PASTI As-Salam, Assam Jawa

PASTI As-Salam, Assam Jawa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

29/01/2026

Selagi belum bebas selagi itu kita teruskan penerangan berkenaan sahabat kita di P@lestin.

Senarai program boleh rujuk diposter tertera,
Aturcara p**a boleh dapatkan daripada Negeri.

Kita dah sampaikan Garis Panduan untuk program dua hari ini, Khamis dan juga Jumaat.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat menambah semangat buat anak-anak PASTI bagi mempertahankan P@lestin.

"AL QUDZ dan GAZ4: ASPIRA KIAN HAMPIR!"

Lambakkan semua aktiviti di platform media sosial PASTI masing-masing.


29/01/2026
29/01/2026

Nanti bila KangKang (nama anak PASTI hebat berbangsa cina ini) habis belajar di PASTI Malaysia boleh daftar sebagai Alumni PASTI ye 😁

Seronok tengok perkembangan KangKang sejak dari awal masuk PASTI. Alhamdulillah PASTI di terima oleh semua masyarakat termasuk yang bukan Islam.

Semoga PASTI terus berusaha melahirkan generasi yang bijak, pintar dan Rabbani.

Boleh follow Tiktok ibu KangKang Zhur Er Chan :

https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-93J9gKqgM5A

Alumni PASTI yang belum berdaftar boleh daftar pada link dibawah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfX5I9P52E5dnVyeQEiNytBVpIE1TbnMaViLUQ8GHvWEEq8ow/viewform

29/01/2026

PASTI dah lahirkan jutaan 'graduan' sejak ditubuhkan pada era 1980-an sampai sekarang.

Dalam jutaan alumni ni, walaupun majoritinya kaum Melayu tapi ada juga alumni berbangsa India dan Cina.

Terkini, anak cilik berbangsa Cina, "Mohd Soleh" Kangkang yang dihantar oleh ibunya di PASTI Chaah Johor berjaya memanah banyak hati rakyat Malaysia.

Walaupun pembelajarannya di PASTI hanya sebagai transit beberapa bulan kerana ikut ibunya outstation, tapi beliau berjaya kuasai Bahasa Kebangsaan dengan baik seawal usia 2 tahun.

Kita mengimani firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."
(Surah al-Hujurat: 13)

Alhamdulillah di PASTI tiada diskriminasi. Hanya perpaduan yang berkiblatkan kesejahteraan masyarakat sejagat.

Kredit terbesar dijambakkan kepada ibu bapa Kangkang atas usaha dan perancangan mereka yang jelas untuk besarkan anak tersayang.

Bila bangsa lain hantar anak ke PASTI, tujuannya bukan untuk 'melayukan' anak mereka. Kepercayaan kolot ini hanya propaganda yang cuba ditanam pihak tidak bermoral terhadap institusi PASTI.

Tetapi kerana ibu bapa mereka percaya PASTI mampu membentuk anak-anak menjadi insan yang cintakan perpaduan tanpa melucutkan identiti dan asal-usul mereka pun.

Semestinya admin rasa sangat terpukul dengan tohmahan yang direjamkan kepada ibu bapa Kangkang atas usaha murni mereka.

Niat mulia sepasang suami isteri untuk berikan pendidikan kepada anak berusia 2 tahun dijadikan mangsa buli pihak tertentu. Tapi admin kagum dan bangga dengan respon ibu Kangkang yang pilih untuk tengok sudut positif melebihi negatif.

Dalam kisah Kangkang dan ibu bapanya ini kita boleh teladani erti iltizam dan dedikasi sepasang ibu bapa yang dambakan kemenjadian putera mereka.

Sewajarnya usaha ini diberikan sokongan tak berbelah bahagi. Hentikan spekulasi negatif hanya kerana seseorang itu berbeza corak fikirnya.

Admin sarankan para ibu bapa tanpa mengira bangsa untuk hantar anak ke PASTI bagi membentuk jati diri anak bangsa supaya cintakan perpaduan.

-Admin Jo-

29/01/2026
29/01/2026

Pn Zhu Er Chan dengan rela hatinya menghantar anaknya ke PASTI di Cha’ah, Johor.

Tapi bila tengok komen sebegini risau p**ak admin.

Sebenarnya kita duduk di negara apa? Kenapa sampai sebegitu sekali komentar yang dibuat?

Siap mention Firdaus Wong Wai Hung tu. Kita doa yang baik-baik aja.

Address

Lot 173, Jalan Makmur, Kampung Assam Jawa
Bukit Rotan
45700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI As-Salam, Assam Jawa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category