UBK Primary School of Umbrella Hill (School of Geniuses)

UBK Primary School of Umbrella Hill (School of Geniuses) unit bimbingan dan kaunseling

23/02/2023
13/02/2023
07/08/2017

Sistem Guru Online menjadi medium APDM, SAPS, SSO, EMIS, PAJSK, SPLG, EOPERASI, SMPK, SSDM, NKRA, ENAZIR,SPA8i, EPANGKAT, iTHINK, ESARANA, EGTUKAR, IPG, UPU

01/11/2011

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata ” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.” Lihatlah betapa bahayanya sikap s**a mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita.

30/10/2011
29/10/2011

»Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya

27/10/2011

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya – hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu – bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) – fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura – munafiq

3) Matlamat Ibadat :

Syahadah – syarat diterima amalan lain.
Solat – penghubung antara hamba dengan tuhannya – pertama dihisab .
Zakat – suburkan harta/ berkat – sucikan diri.
Haji – tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya – wajib segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa – syahwat dikengkang/ maksiat terhindar – sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

27/10/2011

10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan—————————-Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap———————Allah mencela manusia yang s**a bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. S**a marah-marah———————–Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki—————-Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil———————Rezeki yang Allah kurniakan lebih s**a disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah———————Ia termasuk sikap s**a status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia——————-Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong———————–Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan s**a bangga diri———————————-Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak———————————–Manusia jenis ini s**a meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

27/10/2011

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

Hak kpd kubur: membuang tabiat s**a mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, b*k berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat s**a mengumpat, warak, s**a membantu orang beriman dan s**a berjamaah.

Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak

Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Address

SK Bukit Payong
Bukit Payong
21400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK Primary School of Umbrella Hill (School of Geniuses) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UBK Primary School of Umbrella Hill (School of Geniuses):

Shortcuts

Share

Category