Pra Tahfiz An-Nahdhoh

Pra Tahfiz An-Nahdhoh Salah satu pusat pengajian terbesar di utara. Memiliki 4 cawangan beserta 500 orang pelajar

21/08/2026

Diantara beberapa lensa video yang sempat diambil semasa para pelajar sesi petang dan malam dalam mempersembahkan bacaan surah hafazan pada program 'Terjah Hafazan' yang berlangsung kelmarin di Pra Tahfiz An Nahdhoh Kulim.

21/08/2026

Kena baca hafazan + baca hadapan ramai + pakai pembesar suara + kawan tengah menyakat

Diantara gelagat yang sempat dirakam semasa program 'Terjah Hafazan' sebagai kenang-kenangan dua sahabat di Perkhidmatan Transit Pra Tahfiz An Nahdhoh Kulim.

Difahamkan mereka berdua pernah sekolah sekali tahun 4 dan 5 namun tahun 6 mereka berpisah tempat persekolahan mereka. Tetapi bertemu di Perkhidmatan Transit selepas pulang waktu persekolahan harian.

Didoakan semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh serta taat pada Ibu ayah.

Diantara pelajar yang terlibat dalam program 'Terjah Hafazan' sesi petang dan malam bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsun...
21/08/2026

Diantara pelajar yang terlibat dalam program 'Terjah Hafazan' sesi petang dan malam bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsung di Pra Tahfiz An Nahdhoh Kulim kelmarin.

Terima kasih juga diucapkan buat salah seorang pelajar sesi petang yang telah menyumbang beberapa hadiah kecil koleksinya kepada rakan-rakannya yang lain mengikut penilaian bersama tahap hafazan, adab dan akhlak.

Tak semua pelajar ada kebolehan tersebut. Ibu Ayah yang hebat melahirkan anak yang hebat. Tahniah juga buat semua anakanda PTANKU yang telah menjaya program semalam. Jangan lupa teruskan ulangkaji bacaan, hafazan serta istiqamah untuk hadir ke kelas.

TABUNG SUMBANGAN PEMBAIKAN BUMBUNG & PALONG AIR DAPUR PRA TAHFIZ AN NAHDHOH KULIM Rm1,000Rm100Rm10Rm1️⃣ pun kami terimaA...
20/08/2026

TABUNG SUMBANGAN PEMBAIKAN BUMBUNG & PALONG AIR DAPUR PRA TAHFIZ AN NAHDHOH KULIM

Rm1,000
Rm100
Rm10
Rm1️⃣ pun kami terima

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mohon bantuan dan keprihatinan para ibu ayah, pewakaf serta seluruh sahabat PTANKU. 🤲

Sejak kebelakangan ini, hujan yang kerap turun telah menyebabkan kebocoran pada bahagian bumbung Lama yang uzur serta kerosakan palong air, khususnya di bahagian dapur dan tempat makan harian pelajar Transit.

Keadaan ini perlu dibaiki dengan segera bagi memastikan kawasan dapur dan tempat makan pelajar berada dalam keadaan selamat, bersih dan selesa, terutama ketika hujan.

Keperluan pembaikan segera (sedang berlangsung):

- Penukaran bahagian bumbung yang rosak dan bocor

- Pembaikan/penukaran palong air yang rosak

- Kerja-kerja berkaitan bagi mengelakkan air hujan terus masuk ke kawasan dapur dan tempat makan pelajar

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI:

📲 QR Code / DuitNow
🏫 Tabung Sekolah
👨‍🏫 Guru Bertugas
🏢 Pihak Pengurusan PTANKU

Walaupun sedikit, setiap sumbangan amat bermakna dan sangat membantu pihak PTANKU menyelesaikan keperluan pembaikan ini dengan segera.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah dan pahala yang terus mengalir kerana membantu menyediakan tempat yang lebih baik dan selesa untuk anak-anak pelajar menuntut ilmu. 🤲

جزاكم الله خيراً

Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan semua.

Diantara para peserta Khatam daripada Pra Tahfiz An Nahdhoh Sungai Kob pada tahun yang lalu di Yayasan An-Nahdhoh Pulau ...
19/08/2026

Diantara para peserta Khatam daripada Pra Tahfiz An Nahdhoh Sungai Kob pada tahun yang lalu di Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang

Nak tengok sikit gambar anakanda Perkhidmatan Transit minum petang boleh ??Boleh. Nie haa, suasana minum petang anakanda...
19/08/2026

Nak tengok sikit gambar anakanda Perkhidmatan Transit minum petang boleh ??

Boleh.

Nie haa, suasana minum petang anakanda Perkhidmatan Transit di Pra Tahfiz An Nahdhoh Kulim yang sempat diambil pada minggu yang lalu. Menu petang harian yang disediakan membuatkan anakanda transit happy² jer selalu sebagai alas perut sebelum pulang ke rumah.

Semua dijemput hadir
19/08/2026

Semua dijemput hadir

17/08/2026

'Tangga Kejayaan' inilah yang selalu digunakan oleh para pelajar di Pra Tahfiz An Nahdhoh terutama Perkhidmatan Transit dimana naik atas untuk persiapan diri, turun untuk mengaji, naik semula untuk minum petang dan turun untuk pulang bertemu Ibu Ayah tercinta.

Pihak sekolah juga akan menaiktarafkan lagi laluan ini pada masa akan datang bergantung kepada kewangan yang ada demi untuk keselesaan, keceriaan dan keselamatan hampir 30 orang pelajar transit dan 100 orang pelajar pengajian bersesi.

Kepada yang pemurah hati dan dermawan bolehlah hubungi kami untuk membantu merealisasikannya.

Send a message to learn more

Address

Wisma An Nahdhoh, 843, Mukim 5, Kg Petani
Bukit Mertajam
14400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pra Tahfiz An-Nahdhoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pra Tahfiz An-Nahdhoh:

Shortcuts

Share