20/08/2026
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB UPKK 2026
Pada 19 Ogos yang lalu, para pelajar telah mengikuti Seminar Teknik Menjawab UPKK yang disampaikan oleh Ustaz Nazri bin Othman bagi subjek Jawi dan Bahasa Arab.
Sesi pertama berlangsung dari jam 8.00 hingga 9.30 pagi dengan pengisian bagi subjek Jawi, sebelum diteruskan dengan sesi Bahasa Arab dari jam 10.00 hingga 11.30 pagi.
Sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar menunjukkan semangat dan komitmen yang sangat baik. Pengisian yang menarik, santai serta menghiburkan berjaya menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
Semoga segala ilmu, teknik dan panduan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPKK nanti. Semoga berjaya anak-anak SRIBU!