Pusat Pengajian Darul 'Ilmi

Pusat Pengajian Darul 'Ilmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Darul 'Ilmi, Education, No 56, Jalan Cempaka 1, Taman Mutiara Cempaka Batu Kawan, Bukit Tambun.

09/09/2023
12/01/2022

🔊PENGAMBILAN BARU 🔊
Anak-anak masih lemah dalam membaca dan menulis jawi?

Anda tinggal di sekitar batu kawan?

Jom join kelas asas jawi kami! 😀

Pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp di nombor 0134505686

Selamat Tahun Baru 2022 buat semua warga PPDIPerbanyakan istighfar. Moga Allah ampunkan dosa kita. Tekadkan hati. Perbai...
31/12/2021

Selamat Tahun Baru 2022 buat semua warga PPDI
Perbanyakan istighfar. Moga Allah ampunkan dosa kita. Tekadkan hati. Perbaiki diri. Jadi hamba Allah yang lebih baik.
Letakkan Allah yang utama. Insya Allah yang lain akan menyusul.
Mohon maaf dari kami pihak pengurusan PPDI atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang pengurusan 2021.

Terima Kasih semua🌹

Kredit Foto : Zakri Rahman

Pengurusan Darul Ilmi,
Hana_Hassan.

C & P (Credit to the original author)Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu...
31/12/2021

C & P (Credit to the original author)

Ada satu hari tu aku pi solat kat Petronas. Lewat sikit aku sembahyang asar hari tu. Astaghfirullahala'zim.

Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan kot, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang. Tapi aku tetap follow dia.

Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.

Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.

Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku rilek j*p main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.

Bila masuk waktu maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat, dia tiba-tiba cakap kat aku 'jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..'

Allah, Allah. Rasa nak menitis air mata aku.

Solat maghrib, dia suruh aku jadi imam. Habis solat dia bisik kat aku 'Jaga solat dik. Jangan jadi macam pak cik, jangan..'

Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati. 😢😢

Allah kan, kalau Dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik.

'Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami..'

Amin 😢
Peringatan buat kita semua. Mudahan priority kita di Tahun2022. Allah yang utama.🤲

Perkongsian: DAKWAH

03/12/2021

رب ارحم هما كما ربياني صغيرا 🤲
Ampunilah dosa kedua ibu ayah kami ya Allah..kasihanilah mereka🤲

13/10/2021

Kelebihan Mencintai Al Quran
1. Tidak nyanyuk sampai tua.
2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.
3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.
4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.
6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.
Credit : Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis

🌹Pembuka bulan baru.🌹SEPTEMER 2021Moga kita terus istiqamah dalam membaca dan mempelajari AlQuran.🤲
01/09/2021

🌹Pembuka bulan baru.🌹
SEPTEMER 2021
Moga kita terus istiqamah dalam membaca dan mempelajari AlQuran.🤲

Teruskan membuat kebaikan. Kita ada Allah. Yang Maha Melihat.Tidak Pernah Tidur dan Tidak Buta. لا تخاف ولا تحزن !Salam ...
27/07/2021

Teruskan membuat kebaikan. Kita ada Allah. Yang Maha Melihat.
Tidak Pernah Tidur dan Tidak Buta.
لا تخاف ولا تحزن !

Salam Asar 🕌

Ustazah Hana,
Guru PPDI.

Misi Al-Mulk ♡
06/05/2021

Misi Al-Mulk ♡

🌹Alhamdulillah. PPDI bersama🌹.........................................................*copypaste*..........................
06/05/2021

🌹Alhamdulillah. PPDI bersama🌹.........................................................*copypaste*........................................................
Membawa misi al-Mulk ke seluruh dunia, kita gemakan langit dunia dengan kalam indah ini.

Penghayatan terhadap tiga motivasi diri yang terkandung dalam Surah al-Mulk dapat menyuntik motivasi diri kita agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan.

Melalui enam persoalan dan enam jawapan dalam Surah al-Mulk juga berupaya menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kita berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal di rumah, di pejabat atau di mana sahaja.

Bersama kita mengQURANkan BANGSA, mengIKHLASkan UMMAH menuju keharmonian sejagat.

Pada 24 Ramadan bersamaan 6 Mei 2021, bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. Semoga dunia ini dilimpahi dengan rahmat Allah SWT.

World

06/05/2021

Alhamdulillah.
Pengisian 24 Ramadan 1442 H.

WORLD "Misi Al-Mulk"

Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat anak-anak.
Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi generasi yang cintakan al-Quran dan mengamalkan nya. Berakhlak dengan akhlak al-Quran. Aaamiin.

Terima kasih kepada Perpustakaan Desa Batu Kawan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Moga Allah berkati.

Guru Pembimbing,
Hana._

🕌Salam 17 Ramadan 🕌📌Diturunkan al-Quran sebagai petunjuk.📌Berlaku perang pertama dalam islam (perang badar)Salam Nuzul Q...
29/04/2021

🕌Salam 17 Ramadan 🕌
📌Diturunkan al-Quran sebagai petunjuk.
📌Berlaku perang pertama dalam islam (perang badar)

Salam Nuzul Quran♡
💐“Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran.”🤲🏻

Ikhlas dari kami warga PPDI,
Hana_Hassan.

Kredit pic : Galeri Sentuhan Arif San

Address

No 56, Jalan Cempaka 1, Taman Mutiara Cempaka Batu Kawan
Bukit Tambun
14110

Telephone

+60134505686

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Darul 'Ilmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category