SRITI Al Aqsa

SRITI Al Aqsa

Share

SRITI Al-Aqsa (Alma,Bukit Mertajam)
Pendaftaran boleh hubungi Mudirah :
0136410016 (Ustazah Farhani)

15/06/2026

PENDAFTARAN SRITI AL-AQSA BUKIT MERTAJAM KINI DIBUKA

SRITI AL-AQSA 2027
MURID TAHUN 1, 2 & 3

Jemput masuk group ini untuk sebarang pertanyaan berkenaan SRITI Al-Aqsa dan juga saluran info dari pihak sekolah.

https://chat.whatsapp.com/KMdVZhX82AvBf27Rw7gBMS?mode=gi_t

Untuk mendaftar, boleh mengisi google form berikut :

https://forms.gle/jVaADbuvXbKN7vYL6

Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan :
Ustazah Farhani (Mudirah)
wasap.my/60136410016/daftar2027

atau

Ustazah Ilyana
wasap.my/601161474700/daftar2027

08/06/2026

๐Ÿ“š Hari ini bermulanya Penilaian Pertengahan Sesi 2026 ๐Ÿ“š

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SRITI Al-Aqsa Bukit Mertajam.

Semoga diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

29/05/2026

๐ŸŒนSUMBANGAN DERMA KILAT KEMATIAN๐ŸŒน

Assalamualaikum wbt,

Dukacita dimaklumkan, Bapa kepada Ustaz Ibrahim Ani(Timbalan Pengerusi 1 SRITI Al-Aqsa) & Mertua kepada Ustazah Farhani (Mudirah SRITI Al-Aqsa) telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2026.

Sehubungan dengan itu, pihak ALP membuka tabung derma kilat supaya sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

๐Ÿ“Œ Maklumat Sumbangan
Bank: AGRO
No Akaun: 1007541000017326
Nama: SRITI AL-AQSA
Ref: Derma Kilat

Kutipan dibuka sehingga 4 Jun 2026

Semoga segala sumbangan ikhlas tuan/puan menjadi saham akhirat, diganjarkan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.

โ€œBarangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan hari kiamat.โ€ (HR. Muslim)

27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga SRITI Al-Aqsa Bukit Mertajam.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus mekar dalam diri kita semua. ๐Ÿค

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan rahmat buat seluruh keluarga.
Maaf zahir & batin. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

16/05/2026

Selamat Hari Guru ๐ŸŒน

Khas buat seluruh guru-guru SRITI AL AQSA
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan atas segala pengorbanan, kesabaran, keikhlasan serta usaha mendidik anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan pembimbing yang membentuk akhlak, mencorak masa depan dan menerangi jalan kehidupan anak-anak.

Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ganjaran yang berlipat ganda.

Ikhlas dari,
Pengerusi ALP
dan Saff kepimpinan ALP,
SRITI Al-Aqsa

Photos from SRITI Al Aqsa's post 14/05/2026

๐Ÿ“ ๐๐ž๐ง๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฌ ๐“๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐ฅ-๐€๐ช๐ฌ๐š

Alhamdulillah, pihak pengurusan SRITI Al-Aqsa telah mengadakan sesi peninjauan ke sebuah premis yang dirancang sebagai ruang tambahan bagi menampung keperluan SRITI Al-Aqsa yang semakin berkembang.

Peninjauan ini telah dihadiri oleh Pengerusi ALP, Encik Anuar, Pengerusi JIBG, Encik Zahid serta Mudirah, Ustazah Farhani bagi melihat kesesuaian premis dari sudut kemudahan, ruang pembelajaran dan keselesaan warga sekolah.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan dipandu Allah SWT. Didoakan agar usaha ini menjadi asbab kepada lahirnya lebih ramai generasi rabbani serta memberi manfaat yang besar kepada ummah. ๐Ÿคฒโœจ


01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pendidik dan kakitangan.
Jasa kalian mendidik, membimbing dan mengurus tidak ternilai harganya.

Terima kasih atas komitmen, kesabaran dan keikhlasan yang dicurahkan saban hari demi memastikan perjalanan pendidikan terus lancar.
Semoga setiap usaha ini menjadi amal yang berpanjangan dan diberkati.

Want your school to be the top-listed School/college in Bukit Mertajam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taman Alma Jaya
Bukit Mertajam
14000