Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim - SMART IQ

Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim - SMART IQ Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim

📢 *JAWATAN KOSONG: EKSEKUTIF PENTADBIRAN* 📢Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ)Kami mencari calon yang ...
24/08/2026

📢 *JAWATAN KOSONG: EKSEKUTIF PENTADBIRAN* 📢

Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim (SMART IQ)

Kami mencari calon yang berdedikasi, amanah, dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami di SMART IQ.

🗓️KEMASUKAN SEGERA (Calon yang disenarai pendek akan ditemuduga)

Tarikh tutup: 1 September 2026

🔗 LINK PERMOHONAN:

Sila isi borang di sini: https://forms.gle/pm9pUfLfQhwoFt8K8

📞 PERTANYAAN:

WhatsApp Pejabat: 019-475 0691

Facebook: fb/smartiqpg

Alhamdulillah, selesai sudah program Kem Bestari Solat di SK Penaga pada Sabtu 22/8 2026 Para pelajar tingakatan 4 Smart...
22/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program Kem Bestari Solat di SK Penaga pada Sabtu 22/8 2026

Para pelajar tingakatan 4 Smart IQ telah diberi kepercayaan untuk membantu dan membimbing adik-adik Tahap 2 SK Penaga dalam program bestari solat.Jutaan ucapan terima kasih buat seluruh warga SK Penaga, terutamanya pihak pentadbiran, atas jemputan dan kepercayaan yang diberi untuk turut serta bersama warga pendidik SK Penaga dalam membimbing para pelajar tahap 2 bagi program bestari solat.

Diharapkan semoga segala bimbingan yang diberikan dapat membantu para pelajar SK Penaga mantapkan lagi tatacara solat dan wuduk dalam kehidupan seharian.

Semoga pengalaman indah ini menjadi medan persediaan awal buat barisan pelajar Smart IQ dalam menyemarakkan lidah dakwah dan menabur bakti buat ummah pada masa hadapan.

Semoga program santai tapi bermakna ini membawa beribu kebaikan buat kita semua!

🌙 Majlis Ilmu SMART IQ 🌙Mari luangkan masa setiap Selasa selepas Solat Maghrib untuk menghadiri majlis ilmu yang penuh k...
03/08/2026

🌙 Majlis Ilmu SMART IQ 🌙

Mari luangkan masa setiap Selasa selepas Solat Maghrib untuk menghadiri majlis ilmu yang penuh keberkatan.

Semoga Allah SWT menjadikan langkah kita ke majlis ilmu sebagai asbab bertambahnya iman, kefahaman agama dan keberkatan hidup.

🤲 “Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim)

Semua dijemput hadir.

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah SWT pada hari Jumaat yang barakah ini kami ingin kongsikan detik-detik bersejarah s...
31/07/2026

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah SWT pada hari Jumaat yang barakah ini kami ingin kongsikan detik-detik bersejarah sepanjang MAJLIS SYAHADAH HAFAZAN AL QURAN SEKOLAH MENENGAH ARAB TAHFIZ IBN AL QAYYIM KALI KE - 3.

Pada 21 dan 22 Julai 2026 bersamaan 6 dan 7 Safar 1448H, SMART IQ telah mencatatkan sebuah detik bersejarah dengan penganjuran MAJLIS SYAHADAH HAFAZAN AL QURAN SEKOLAH MENENGAH ARAB TAHFIZ IBN AL QAYYIM KALI KE - 3. Ujian Syahadah kali ini merupakan kali pertama penganjuran syahadah bagi kategori 30 juzuk.

Ujian syahadah ini telah diduduki oleh tiga orang anakanda hebat SMART IQ:

Muhammad Iman Hakim bin Zaidi (Syahadah 30 Juzuk)
Muhammad Fayyadh bin Mohd Najib (Syahadah 10 Juzuk)
Muhammad Miqdad bin Mohd Fikri (Syahadah 10 Juzuk)

Pencapaian luar biasa telah dilakar apabila ketiga-tiga anakanda ini hanya mencatatkan satu kesalahan sepanjang ujian berlangsung. Ujian tersebut telah disemak oleh barisan penyemak bertauliah, Al-Fadhil Ustaz Syazani bin Jemy dan Ustaz Ahmad Al-Atif bin Ahmad Subki.

Pihak pengurusan SMART IQ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua penyemak atas kesudian untuk menyemak calon syahadah SMART IQ. Sekalung apresiasi juga ditujukan khusus buat barisan guru SMART IQ yang tidak pernah kenal erti lelah dalam membimbing, mendidik, dan memandu ketiga-tiga anakanda ini sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

Setinggi-tinggi doa dan harapan agar ketiga-tiga calon tersebut diberi kekuatan untuk sentiasa memelihara hafalan Al-Quran, mempraktikkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian, serta menjadi suri teladan kepada para pelajar SMART IQ yang lain. Semoga kejayaan dan penganjuran program ini dapat memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar yang lain agar turut berusaha gigih dalam menghafal serta menjaga Kalam Allah ini, seterusnya berbakti kepada agama dan ummah.
Barakallahu feekum.

31/07/2026
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KOREKSIONAL PERLIS DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA KE SMART IQAlhamdulillah, Sekolah Menengah Arab T...
29/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KOREKSIONAL PERLIS DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA KE SMART IQ

Alhamdulillah, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al Qayyim (SMART IQ) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Koreksional Perlis dan Jabatan Penjara Malaysia pada Rabu, 29 Julai 2026.

Lawatan bermakna ini telah diketuai sendiri oleh YBhg. Pengarah Pusat Koreksional Perlis, bersama jajaran pegawai tertinggi jabatan.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik dan jalinan ukhuwah antara institusi tahfiz dan Pusat Koreksional Perlis dan Jabatan Penjara Malaysia, di samping mengkaji serta berkongsi idea berhubung modul hafazan Al-Quran di SMART IQ untuk diguna pakai di Pusat Tahfiz di bawah Pusat Koreksional Negeri Perlis. Selain itu, pihak Pusat Koreksional Perlis turut menyampaikan ceramah kesedaran bertajuk "Di Sebalik Tirai Besi" serta mengadakan demonstrasi sebatan sivil sebagai ikhtibar dan pendedahan ikhlas buat para pelajar.

Pihak pengurusan SMART IQ menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Pengarah Pusat Koreksional Perlis serta seluruh delegasi meluangkan masa dan berkongsi ilmu berharga.

Semoga usaha murni dan jalinan kerjasama ini membawa seribu keberkatan, memberikan manfaat yang berpanjangan buat kedua-dua institusi, serta memberi impak positif kepada pembangunan ummah secara keseluruhannya.

KUNJUNGAN AL-FADHIL USTAZ HASHIMI BIN CHE PA KE SMART IQAlhamdulillah, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al Qayyim (SMART...
29/07/2026

KUNJUNGAN AL-FADHIL USTAZ HASHIMI BIN CHE PA KE SMART IQ
Alhamdulillah, Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al Qayyim (SMART IQ) telah menerima kunjungan mesra daripada Al-Fadhil Ustaz Hasyimi bin Che Pa pada Ahad, 26 Julai 2026.

Kunjungan ini berlaku sejurus beliau selesai menghadiri sesi Halaqah Ilmu Perlis, di mana beliau telah sudi singgah dan meluangkan masa bersama anak-anak pelajar SMART IQ sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam sesi perkongsian yang penuh bermakna ini, Ustaz Hashimi telah menyampaikan amanat penting berhubung 6 Hak Hamba Terhadap Al-Quran. Beliau turut menekankan kepentingan utama bagi para penuntut ilmu khususnya para remaja untuk sentiasa menjaga Al-Quran serta berusaha bersungguh-sungguh dalam mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Pihak pengurusan dan seluruh warga SMART IQ merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian Al-Fadhil Ustaz meluangkan masa dan berkongsi mutiara ilmu yang sangat berharga. Semoga perkongsian ini menjadi suntikan semangat buat para pelajar untuk terus memartabatkan Al-Quran serta berbakti kepada agama dan ummah.
Jazakumullahu Khairan Kathira.

24/07/2026

DAH INFAQ JUMAAT HARI INI?




Address

458-B Mukim 18 Mengkuang
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim - SMART IQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Arab Tahfiz Ibn Al-Qayyim - SMART IQ:

Shortcuts

Share

Category