22/07/2026
π Tahniah diucapkan kepada kelas 3 Umar atas kejayaan merangkul Anugerah Kelas Paling Bersih dan Ceria! ππ
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama, disiplin serta komitmen semua murid bersama guru kelas dalam memastikan persekitaran bilik darjah sentiasa bersih, kemas dan kondusif untuk pembelajaran.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus mengamalkan budaya kebersihan dan menceriakan kelas masing-masing.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada warga kelas 3 Umar! Teruskan kecemerlangan. πβ¨
01/07/2026
ππ Rumah Kuning Juara!
Sorakan kemenangan bergema apabila Rumah Kuning dinobatkan sebagai juara! πβ¨ Tahniah diucapkan atas usaha, semangat dan kerjasama padu yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Kemenangan ini membuktikan bahawa perpaduan dan semangat berpasukan membawa kepada kejayaan yang gemilang! π₯π₯π
30/06/2026
π MAJLIS PENUTUP HARI SUKAN KAFA π
Alhamdulillah, tirai Hari Sukan KAFA telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah. Majlis penutup menjadi simbol penghargaan kepada semua peserta, guru, ibu bapa dan seluruh warga yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang, kerjasama serta nilai kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga segala kenangan indah dan pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang.
Jumpa lagi di Hari Sukan KAFA yang akan datang! πβ¨
30/06/2026
πͺ KUASA TARIKAN (Tarik Tali) πͺ
Acara yang paling dinanti dan penuh debaran! Setiap pasukan mengerah seluruh tenaga, menyusun strategi dan bekerjasama sebaik mungkin demi menarik kemenangan ke pihak masing-masing.
Sorakan penyokong yang bergema menambahkan lagi semangat para peserta, menjadikan acara ini antara yang paling meriah sepanjang Hari Sukan KAFA.
30/06/2026
π
HARI SUKAN KAFA π
β Gelung Emas β Menguji ketepatan, koordinasi dan kemahiran peserta dalam setiap lontaran.
π₯€ Kepit Cawan Pintar β Cabaran yang menguji keseimbangan, fokus dan ketangkasan mengendalikan cawan.
πββοΈ Makin Jauh Makin Sayang β Menguji kepantasan, daya tahan dan semangat peserta untuk terus mara hingga ke garisan penamat.
30/06/2026
π
HARI SUKAN KAFA π
π§ Titisan Juara β Menguji ketelitian, keseimbangan dan kerjasama dalam setiap langkah.
π₯ Sarang Emas β Cabaran yang memerlukan fokus, ketangkasan dan kawalan yang baik.
π§Ί Bakul Juara β Uji ketepatan balingan serta semangat berpasukan untuk mengumpul mata.
π€ Jalinan Perpaduan β Memupuk kerjasama, kesepakatan dan semangat perpaduan dalam kalangan peserta.
30/06/2026
π
HARI SUKAN KAFA π
Semangat kesukanan terus membara dalam setiap acara! πͺπ₯
β½ Penalti King β Uji ketepatan sepakan dan keberanian menjaringkan gol.
π¦ Lompat Si Cilik β Aksi lincah penuh semangat daripada si cilik.
π₯₯ Strike Nyoq β Cabaran unik yang menguji fokus, ketepatan dan kemahiran.
π₯€Sedutan Pantas β Sorotan ringkas aksi-aksi menarik sepanjang Hari Sukan KAFA yang penuh semangat dan keceriaan.
21/06/2026
ππ«ππ³
Di sebalik setiap warna, tersimpan semangat juang yang luar biasa. β€οΈπππ
21/06/2026
π©β¨ PERBARISAN HARI SUKAN 2026 β¨π©
Langkah seiring, semangat membara! π₯
Perbarisan bukan sekadar berjalan di padang, tetapi lambang disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan yang menjadi kebanggaan setiap rumah sukan. β€οΈπππ