17/03/2026
🌙 Terima Kasih Atas Kebaikan Anda 🌙
Alhamdulillah, Ramadan tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang. Pihak Madrasah Tahfizul Quran Penanti dan Madrasah Mazharul Ulum Penanti ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua yang telah menyumbang infaq dan sedekah sepanjang bulan yang mulia ini.
Sumbangan anda semua, sama ada berupa harta, makanan mahupun tenaga, telah membantu melancarkan perjalanan dan keperluan madrasah. Semoga Allah SWT menjadikan setiap kebaikan ini sebagai asbab keselamatan dan kebahagiaan kita semua di dunia dan di akhirat.
Semoga kita semua terus diberi peluang oleh Allah SWT untuk menggunakan masa, harta dan diri dalam membantu institusi agama, bukan sahaja di bulan Ramadan, bahkan sepanjang tahun, insya-Allah.
Terima kasih sekali lagi atas kemurahan hati anda semua. Semoga Allah SWT merahmati serta memberkati kehidupan kita semua.
جزاكم الله خيرا كثيرا