22/09/2026
🕌 HEBahan KULIAH MAGHRIB 🕌
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat sekalian, jom kita luangkan masa untuk menyuburkan kembali hati yang mungkin sudah lama keras dan lelah dengan urusan dunia.
Dengan segala hormatnya, kami menjemput anda semua untuk menghadiri:
Majlis Ilmu Tasawuf "Menyucikan Hati, Mendekatkan Diri kepada Ilahi"
Bersama
👤 Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abdul Wahab
(Mudir, Madrasah Ihya Ulumuddin, Pulau Pinang)
📅 Tarikh: Rabu, 23 September 2026
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Permatang Janggus, Seberang Perai Tengah
📚 Pembukaan Kitab Tasawuf:
Tanwir Al-Qulub Fi Isqat Tadbir Al-Uyub karangan Syeikh Usman Syihabuddin atau lebih dikenali dengan gelaran Syeikh Usman Pontianak
(Terjemahan kepada kitab Tanwir Fi Isqat Al-Tadbir)
Karya: Tajuddin Abu Al-Fadhl Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin 'Ata'illah Al-Sakandari
Keseluruhan kitab ini berpaksikan satu asas tasawuf: tiada jalan menuju Allah dengan tawakkal yang sempurna melainkan dengan melepaskan diri daripada urusan (tadbir) bersama Allah — iaitu meninggalkan pengurusan dan pilihan kepentingan diri sendiri, menyerahkan urusan rezeki dan takdir kepada Allah Taala, serta keluar daripada sikap degil dan menentang ketetapan-Nya
Pengarang membuka kitab dengan kata-kata masyhur beliau:
"Ketahuilah bahawa maqamat keyakinan itu ada sembilan: taubat, zuhud, sabar, syukur, takut, berharap, tawakkal, cinta (mahabbah), dan redha. Tiadakah satu pun daripada maqamat ini menjadi sah melainkan dengan melepaskan diri daripada pengurusan dan pilihan bersama Allah; kerana sebagaimana seseorang yang bertaubat wajib bertaubat daripada dosanya, dia juga wajib bertaubat daripada pengurusan bersama Tuhannya; kerana pengurusan (tadbir) dan memilih itu termasuk dosa-dosa besar hati"
Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu dan menyucikan hati.
Jom sama-sama kita dengar nasihat dan peringatan. Ilmu ini bukan sekadar teori, tapi amalan untuk kita bawa ke alam baqa. Sila hadir dan ajak keluarga serta sahabat handai. Semoga beroleh keberkatan.