日新国中辅导处 Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK JIT SIN

日新国中辅导处 Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK JIT SIN 日新国中辅导处
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMJK JIT SIN, BUKIT MERTAJAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

📌 Lawatan sambil Belajar ke Vitrox CollegeTarikh : 5 Mei 2026 (Selasa)80 orang murid tingkatan 5 berpeluang menimba peng...
05/05/2026

📌 Lawatan sambil Belajar ke Vitrox College
Tarikh : 5 Mei 2026 (Selasa)

80 orang murid tingkatan 5 berpeluang menimba pengalaman lawatan sambil belajar berkaitan bidang kejuruteraan. Murid telah menjalani 2 bengkel yang sangat menarik iaitu "Sensor-Powered Night Light & Smart Factory War"

📚Lawatan ini bukan sekadar belajar, tetapi membuka minda pelajar tentang masa depan dalam bidang kejuruteraan 💡

📌 Pengurusan Tekanan: “Tenang Hadapi Tekanan”Tekanan akademik adalah perkara biasa dalam kehidupan pelajar — tetapi cara...
24/04/2026

📌 Pengurusan Tekanan: “Tenang Hadapi Tekanan”

Tekanan akademik adalah perkara biasa dalam kehidupan pelajar — tetapi cara kita menghadapinya membuat perbezaan 💭

Jangan biarkan stres menguasai diri. Ambil langkah kecil untuk kekal tenang dan fokus:
✨ Susun jadual belajar dengan bijak
✨ Ambil rehat yang mencukupi
✨ Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam & regangan ringan
✨ Luahkan perasaan kepada rakan atau guru yang dipercayai

Ingat, ketenangan adalah kunci untuk berfikir dengan jelas dan mencapai kejayaan 🌿
Jaga diri, urus emosi, dan hadapi tekanan dengan tenang! 💪

Poster Infografik dan video ini disediakan oleh murid tingkatan 2 Pembimbing Rakan Sebaya 🤩

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar bercakap, tetapi juga tentang mendengar, memahami, dan menyampaikan mesej dengan ...
23/04/2026

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar bercakap, tetapi juga tentang mendengar, memahami, dan menyampaikan mesej dengan jelas 💬

Melalui infografik ini, jom kita tingkatkan kemahiran komunikasi supaya lebih yakin berinteraksi, membina hubungan yang positif, dan mengelakkan salah faham dalam kehidupan seharian.

Ingat, komunikasi yang baik adalah kunci kepada kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, dan hubungan sesama manusia ✨

Poster Infografik ini disediakan oleh murid tingkatan 3 Pembimbing Rakan Sebaya 🤩

✨ Kenali Diri, Tetapkan Matlamat ✨Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah — dan langkah itu adalah mengenali diri ...
22/04/2026

✨ Kenali Diri, Tetapkan Matlamat ✨

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah — dan langkah itu adalah mengenali diri sendiri. 💭
Apakah kekuatan anda? Apakah minat anda? Ke manakah arah yang ingin dituju?

Dengan memahami diri, kita mampu menetapkan matlamat yang jelas dan lebih bermakna. 🎯
Matlamat bukan sekadar impian, tetapi panduan untuk kita terus melangkah dengan yakin.

Poster Infografik disediakan oleh murid tingkatan 5 Pembimbing Rakan Sebaya 🤩

02/04/2026

🌟 KEM BINA SAHSIAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2026 🌟

Pada 28 dan 29 Mac 2026, telah berlangsung dengan jayanya Kem Bina Sahsiah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2026 yang melibatkan semua ahli PRS bagi tahun ini.

Kem ini bertujuan membentuk sahsiah diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli PRS agar lebih bersedia menjalankan peranan sebagai rakan pembimbing yang berkesan di sekolah.

Diharapkan program ini dapat melahirkan ahli PRS yang berkeyakinan tinggi, berdaya saing dan sentiasa bersedia membantu rakan sebaya ke arah kesejahteraan bersama. 💪✨

📌 Program Pencegahan ScamTarikh: 30 April 2026 (Isnin)Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 3Penceramah: Ts. Lukas J. Ta...
02/04/2026

📌 Program Pencegahan Scam
Tarikh: 30 April 2026 (Isnin)
Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 3
Penceramah: Ts. Lukas J. Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Operion Ecommerce & Software Sdn. Bhd.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang bahaya penipuan dalam talian (scam) yang semakin berleluasa pada masa kini. Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis scam, taktik yang digunakan oleh scammer serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu para pelajar menjadi lebih peka, bijak serta berhati-hati dalam penggunaan teknologi dan media sosial.

📌 Program TEKAD Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan MalaysiaTari...
01/04/2026

📌 Program TEKAD Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia

Tarikh: 13 Mac 2026 (Jumaat)
Murid Terlibat: 10 Orang Wakil Pemimpin Murid Tingkatan 6 dan 3 Orang Murid Pengawas Tingkatan 5
Tempat: Dewan Terbuka, Pejabat Pendidikan Seberang Perai Tengah

Seramai 13 orang murid pemimpin SMJK Jit Sin telah menyertai Program TEKAD Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 pada 13 Mac 2026 bertempat di PPD Seberang Perai Tengah (SPT).

Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk mendapat penerangan yang lebih jelas tentang Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Semoga pengalaman ini dapat memupuk semangat kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan generasi pelajar yang berwawasan dan berdaya saing selaras dengan matlamat pendidikan masa hadapan.

愿你在新的一年里,心想的事都能成,盼望的梦都能圆。 ✨Gong Xi Fa Cai! 🧧Wishing everyone a Happy Chinese New Year filled with joy, good health, and ...
16/02/2026

愿你在新的一年里,心想的事都能成,盼望的梦都能圆。 ✨

Gong Xi Fa Cai! 🧧Wishing everyone a Happy Chinese New Year filled with joy, good health, and prosperity! May the new year bring good vibes, great fortune, and happy moments ahead ✨

📌 Program Dizigui SMJK Jit SinTarikh: 10 Februari 2026Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 1Penceramah: Puan Chin Cai Y...
16/02/2026

📌 Program Dizigui SMJK Jit Sin
Tarikh: 10 Februari 2026
Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 1
Penceramah: Puan Chin Cai Yan (Guru Bimbingan & Kaunseling SMJK Jit Sin)
Tajuk: "Pengenalan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling"

Program DIZIGUI SMJK Jit Sin telah melibatkan semua murid Tingkatan 1 dengan fokus kepada pengenalan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Diharapkan program ini dapat membantu murid mengenali peranan Guru Bimbingan & Kaunseling serta berani mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2025🎉🚗✈️ Sesi persekolahan 2025 melabuhkan tirai dengan bermulanya cuti persekolahan...
22/12/2025

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2025🎉🚗✈️
Sesi persekolahan 2025 melabuhkan tirai dengan bermulanya cuti persekolahan bermula dari 19 Disember 2025 - 11 Januari 2026.

Pelbagai aktiviti boleh dimanfaatkan sewaktu cuti berlangsung, jadi mestilah dirancang dengan sebaiknya supaya dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Selamat bercuti dan semoga semua murid kembali ke sekolah dengan semangat baharu serta azam yang lebih tinggi untuk mencapai kecemerlangan pada sesi persekolahan 2026.

📌 Program Dizigui SMJK Jit SinTarikh: 18 Disember 2025Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 3Penceramah: Cik Safirah dan...
19/12/2025

📌 Program Dizigui SMJK Jit Sin
Tarikh: 18 Disember 2025
Murid Terlibat: Semua Murid Tingkatan 3
Penceramah: Cik Safirah dan Puan Shau Hui Ping (Guru Bimbingan & Kaunseling SMJK Jit Sin)
Tajuk: "Tips Persediaan Pembelajaran di Tingkatan 4 dan Aktiviti Membentuk Kumpulan"

Program DIZIGUI melibatkan murid Tingkatan 3 telah dijalankan dengan taklimat berkaitan tips dan persediaan pembelajaran sebagai murid Tingkatan 4 pada tahun hadapan, agar murid lebih bersedia dari segi akademik dan mental menghadapi cabaran baharu.

Selain itu, turut diadakan aktiviti membentuk kumpulan mengikut bilangan yang ditetapkan bagi menguji kemahiran fokus, kerjasama dan kepatuhan terhadap arahan.📘✨

Address

Bukit Mertajam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 日新国中辅导处 Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK JIT SIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share