25/04/2026
📢 Kemasukan Pelajar Baharu Dibuka!
Maahad Tahfiz Annahdhoh membuka pengambilan sesi Mei & Jun 2026 ✨
Tempat terhad!
📞 Hubungi kami untuk pendaftaran segera. 019-285 8621
Mahad Tahfiz An-Nahdhoh Pulau Pinang
843 Mukim 5, Kampung Petani
Kubang Semang
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. No Admin: 019-2858621
25/04/2026
📢 Kemasukan Pelajar Baharu Dibuka!
Maahad Tahfiz Annahdhoh membuka pengambilan sesi Mei & Jun 2026 ✨
Tempat terhad!
📞 Hubungi kami untuk pendaftaran segera. 019-285 8621
31/03/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 atas pencapaian dan kejayaan yang diraih.
Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dalam mengejar impian serta menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Selamat maju jaya.
Tahniah dan syabas!
Ikhlas dari:
Tuan Guru Hj Abdul Mutalib Hj Maarof P.K.T
YDP Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang
18/03/2026
“Alumni mana lagi ni tak muncul? 👀 Jangan malu-malu… mai share gambar kat ruang komen, kasi meriah sikit!”
⸻
Ucapan Penghargaan Alumni
Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdhoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang sudi meluangkan masa hadir ke Majlis Penutup Ihya’ Ramadan.
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna serta menyemarakkan lagi kemeriahan dan keberkatan majlis ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, dan segala pengorbanan serta sokongan yang diberikan diberkati oleh Allah SWT.
جزاكم الله خيرا كثيرا
Ikhlas daripada,
Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdhoh
18/03/2026
Ucapan penghargaan & Penyampaian Hadiah Galakan
Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdoh dengan penuh rasa syukur dan penghargaan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Imam Tarawih atas kesudian memimpin solat sepanjang Program Ihya’ Ramadan di Madrasah An-Nahdhoh.
Segala jasa, pengorbanan masa dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini.
Sebagai tanda penghargaan, pihak kami turut menyampaikan hadiah galakan sebagai simbol terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Semoga segala amal ini diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, serta terus istiqamah dalam perjuangan menyebarkan syiar Islam.
جزاكم الله خيرا كثيرا
Ikhlas daripada,
Pihak Maahad Tahfiz An-Nahdoh
18/03/2026
16/03/2026
Sempena 27 Ramadan, An-Nahdhoh buka peluang kpda followers untk sumbang RM1 untuk aktiviti Dakwah . Hanya RM1.00 boleh?
Boleh tak bantu Like, komen & share untuk lebih ramai dapat manfaat , Jazaakumullah
Mencari 500 penderma yang sudi kongsi rezeki bersama pelajar Maahad Tahfiz An-Nahdhoh sempena bulan ramadan ini.
Sumbangan RM10 atau seikhlas hati. Segala butiran ada diruangan komen. Terima kasih☺️
Petang itu, halaman An-Nahdhoh dipenuhi wajah-wajah yang sarat rindu dan doa. Waris datang dengan senyum yang sederhana, namun cukup bermakna. Anak-anak tahfiz duduk bersila, menanti azan dengan hati yang tenang, seolah-olah setiap detik petang Ramadan itu sedang ditulis indah oleh langit sendiri.
Saat azan berkumandang, tangan-tangan yang menadah doa bergetar penuh syukur. Kurma dan air menjadi saksi pertemuan jiwa—berbuka puasa dalam suasana sederhana, tapi kaya dengan kasih dan keberkatan.
Usai menjamah rezeki, saf-saf solat tersusun rapi. Maghrib, kemudian Isyak dan Terawih didirikan berbumbungkan langit luas. Angin malam menyapa lembut, bintang bertabur seperti lampu-lampu kecil yang turut menjadi makmum. Di bawah hamparan langit itu, suara alunan ayat suci bergema, menyatu antara anak-anak, dan waris—sebuah malam yang tak hanya mengenyangkan perut, tetapi menghidupkan hati.
Terima Kasih Waris Maahad Tahfiz An-Nahdhoh
Terima kasih waris yang bawa makanan untuk dikongsi
Japp min nak tanya ni ada tak waris yg ambil gambar? Share kat min dekat ruang komen min nk upload boleh???
Min tak dan nak tangkap gambar semua sebab kalut dok belek belek menu juadah hehehe
20/11/2025
Alhamdulillah, pada 19 November 2025 telah berlangsung Kejohanan Kuda Lasak, bertempat di Laman Ekuestrian Taman Tasik Serdang. Kejohanan ini dianjurkan oleh Eq Services & Majlis Daerah Bandar Baharu Kedah.
Terdapat 3 acara dipertandingkan iaitu :
📍 Kembara Berkuda
📍Barrel Race
📍Musical Chair
Dan Maahad Tahfiz An Nahdhoh menghantar 6 wakil pelajar Maahad ini untuk kesemua 3 acara tersebut.
Alhamdulillah, paling menggembirakan apabila kesemua acara ini dimenangi oleh para pelajar MATAN.
Ucapan tahniah diucapkan untuk adik Hasbullah, Niel Karl Darwisy, Amsyar Qusyairi, Fathi, Aufa Rifqi, dan Aniq Hanif kerana telah berjaya memenangi acara tersebut sekaligus mengharumkan nama Maahad. Semoga terus maju jaya dalam sukan sunnah ini.
Ok jom tengok gambar sekitar kejohanan semalam. Video admin upload di story ya.
12/11/2025
Serampang dua mata pemimpin Islam Selatan Thai bersama Yayasan An Nahdhoh Pulau Pinang.
Alhamdulillah, pada 11hb November 2025, telah berlangsung pertemuan ringkas antara delegasi An Nahdhoh dengan pemimpin Islam sempadan Selatan Thai bersama para pelajar.
Diharapkan usaha sama ini dapat memberi manfaat buat kedua-dua belah pihak.
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 12:00 |