Madrasah Manabi'ul Ulum Rasmi

Directions

Madrasah Manabi'ul Ulum Rasmi Madrasah Manabi'ul Ulum diasaskan pada tahun 1932 oleh Sheikh Osman Jalaluddin

Alhamdulillah, seramai 7 orang calon SPM MMU 2026 telah dijemput menyertai KEM PEJUANG MATEMATIK 3.0 SPM 2026 yang diada...
23/09/2026

Alhamdulillah, seramai 7 orang calon SPM MMU 2026 telah dijemput menyertai KEM PEJUANG MATEMATIK 3.0 SPM 2026 yang diadakan di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), Balik Pulau pada 18 hingga 20 Sep 2026.

21/09/2026

Persembahan qasidah @ Ihtifal MMU 2026

19/09/2026
الحمد لله ثم الحمد للهMAJLIS IHTIFAL SANAWI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MADRASAH MANABI'UL ULUM 2026Alhamdulillah telah b...
17/09/2026

الحمد لله ثم الحمد لله

MAJLIS IHTIFAL SANAWI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MADRASAH MANABI'UL ULUM 2026

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya biiznillah Majlis Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan MMU 2026.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah sempena majlis tersebut.

Jutaan terima kasih juga semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Juga tidak dilupakan semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus menjayakannya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
بارك الله في جهودكم
وجزاكم الله خير الجزاء

KEJOHANAN SUKAN KOKUSAR 2026Tarikh : 21/5/2026Acara: BadmintonVenue: Dewan badminton BerapitAlhamdulillah, telah berlang...
22/05/2026

KEJOHANAN SUKAN KOKUSAR 2026

Tarikh : 21/5/2026

Acara: Badminton

Venue: Dewan badminton Berapit

Alhamdulillah, telah berlangsung pertandingan badminton peringkat sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh Pulau Pinang.

Terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing, guru pengiring dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara tersebut.





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِSetinggi-tinggi tahniah dan doa kami iringkan buat tenaga pengajar MMU, Ustaz Mohd Y...
19/05/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Setinggi-tinggi tahniah dan doa kami iringkan buat tenaga pengajar MMU, Ustaz Mohd Yusoff bin Abd Mutalib Al-Yamani atas keberangkatan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan perjalanan yang dipermudahkan, kesihatan yang baik, ibadah yang diterima, serta memperoleh haji yang mabrur dan dosa-dosa yang diampunkan.

Firman Allah SWT:
وَأَتِمُّوا۟ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ
“Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.”
— Surah al-Baqarah: 196

Doa kami mengiringi pemergian insan yang banyak menabur bakti kepada masyarakat dan agama. Semoga pulang nanti membawa keberkatan dan rahmat buat semua.

Kami juga mendoakan agar segala amal ibadah sepanjang berada di bumi Makkah dan Madinah dipenuhi keberkatan, ketenangan serta rahmat daripada Allah SWT.

Selamat berangkat ke Tanah Suci.
Semoga pulang membawa keberkatan buat keluarga, masyarakat dan ummah.

اللهم تقبل حجّه واغفر ذنبه ويسّر أمره
حجا مبرورا وسعيا مشكورا وذنبا مغفورا وتجارة لن تبور

Labbaikallahumma Labbaik… 🤍🕋









Address

Bukit Mertajam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Manabi'ul Ulum Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category