaf dan murid asrama telah disantuni dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan sempena Majlis Iftar Ramadan SK Tanah Rata 2026 di Hotel Zenith Cameron Highlands,semalam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta tetamu kehormat, Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Ab Muhaimin bin Ab Hamid atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

Semoga usaha kecil ini menjadi amal soleh yang diganjari pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan yang mulia.🀍

Alhamdulillah, ✨ Inilah permulaan perjalanan melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berjiwa besar.Majlis Wa...
04/03/2026

Alhamdulillah,

✨ Inilah permulaan perjalanan melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berjiwa besar.

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik SKTR Sesi 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Sebuah penghargaan buat mereka yang terpilih, dan sebuah amanah besar yang kini terpikul di bahu setiap pemimpin cilik.

Detik ini bukan sekadar simbolik penyerahan watikah, tetapi bermulanya sebuah perjalanan panjang membentuk jati diri, memupuk keberanian, mengasah kepimpinan dan membina sahsiah unggul.

Semoga setiap langkah yang diatur menjadi latihan untuk masa depan, setiap cabaran menjadi kekuatan, dan setiap tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh integriti.

Address

SK Tanah Rata, Cameron Highlands
Cameron Highlands
39000

Telephone

+6054912202

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanah Rata, Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tanah Rata, Cameron Highlands:

Shortcuts

Share

Category