PPKI SMK Taman Sejahtera

PPKI SMK Taman Sejahtera * Ditubuhkan pada 2 Februari 2018
* 2 orang guru (Pn Zulihi & Pn Suhaila)
* 1 orang PPM (Pn Norhafizawaty)
* 10 orang Murid Berkeperluan Khas (kini 14 org)

08/12/2025

Antara momen Hari Apresiasi dan Anugerah Cemerlang pada Jumaat lalu.

Tahniah kepada barisan guru yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis dan sekalung penghargaan buat semua anak-anak PPKI🌹🥰

Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan PPKI SMK TAMAN SEJAHTERA sebagai penutup sesi 2025. Tahniah kepada semua pen...
05/12/2025

Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan PPKI SMK TAMAN SEJAHTERA sebagai penutup sesi 2025. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan kepada pelajar yang tamat persekolahan. Semoga beroleh kajayaan di masa depan . Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memberi sokongan , ibu bapa yang sentiasa prihatin dan semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program khas ini.

Aktiviti malam . Bergambar di KLCC dan Jambatan Saloma. Berjalan ke Saloma link hampir 1 km pergi balik membuatkan masin...
05/09/2025

Aktiviti malam . Bergambar di KLCC dan Jambatan Saloma. Berjalan ke Saloma link hampir 1 km pergi balik membuatkan masing2 tak sanggup dah berjalan lagi. Nak bergambar di Dataran Merdeka tak sesuai sebab bangunan sedang di baikpulih. Balik tidur….

3 September 2025. Sesi ke-2 . Selesai melawat SMK SERI AMPANG. Lawatan diteruskan dengan melawat kilang coklat Beryl’s d...
05/09/2025

3 September 2025.
Sesi ke-2 . Selesai melawat SMK SERI AMPANG. Lawatan diteruskan dengan melawat kilang coklat Beryl’s dan Ladang Farm Fresh.
Sesi -3. Letih dengan aktiviti lawatan yang padat peserta di bawa ke Hotel untuk berehat dan makan malam.
Aktiviti akhir untuk hari ini - Ronda- ronda kota raya. Terima kasih kepada driver kami (Abg Fakhrul) sudi melayan .
Balik semua letih .

LAWATAN PENANDA ARAS PPKI SMK TAMAN SEJAHTERA KE SMK SERI AMPANG. 3 SEPTEMBER 2025. Terima kasih kepada SMK SERI AMPANG ...
05/09/2025

LAWATAN PENANDA ARAS PPKI SMK TAMAN SEJAHTERA KE SMK SERI AMPANG.
3 SEPTEMBER 2025. Terima kasih kepada SMK SERI AMPANG atas sambutan yang sangat meriah. Perkongsian ilmu untuk pembukaan bengkel baru ,aktiviti tanaman dan pembungkusan sangat bermanfaat kepada kami.

23/01/2025
Kalut- kalut nak tutup sesi persekolahan , terlupa nak update program penting setiap tahun ni. Majlis Apresiasi Dan Hari...
23/01/2025

Kalut- kalut nak tutup sesi persekolahan , terlupa nak update program penting setiap tahun ni. Majlis Apresiasi Dan Hari Anugerah Cemerlang PPKI 2024/2025. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Terima kasih kepada semua barisan pentadbir SMKTS kerana sudi meluangkan waktu bersama anak- anak PPKI. Comel semua dengan tema putih dan n**e.

Alhamdulillah 2 orang calon SMKTS berjaya terampil dalam Penilaian Akhir SKM kohort 4 PEMBUATAN ROTI. Tahniah diucapkan ...
14/01/2025

Alhamdulillah 2 orang calon SMKTS berjaya terampil dalam Penilaian Akhir SKM kohort 4 PEMBUATAN ROTI. Tahniah diucapkan kepada NurZulaiha dan Putri . Tak lupa juga kepada guru pembimbing Cikgu Aini Liyana (TP). Terbaikkk

PROGRAM LAWATAN KE BUKIT BENDERA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM.Tarikh :28 November 2024
29/11/2024

PROGRAM LAWATAN KE BUKIT BENDERA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM.
Tarikh :28 November 2024

Sebelum ni selalu nampak buat roti dan donut ja kan 🫣Jadi kami nak memperkenalkan menu baru kami di PPKI SMKTS iaitu Waf...
22/08/2024

Sebelum ni selalu nampak buat roti dan donut ja kan 🫣

Jadi kami nak memperkenalkan menu baru kami di PPKI SMKTS iaitu Waffle Pelbagai Perisa 🧇

Jom sokong aktiviti dan kemahiran anak-anak PPKI untuk kebolehpasaran mereka💪

Alhamdulillah, tahinah dua permata PPKI SMKTS 🥳Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua pelajar PPKI SMK Taman Sejahtera ...
21/08/2024

Alhamdulillah, tahinah dua permata PPKI SMKTS 🥳

Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua pelajar PPKI SMK Taman Sejahtera dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPP tahun 2024.

Kejayaan yang diperolehi ialah :

🥈Mohamad Muhammad Azrie Irfan bin Izman telah mendapat Naib Johan dalam acara rejam lembing

🥉Mohamad Zakuan bin Abdullah telah mendapat tempat Ketiga dalam acara lompat jauh.

Syabas sekali lagi dan moga terus memberi sumbangan kepada nama baik PPKI dan SMKTS pada masa akan datang.

Address

Smk Taman Sejahtera, Taman Sejahtera
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 07:40 - 13:10
Tuesday 07:40 - 13:10
Wednesday 07:40 - 13:10
Thursday 07:40 - 13:10
Friday 07:40 - 12:10

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SMK Taman Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SMK Taman Sejahtera:

Shortcuts

Share

Category