UBK SMK ALMA

Directions Website

UBK SMK ALMA LAMAN RASMI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALMA

TAHNIAH CALON SPM 2024! 💫🌹Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Alma mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SP...
23/04/2025

TAHNIAH CALON SPM 2024! 💫🌹

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Alma mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2024.

Majlis Penyerahan Keputusan SPM akan berlangsung pada:

Tarikh: Khamis, 24 April 2025
Masa: 10.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Seminar SMK Alma
Pakaian: Sopan, kemas dan menutup aurat

Semoga segala usaha selama ini membuahkan kejayaan yang membanggakan. Kami doakan yang terbaik buat anda semua!

[PROGRAM K-YOUTH TVET – SESI TEMU DUGA TERBUKA]Peluang keemasan untuk lepasan SPM yang berminat dalam bidang teknikal! S...
11/04/2025

[PROGRAM K-YOUTH TVET – SESI TEMU DUGA TERBUKA]

Peluang keemasan untuk lepasan SPM yang berminat dalam bidang teknikal! Sertai Program K-Youth TVET (BOLTS) yang menawarkan latihan sambil bekerja dengan elaun bulanan sebanyak RM1,700 serta sijil kemahiran yang diiktiraf (SKM3).

Maklumat Temu Duga Terbuka:
📅 Tarikh: 24 & 26 Mac 2025, 14 & 16 April 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Vitrox Academy, 74G, Persiaran Cassia Selatan 3, Batu Kawan Industrial Park, Bandar Cassia, Penang

Syarat Kelayakan:
✔️ Lepasan SPM
✔️ Berumur 17 – 23 tahun
✔️ Keputusan SPM tidak wajib semasa temu duga

Manfaat Program:
✅ Elaun bulanan RM1,700
✅ Yuran pengajian ditaja sepenuhnya
✅ Peluang sambung ke program lanjutan (ADI – Akademi Dalam Industri)

Daftar Sekarang!
Imbas kod QR di poster atau hubungi terus:
016-4509863 (Vitrox Academy)

Temu duga juga boleh dibuat secara online!

[MAKLUMAN SEMAKAN TEMU DUGA/ UJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2025/2026]Calon-calon yang telah memohon program pengajian ...
10/04/2025

[MAKLUMAN SEMAKAN TEMU DUGA/ UJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2025/2026]

Calon-calon yang telah memohon program pengajian bertemuduga dan/atau berujian ( #) dalam permohonan UPU fasa 1 baru-baru ini, boleh mula membuat semakan panggilan temu duga dan/atau ujian bermula pada:

14 April 2025 (Isnin)

Semakan boleh dibuat melalui pautan institusi/agensi pengajian tinggi yang terlibat seperti berikut:

UPSI: https://kemas**an.upsi.edu.my/
UTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran
UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaran
UiTM: https://pengambilan.uitm.edu.my/
UMK: https://capsule.umk.edu.my/admission/interview
UKM: https://appsmo.ukm.my/etemuduga/asasi/semakanasasi
UPNM: https://kemas**an.upnm.edu.my/temuduga
Politeknik & Kolej Komuniti: https://ambilan.mypolycc.edu.my/

Sila buat semakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan pastikan anda bersedia untuk sesi temu duga/ujian sekiranya terpilih.

Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ikram Bin Abd Latif atas pelantikan sebagai Penyelaras Psikometrik Tahun 2025 di...
09/04/2025

Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ikram Bin Abd Latif atas pelantikan sebagai Penyelaras Psikometrik Tahun 2025 di SMK Alma.

Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, dedikasi dan integriti demi kecemerlangan murid serta sekolah.

Terus maju jaya!

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN DIGITAL”



✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨"Sebesar mana pun dosa, keampunan Allah lebih luas. Sebesar mana pun silap, maaf manusia...
30/03/2025

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

"Sebesar mana pun dosa, keampunan Allah lebih luas. Sebesar mana pun silap, maaf manusia lebih indah."

Kami, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK ALMA, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kemaafan dalam kehidupan kita. 🌙💖

📢 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK ALMA 📢Kami di UBK SMK ALMA komited untuk membantu murid dalam pelbagai aspek kehidupan...
17/03/2025

📢 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK ALMA 📢

Kami di UBK SMK ALMA komited untuk membantu murid dalam pelbagai aspek kehidupan sekolah! Sama ada anda memerlukan bimbingan akademik, kaunseling individu, sokongan emosi, atau bimbingan kerjaya, kami sedia membantu.

🌟 Perkhidmatan UBK:
✅ Kaunseling Individu & Kelompok
✅ Bimbingan Akademik & Kerjaya
✅ Bimbingan Disiplin & Pembangunan Diri
✅ Intervensi Krisis & Sokongan Emosi

Jangan malu, jangan segan! Hubungi Cikgu Norhafiza atau Cikgu Ikram untuk sebarang pertanyaan atau sesi kaunseling.

📌 Kami di sini untuk anda!

"⏳ Tarikh Akhir Semakin Dekat! ⏳Calon guru masa depan, ini peringatan penting untuk anda! Permohonan PISMP 2025 akan dit...
14/03/2025

"⏳ Tarikh Akhir Semakin Dekat! ⏳

Calon guru masa depan, ini peringatan penting untuk anda! Permohonan PISMP 2025 akan ditutup pada 16 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke dunia pendidikan dan membentuk generasi akan datang.

Mohon segera sebelum terlambat! 🚀📚✨

‼️ Perhatian kepada lepasan SPM ‼️Permohonan UPU Fasa 1 akan ditutup tidak lama lagi!Kenapa penting untuk mohon Fasa 1?✅...
11/03/2025

‼️ Perhatian kepada lepasan SPM ‼️

Permohonan UPU Fasa 1 akan ditutup tidak lama lagi!

Kenapa penting untuk mohon Fasa 1?

✅ Dalam Fasa 1, anda boleh memohon mana-mana program tanpa tapisan syarat kelayakan.
✅ Apabila keputusan SPM sebenar keluar, sistem akan menapis dan hanya memaparkan kursus yang anda layak semasa fasa kemaskini.

Namun, bagi yang hanya memohon pada Fasa 2, tiada tapisan automatik – anda perlu menyemak sendiri syarat kelayakan bagi setiap kursus.

Jadi, jangan lepaskan peluang mohon pada Fasa 1 untuk memudahkan proses pemilihan nanti!

Jika masih keliru, dapatkan bantuan Guru Bimbingan & Kaunseling.

Majlis Pelantikan Guru Mentor PPGB 2.0, SMK ALMAPada 10 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Pelantikan Guru Mentor bagi P...
10/03/2025

Majlis Pelantikan Guru Mentor PPGB 2.0, SMK ALMA

Pada 10 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Pelantikan Guru Mentor bagi Program Pembangunan Guru Baharu 2.0 (PPGB 2.0) di SMK ALMA. Tahniah diucapkan kepada Puan Norhafiza Binti Yong atas pelantikan sebagai Guru Mentor, dengan amanah membimbing Encik Muhammad Ikram Bin Abdul Latif sebagai mentee dalam program ini.

Program ini selaras dengan panduan pelaksanaan PPGB 2.0 yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, bertujuan memperkasa peranan guru mentor dalam membimbing guru baharu untuk menyesuaikan diri dengan ekosistem pendidikan serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Semoga dengan pelantikan ini, bimbingan yang diberikan dapat membantu Encik Muhammad Ikram Bin Abdul Latif berkembang sebagai seorang pendidik yang profesional, berdaya saing, dan berkemahiran tinggi dalam dunia pendidikan.

.0

PENGAMBILAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2025/2026! ✨Adakah anda seorang yang prihatin, s**a membantu rakan, dan ingin ...
10/03/2025

PENGAMBILAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2025/2026! ✨

Adakah anda seorang yang prihatin, s**a membantu rakan, dan ingin menjadi sebahagian daripada pas**an yang berinspirasi? 🤝

📌 Siapa yang boleh menyertai?
Pelajar yang komited, berdisiplin & berminat dalam bidang kaunseling serta bimbingan rakan sebaya.

📅 Tarikh Tutup Permohonan: Jumaat (15/03/2025)

Jom jadi sebahagian daripada keluarga PRS dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan! 💙✨

Address

Jalan Bukit Minyak
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SMK ALMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share